“ Jangan ingat kau terlepas. Aku di sini, sentiasa memburu. Cepat atau lambat, itu bukan persoalannya. ”
↭
"Terima kasih doktor." Di sebalik mataku yang kuyu, sempat aku menangkap pertukaran interaksi antara Jimin dan doktor itu. Penat sedikit kerana menangis. Aku sedikit lemah dengan kesakitan.
Sebaik sahaja doktor tersebut beredar, suami dingin itu memalingkan perhatiannya kepada aku pula. Selimut yang sudah terhampar di atas tubuhku diperbetulkan sedikit sebelum tangan hangatnya singgah di kepalaku.
"Tidurlah." Katanya sepatah lalu bangun. Aku pantas menutup mata mendengar arahannya. Kehadirannya dapat aku kesan walaupun mata sudah terkatup rapat.
Beberapa saat kemudian, bunyi pintu dibuka samar - samar kedengaran. Dan sepantas itu juga pintu turut ditutup oleh Jimin.
Serentak itu, air mataku mengalir satu - persatu. Tanganku naik menutup mata menggunakan lengan. Bibir digigit agar esakan dapat disembunyikan.
Aku rasa teruk. Amat - amat teruk.
Suami dingin itu mempunyai terlalu banyak rahsia. Sehingga ianya sedikit demi sedikit memakan diri aku sendiri.
Pernah ke walau sekali bibirnya menutur perkataan sayang atau cinta? Pernah?
Namun bukankah perbuatannya sudah cukup membuktikan semua itu?
Disebabkan itu, aku rasa teruk. Mungkin Jimin sudah cukup berusaha cuma aku yang terlalu buta untuk melihat semua itu.
Ataupun Jimin juga sama seperti mama? Berpura - pura menyayangi aku sedangkan hakikatnya terlalu jauh berbeza dan menyakitkan?
Ya tuhan, sungguh aku buntu.
Hidup bersama suami dingin itu terasa semakin sukar.
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Fanfiction"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...