Keesokkan harinya......
"Pa, Ma, Lyea keluar dulu tau..kejap lagi Lyea balik ", kata Yuhaneez yang baru sahaja selesai menyalam kedua-dua orang tuanya.
"Hati-hati. Kalau ada apa-apa call papa terus tau.", pesan Ziel Arrayyan.
"Okey pa. Lyea gerak dululah. Taaaa", jawab Yuhaneez sambil melambai tangannya ke arah mereka berdua lalu kaki menapak keluar dari rumah.
Kereta Audi R8 miliknya yang sudah elok terpakir di hadapan rumah itu dinaiki. Kereta jenama Audi memang kegemarannya. Takkan nak pakai kereta sport pulak dekat Malaysia ni kan~
Setelah dia masuk ke dalam perut kereta tersebut, telefonnya berbunyi nyaring. Dia melihat nama pemanggil, Firasya! , dan segera dijawab.
"Yow! Asal?", kata Yuhaneez sebaik sahaja dia mengangkat panggilan tersebut.
"Datang markas. Now!", jawab Firasya mendatar.Kedengaran ringkas tapi serius.
"20minutes.", Yuhaneez tidak banyak soal terus memandu laju menuju ke markas mereka. Tempat di mana mereka bergumpul dan berbincang. Dan juga,menyeksa mangsa.
Aryan keluar dari biliknya lalu terus melangkah turun ke ruang tamu rumahnya. Niatnya adalah ingin melawat 'sahabat' baru mereka yang sudah hampir sebulan berada di gudang mereka.
"Where are you going bro.", tanya Steve sebaik sahaja dia melihat kelibat itu melintas di ruang tamu.
"Nak ikut!", kata Adriyan teruja. Padahal dia tak tahu apa-apa pun. Penyibuk!
"Hell.", jawab Aryan sepatah.
Terus masam muka Adriyan setelah mendengar jawapan daripada Aryan.Steven pula hanya gelak tak bertapis.
"Bodoh! Pergilah sana!”, jawab Adriyan sedikit kecewa.
"Okey", jawab Aryan sepatah lalu kaki dibawa laju menuju ke arah pintu.Kereta Lexus NX berwarna hitam miliknya dituju.
Baru sahaja kaki ingin melangkah masuk ke dalam kereta, Aryan terkejut melihat tiga ekor setan yang sedang elok berdiri di sebelah keretanya sambil menayangkan senyum kerang busuk kecuali seekor setan ni yang memang susah nak senyum.
"Bodoh, nak apa", tanya Aryan kasar.Tangan elok menyapu sedikit habuk yang ada di dalam keretanya.
"Hehee", Adriyan dan Steven hanya tersenyum sambil menampakkan gigi putih mereka. Aryan pula hairan dengan tingkah laku dua ekor setan ini. Dah kenapa? Buang tebiat ke? kutuknya dalam hati.
"Gila! Kalau nak ikut tu, cakap je lah nak ikut. Takpayah nak tunjuk bodoh korang tu kat sini. Tak laku.", kata Aryan pedas.
"Diorang je yang tunjuk bodoh. Aku tak.", Steve menjawab untuk membela dirinya.
Adriyan dan Steven masing-masing memasamkan muka. Mata menjeling ke arah Steve yang sedang elok berdiri menghadap mereka. Kening diangkat tinggi.
Adriyan hanya mendengus geram lalu kaki mula menapak ke arah kereta abangnya. Nak buat apa? Nak ikut lah!
"Kau nak pergi mana setan?", tanya Aryan.
YOU ARE READING
Married With The Assassin Princess [OG]
ActionCover by: @aira_nn PRINCESS ASSASSIN. Membunuh? Hobinya.Dia membunuh untuk suka-suka dan membunuh bila dia rajin sahaja.Siapa yang cari pasal memang cari maut.Jadi sentiasa ajar diri untuk 'BEHAVE' bila bertemu dengan PRINCESS ASSASSIN. DANIEL ARYAN...