1

6 0 0
                                    

Sunday, May 3 2020

Salam perkenalan.

Azril berusia satu tahun enam bulan dua puluh lapan hari genap hari ini. Usia sekecil ini membuat sesuatu yang bukan seiring kudratnya adalah perkara luar biasa.  Azril anak bungsu dari enam adik beradik. Lahir pada bulan Oktober. Berkulit cerah, bermata bundar berambut panjang belum botak sejak dilahirkan.  Bercakap dua tiga patah perkataan seperti abah, tata, mama.

Seronoknya mengikuti perkembangan Azril. Hari ini Azril membuat sesuatu diluar jangkauan bayi seusianya.

Azril masuk ke dapur.
Azril jumpa mama.
Azril telanjang bulat dan sedang pegang lampin pakai buangnya.
Azril serah lampinnya.
Mama sedang menyapu menyambut lampin sambil bertanya.

"Kenapa buka lampin? Azril kencing? Lampin tak basah pun?"

Azril mencapai spin mop berwarna merah hitam. Kemudian menarik spin mop masuk ke ruang tamu sambil diekori mama.  Mama bertanya lagi.

"Azril nak buat apa spin mop tu?"

Mama mengekori apa Azril nak buat dengan spin mop tersebut.

Sebaik tiba di kerusi panjang, Azril mop cecair bertakung iaitu kencingnya sendiri.

Mama senyum. Kecil kecil dah pandai mop kencing sendiri.

Selesai mop Azril mahu letak semula mop di tempat asal. Mama ambil alih.

Tak sangka Azril cekap menyerap perbuatan mama.

Bahagia dan gembira mama rasa saat ini mengemop lantai sambil mengenang perbuatan Azril seminit yang lalu.

Sayang Azril.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 03, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Inspirasi Where stories live. Discover now