"Oppa bangun cepat, tak nak sahur ke sayang? Yeobo pali ireonaba, nanti kang tak sempat." Aku menepuk bontot Taehyung berkali. Liat pula dia nak bangun hari ni.
"Sayang~ cium dulu baru oppa ada tenaga nak bangun." Taehyung memuncungkan bibir tetapi matanya masih sama, masih terpejam macam tadi.
"Bangun basuh muka dulu nanti sayang cium sampai subuh. Bangun cepat oppa." Aku tarik tangan Taehyung supaya bangun.
"Janji tau, kalau tak oppa tak nak bangun." Kata Taehyung. Aku angukkan kepala sambil senyum.
"Janji." Kami cantumkan jari kelingking dan Taehyung pergi cuci muka kat tandas. Lepastu kitorang pergi dapur untuk bersahur.
Habis ja bersahur, macam biasa mak abah pergi masjid. Aku, Taehyung dan achik kat rumah. Aku dan Taehyung solat subuh dan baca Al-Quran.
Bacaan Taehyung pun dah lancar tapi pelat Korea masih ada, mungkin sebab Taehyung susah nak sesuatu perkataan walaupun dalam bahasa biasa.
"Assalamualaikum, angah, Aryan." Aku dengar mak bagi salam dari luar masa aku dan Taehyung tengah tengok tv kat ruang tamu.
"Waalaikumsalam, dah balik mak abah." Kata aku sambil menghampiri mereka.
"Waalaikumsalamwarahmatullahiwabarakatu." Panjang Taehyung menjawap salam mak.
"Panjang aih jawap salam." Kata abah sambil menepuk bahu Taehyung.
"(y/n) cakap kalau jawap panjang nanti Allah swt bagi banyak pahala." Jawap Taehyung polos. Aku peluk tangan dia dan senyum.
"Betul tu, kalau lagi panjang kita jawap salam lagi banyak pahala yang Allah swt bagi." Kata abah pula.
"Ha abang bagi tau kaih pasai tadi." Kata mak pula sambil mencuit lengan abah.
"Nasib baik tak terlupa tadi, ni angah Aryan. Mulai pada esok ada sekolah buat kem ramadhan dekat masjid kita. Abah nak suruh angah ngan Aryan, pastu achik tolong sama kat sana nanti. Boleh dak?" Terang abah.
"Angah boleh tolong jaga budak-budak perempuan masa depa ada aktiviti. Aryan ngan achik jaga budak laki. Tapi yang specialnya kita boleh sahur sekali kat sana lepastu lajak sembayang dan baca Quran sampai cerah." Kata mak pula.
"Hampa bukan buat kerja teruk pun, tolong sikit ja sebab ramai lagi orang kampung dan cikgu ada dekat sana." Tambah abah lagi.
Aku dan Taehyung mengangguk faham. Macam menarik juga. Mesti ada ceramah ustaz best-best lepas subuh.
"Angah okay ja." Kata aku lalu tayangkan jadi peace. Aku pandang Taehyung, minta dia menjawap.
"Er Aryan ikut (y/n) ja. Oppa ikut sayang sampai bila-bila." Kata Taehyung pastu dia tayang jari mini love dekat aku. Sempat lagi kau yer!
"Bagus la macam tu. Esok pukul 8 pagi depa semua sampai. Angah ngan Aryan p la awai sikit." Kata abah.
"Ikut mak abah pergi masjid terus la lepas subuh esok." Kata mak memberi idea.
"Boleh jugak tu!" Balas Taehyung ceria.
♥♥♥
Lepas ja berbuka kami sekeluarga solat berjemaah lepastu rehat-rehat kejap then pergi masjid nak terawih.
Habis ja Terawih aku, Taehyung dan achik pulang dulu sebab mak dan abah nak bincang pasal program esok.
"Sayang, kem ramadhan tu macam mana? Diorang buat apa?" Soal Taehyung sambil hayun-hayun tangan aku yang dia pegang. Achik jalan kat depan kami sambil pakai earpod buat macam tak da apa berlaku.
"Diorang gotong royong, solat jemaah, dengar ceramah, baca Al-Quran, bersahur dan berbuma bersama-sama." Kata aku.
Setahu aku program bulan puasa memang macam tu aje. Tak kan dorang nak main lari-lari satu kampung, main bola sepak ke. Mau mati budak-budak tu.
"Ouhh sayang pernah pergi kem macam ni tak dulu?" Soal Taehyung lagi. Ceria dia nak ambil tahu pasal ni.
"Pernah, masa sayang umur 16. Sayang pergi dengan Aera. Alah Aera kawan saya yang ada sorang anak tu. Baecorn cosmatic! Baecorn cosmatic dia punya tu.
"Ouh kawan sayang yang suara sedap tu eh?" Kata Taehyung. Aku angguk.
"Sayang rindu dia la. Dia tak balik Malaysia lagi. Kalau tak boleh berbuka sekali." Kata aku pula.
"Dia pergi Makkah kan? Sayang, bila kita pula? Oppa teringin sangat nak pergi." Kata Taehyung lalu memeluk bahu aku erat.
"Kalau ada rezeki kita pergi tahun ni. Kalau tak pun tahun depan. Tunggu Allah panggil kita la, oppa doa la banyak-banyak supaya Allah jemput kita ke rumahNya." Balas aku sambil mencium tangan Taehyung yang satu lagi.
Tbc
Mian for late update.
YOU ARE READING
[C]Bangun Sahur Sayang | KTH
Romance[Readers cakap Sweet] Cabaran bagi seorang lelaki mualaf dari korea untuk berpuasa penuh tahun ini. ❤️ The more you read the bitter it can be. Chapter- Sweet Special i - Slayyyy Special ii - Sad