° Vladimir 016 °

300 50 16
                                    

“ Bila aku boleh mendengar perkataan 'cinta' atau 'sayang' daripada mulut kau, Jimin? Aku perlukannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bila aku boleh mendengar perkataan 'cinta' atau 'sayang' daripada mulut kau, Jimin? Aku perlukannya.

Bajuku diselak di bahagian bahu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bajuku diselak di bahagian bahu. Buat seketika, wajahku memerah saat merasakan deru nafasnya yang begitu terasa di bahagian leherku. Dari depan ke belakang, bahuku diperiksa oleh suami dingin tersebut.

Dapat aku dengar keluhan kecil yang keluar dari bibir tebalnya. Aku tahu bahuku tiada masalah. Hanya langgaran kecil sahaja tidak mungkin menimbulkan lebam di kawasan tersebut.

Berbeza pula dengan bahagian atas tangan kananku. Lebamnya kelihatan hodoh dengan rona warna hitam keunguan. Pergerakan walaupun sedikit sudah menyakitkan. Perlahan - lahan tanganku yang tercedera tersebut diletakkan di atas tapak tangan Park Jimin.

Dua belah keningnya bertemu sambil matanya ligat melihat kecederaan yang aku hadapi. Ketidakselesaan yang aku rasakan membuatkan aku ingin cepat - cepat beredar dari situ.

"Ssss!" Aku mendesis kesakitan saat tangannya lembut mengusap lebam tersebut. Bahkan, mataku turut dipenuhi empangan air mata yang menunggu sahaja untuk pecah.

Sumpah aku katakan, ianya teramat menyakitkan. Walaupun sentuhan suami dingin itu terlalu lembut, tetap sahaja mengundang kesakitan di tangan kananku.

"Sakit?" Soalnya perlahan. Anak matanya tajam menikam iris mataku. Malahan, dia tampak seperti sedang menahan amarah.

"Emm..." Aku mengangguk perlahan sambil menggigit bibir. Cuba untuk mengalirkan air mata yang sudah tersedia.

"Yunhee, aku rasa tulang tangan kau patah." Bicaranya membuatkan aku tidak tertahan lagi. Patah? Pantas, air mata mengalir menuruni pipiku.

"P—patah?" Suaraku hampir tidak kedengaran. Takut menghadapi kesakitan yang akan aku hadap sebentar lagi.

Jimin mengangguk sambil ibu jarinya mengelap cecair jernih yang jelas kelihatan di pipi kemerahanku. Dia senyum tipis. Dan senyuman itu tidak dapat dinafikan, menenangkan aku sedikit demi sedikit.

[C] Vlàdimir. pjmWhere stories live. Discover now