Nasi Tangas

2.2K 37 7
                                    

Bab 1

Zurina dan Aiman telah 5 tahun berkahwin namun masih lagi belum dikurniakan rezeki untuk mempunyai zuriat sendiri. Aiman cukup mencintai isterinya begitu juga dengan Zurina. Hari-hari mereka bagaikan percutian bulan madu walaupun kadang-kadang hanya dihabiskan di rumah sahaja.

Setiap hari, Zurina akan menunggu suaminya Aiman di muka pintu kemudian melayan suaminya sebaik baiknya. Hidup mereka bahagia. Semua orang kampung mencemburui kebahagiaan mereka berdua.

Zurina adalah seorang wanita yang cantik. Kulitnya cerah dan mulus. Selain cantik, Zurina juga seorang yang lemah lembut dan mempunyai sifat-sifat keibuan. Pendek kata, Zurina memang sempurna. Kehidupan mereka suami isteri juga sempurna cuma satu sahaja kekurangan mereka, mereka masih belum dikurniakan anak walaupun setelah 5 tahun berkahwin.

Walaupun disebalik ucapan 'takpe' dari Aiman kepada isterinya, dalam diam dia teringin sangat untuk mempunyai cahaya mata sendiri. Zuriat dari keturunannya sendiri. Tetapi apakan daya, belum rezeki dia agaknya. Dia tetap sayangkan isterinya. Setiap kelebihan dan kekurangan isterinya diterima dengan hati yang terbuka.

Hari demi hari, rupanya ada seseorang sudah lama menyimpan hati terhadap Aiman. Setiap hari dia makan hati melihat Aiman melayani isterinya bagai permaisuri. Tidak dinafikan, Aiman memang mempunyai rupa paras yang kacak. Sepadan dengan Zurina. Tapi rasa hati ini tidak boleh dipaksa paksa, makin dibuang makin sayang jadinya.

"Sudahlah Qaseh. Aiman itu sudah berkahwin. Janganlah kau ganggu rumah tangga mereka nak." Ucap Mak Senah kepada anak tunggalnya.

"Perasaan ini tidak boleh dibuang-buang begitu sahaja mak. Lagi dibuang, makin sayang jadinya. Kalau Qaseh tidak boleh berkahwin dengan abang Aiman, biarlah Qaseh tidak berkahwin untuk selama lamanya." Jawab Qaseh sambil merenung ke luar jendela.

Qaseh bekerja di kedai makan milik emaknya. Kebiasannya, Aiman akan ke kedainya apabila tiba waktu rehat di kilang. Memang ramai pekerja kilang akan makan di warung Mak Senah termasuk Aiman kerana hanya warung itu yang paling dekat dengan kilang. Aiman merupakan pengurus di kilang batu bata bertentangan dengan warung Mak Senah.

"Abang Aiman." Panggil Qaseh memberhentikan langkah Aiman yang mahu segera pulang ke kilang selepas bersarapan di warung Mak Senah.

"Ni Qaseh ada bekalkan abang Aiman nasi untuk makan tengah hari nanti." Qaseh menghulurkan mangkuk tingkat kepada Aiman.

"Eh takpelah Qaseh. Nanti abang datang juga ke warung mak Qaseh ni untuk makan." Aiman menolak dengan baik.

"Abang Aiman ni tak baik tolak rezeki tau. Penat Qaseh masak. Ambil la abang makanan ni. Qaseh baru cuba masakan baru, nak bagi abang Aiman rasa dahulu." Pujuk Qaseh.

Aiman tidak mampu lagi menolak. Tambahan pula banyak mata yang memerhatikan. Sudahlah dia itu suami orang.

"Baiklah Qaseh. Terima kasih ye?"

"Sama-sama abang."

Mak Senah yang melihat perbuatan Qaseh itu hanya menggelengkan kepala. Degil sungguh anaknya yang seorang ini. Sudah berkali kali dipesan, jangan ganggu suami orang, masih lagi berdegil!

"Bila masa kau masakkan nasi untuk si Aiman tu Qaseh?"

"Awal pagi tadi mak." Jawab Qaseh ringkas.

"Engkau ni degil sungguh! Aku dah kata jangan diganggu suami orang. Yang bujang ramai, laki orang juga kau sibuk nak kacau." Mak Senah berleter.

Qaseh mengabaikan leteran Mak Senah. Dia terus masuk ke dapur dan menyambung kerjanya. Tambahan pula memang ramai orang di warung sedang bersarapan, memang tidaklah dia nak berdebat dengan emaknya itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 05, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Nasi TangasWhere stories live. Discover now