°Satu°

162 14 1
                                    

Nobody

"JEON JUNGKOOK !!" laung satu suara. Semua pelajar yang berada di kafeteria serentak memandang ke arah tuan punya suara.

"Dia dah datang dah . Cau cau" ujar salah seorang pelajar sambil mengunyah roti kacang merah di dalam mulut. Pelajar tersebut menarik-narik lengan baju kawannya disebelah.

"Sapa ?" soal kawannya yang bernama Changmin.
"Park Haera lah ! Ko tak dengar ke dia menjerit tadi ?" soal pelajar tersebut pada Changmin.

Changmin mula cuak. "Sies ah ?! Cau do cau" . Gelabah anak jantan dua orang ni dibuatnya tatkala mendengar jeritan kedua Park Haera , yeoja yang dimaksudkan tadi.

"Mana Jeon Jungkook ?" soal Park Haera sambil meletakkan kakinya di atas bangku. Amboi ni perempuan ke jantan ?
"Sapa nampak Jeon Jungkook , aku belanja dia 2 minggu" ucap Haera pada semua pelajar di kafeteria yang sebok menunduk-nundukkan kepala masing-masing kerana ketakutan.

Gila tak takut ? Singa Asia tengah mengamuk tu. Mau kau dibaham nanti.

"DEKAT STOR KAFE !" jawab semua pelajar serentak. Haera senyum sinis.
Ye. Semua pelajar nampak yang Jungkook lari dekat situ.

"2 minggu air free untuk korang"
Ucap Haera selamba dan terus menuju ke stor kafe.

Bam ! Pintu stor terbuka.
"Kau sini anak Jeon". Mata Haera mula membara. Geram dia dengan anak Jeon ni.

"Hah yelah sori la ala kau ni" ucap Jungkook cuba memujuk. Haera mengetap bibir dia.

"Sorry hotak kau ! Sapa nak ganti kasut aku tu ? Dah koyak bongok" marah Haera.

T_T anak Jeon kena bongok.

"Ye ye nanti aku ganti. Eh jap-" Jungkook mengerutkan dahi dia.
"Aku nak berak jap . Gi dulu"

Jungkook mula membuka langkah dan memecut sepanjang koridor. Pada mulanya dia ingat dia dah berjaya loloskan diri daripada Haera tapi tak.

Dia lupa Haera tu jantan. Walaupun tak tulen. Selangkah Haera tu berlari umpama 5 langkah Jungkook pecut.

"Kau ingat aku mudah kena tipu ke ? Dasar bocah. Kau sini kau , aku tak habis lagi ni" Haera menarik kolar baju Jungkook.

"Hoi , elok elok aku nak tercekik ni" ucap Jungkook .

(boleh bayangkan ye muka buruk JK bila dia kena centu)

Belum sempat Haera nak luku dia tiba-tiba

"Park Haera , Jeon Jungkook ? Kamu berdua buat apa lagi kat sini ? Takde class ke ?" tegur satu suara.

Muka Haera dan Jungkook terus berubah. Wajah ketua lecturer muncul dekat kornea mata. Mereka berdua terkejut hingga terkentut.

"Eh saem , haaa kami nak gi kelas lah ni hehe. Tengah bincang bincang jap" Jungkook tersenyum kelat sebelum mencubit belakang Haera.

Haera yang cuba menahan geram turut bersuara "betul saem , kitorang nak masuk kelas dah ni"

"saya tahu kamu berdua dah final semester , tapi kena ingat ni baru awal sem , belum nak pergi final exam lagi . Nanti nanti lah dating tu ye. Okey dah saya tak nak tengok kamu kat sini." Ucap ketua lecturer sambil tersenyum dan terus berjalan masuk ke pejabatnya.

Jungkook dan Haera berpandangan sesama sendiri.

"Dating ?"

"Dengan kau ?"

"Eiiiii tak ingin aku. Dah lah macam jantan , selalu pakai seluar. Yeoja lain semua pakai skirt. Silap haribulan orang tak tahu mana namchin mana yeochin"

"Eii jangan ingat aku hingin dengan kau. Hidung besar muka jamban. Muka kau ni buat tempat berak lagi elok ptuih !" ucap Haera.

Jungkook merangkul leher Haera kasar.
"Kau cakap apa ?! Jamban ?"

Haera tak kurang juga membalas. Dia menarik rambut Jungkook kebelakang. "HAAA LA SEGHABAI"
balas Haera dan terus berlari ke kelas.

"YAAHH PARK HAERA KAU TUNGGU BALIK NI !" ucap Jungkook dan terus mengejar Haera hingga ke kelas.

Dan untuk pengetahuan semua. Haera dan Jungkook lambat masuk ke kelas mereka.
Dan itu memang itu rutin mereka memandangkan ini adalah final year untuk mereka di universiti kerana itu perangai mereka seghupa syeton.

Daser bocah ajaib.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Haera

"Kook aku ngantuk ni beb" ujarku. Mata aku terkebil-kebil memandang ke depan melihat Mr Lee mengajar kat depan. Before ni kalau kelas dengan Mr Lee aku tak pernah mengantuk macam ni.

"Saba Haera sikit lagi dah nak habis kelas , japgi kita lepak la tengok wayang ke ape ke" bisik Jungkook.

Tapi sumpah mata aku dah tak tahan gila dah ni. Rasa cam banyak syeton hinggap kat kelopak mata ni. Tangan Jungkook aku capai dan aku cubit cubit supaya dapat hilangkan ngantuk aku.

Sekali sekala aku kepala aku tersengguk dekat bahu Jungkook.
Nasib kitorang duduk belakang.

(ha korang tahu en kalau bilik kuliah yang besar tu canne. bayangkan sendiri la)

"Haera bangun weh nanti Mr Lee nampak do" Jungkook menolak-nolak bahu aku. Mata aku masih terpejam rapat sebab aku ngantuk gila ni.

"Park Haera , awak faham tak apa yang saya terangkan ?" Mr Lee bersuara dengan mic ditangan.

Gasak. Memang satu bilik kuliah ni dengar nama aku. Aku mula tersengih-sengih macam kera yang makan belacan busuk dan mengangguk.

"F-faham Mr Lee"
"Kalau awak faham cuba terangkan semula"

Ahh sudah. Aku menoleh ke kanan aku dan aku nampak Jungkook cover mulut dia. Aku tahu dia tengah ketawa. Siap kau.

"Err , tak faham Mr Lee"

Satu bilik kuliah mula ketawa. Heh takpe korang. Dalam kelas boleh la ketawakan aku. Luar kelas semua macam tikus. Nasib baik aku sayang budak kelas aku.

"Park Haera , apa cita-cita awak ?" soal Mr Lee.

"IT engineer , Mr Lee" jawabku ringkas.

"Jadi apa yang awak kena buat kalau nak capai semua benda tu ?"

"Fokus , Mr Lee"

Ha ni aku maleh ni. Nanti dia ceramah sampai habis kelas.

"Jadi fokus. Zaman sekarang ni susah nak dapat kerja"

"Baik Mr Lee" aku memotong percakapan Mr Lee sebelum dia mulakan tazkirah satu hari dia tu.
"Okey class kita sambung" ucap Mr Lee.

Terdengar hembusan nafas lega daripada budak budak kelas aku. Tahu pun takut Mr Lee bagi tazkirah.
Kira baikla tu aku potong line.

Aku betulkan kedudukan aku dan toleh sebelah. Jungkook masih tersenyum.

"Kau gelak ape bengek" tangan aku berada dekat lengan dia. Bersedia untuk mencubit. Dia geleng. "Aniya"

Aku alihkan tangan aku. "Tunggu balik ni" .

"Park Haera ! Stop talking !" ucap Mr Lee lagi.

"Baik , Mr Lee !" aku terus pandang ke depan dan mula fokus.

TBC

[C]Unsee • JJK •Where stories live. Discover now