° Vladimir 018 °

288 50 11
                                    

“ Buat apa berjanji, jika akhirnya dimungkiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Buat apa berjanji, jika akhirnya dimungkiri. Buat apa berjanji, jika tak tahu masa depan yang menanti.

"WOI!" Hyun yang sudah terjatuh di atas lantai itu pantas bangun dan cuba mengayunkan tumbukan kepada manusia yang memukulnya sebentar tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"WOI!" Hyun yang sudah terjatuh di atas lantai itu pantas bangun dan cuba mengayunkan tumbukan kepada manusia yang memukulnya sebentar tadi. Namun pergerakannya terhenti sebaik sahaja melihat wajah manusia tersebut.

Dalam kesamaran, dapat aku lihat lelaki yang berbahu lebar di hadapanku. Seperti kenal tetapi ketakutan membataskan segalanya. Tangan digenggam sekuatnya cuba untuk mengurangkan debaran di dada.

"Yunhee!" Aku memandang ke kiri. Tersentak apabila bahu disentuh tiba - tiba. Melihatkan wajah yang menegurku membuatkan aku ingin menangis semula.

Hampa membasuh seluruh jiwaku. Aku tidak ingin melihat wajah ini. Aku inginkan suami dingin itu.

"T—Taehyung..." Lemah nama itu ditutur di bibirku. Kecewa. Marah. Sedih. Itu apa yang aku rasakan saat ini.

Suami dingin dan lelaki di hadapanku itu jarang sekali berenggang ketika bersama. Jadi mengapa saat aku memerlukan, tiada seorang Park Jimin di situ?

"Kau okay, Yunhee?" Kedua - dua belah tangan melekap di bahu kiri dan kananku. Aku menutup mata. Tidak sanggup membuka mata untuk menghadapi realiti yang menyakitkan.

Sungguhpun begitu, aku masih berjaya mengeluarkan soalan yang terlalu lama berlegar di dalam kotak fikiran.

"D—di mana Jimin?" Riak risau yang terukir di wajahnya segera berubah. Kini wajahnya persis seperti suami dingin itu. Melihatkan itu, aku menutup mata kembali. Terkesan dengan mata setajam serpihan ais itu.

Satu pandangan bersamaan dengan satu kelukaan.

"Kita keluar dulu dari sini." Bicaranya perlahan. Keadaanku yang lemah membuatkan aku akur dengan permintaannya. Lagi pula, pandangan ingin tahu dari orang ramai juga membuatkan aku rasa tidak selesa.

[C] Vlàdimir. pjmWhere stories live. Discover now