Bab 9

374 32 0
                                    

Kini tibalah pada waktu malam.Aktiviti yang agak seram jugaklah.

"Okay,abang nak semua beratur ikut kumpulan." arah fasi yang agak garang iaitu Ian.

"Aktiviti kita malam ni kita akan masuk dalam hutan tu tanpa lampu.Korang pandai-pandailah cari jalan.Ikut cakap ketua kumpulan tau."

Semua perempuan ada yang mula takut.Lelaki pula acah berani.

"Aurora okay tak ?" soal Haura.Risau dengan keadaan Aurora.

"Aurora dah boleh jalan dah kan.So,okaylah." kata Aurora.

Kini giliran kumpulan 4 untuk memasuki hutan yang agak seram itu.Mereka kumpulan yang terakhir memasuki hutan.

"Ready ?"

Alif sebagai ketua kumpulan mengangguk.

"Korang boleh masuk.Ketua ingat awasi anak buah."

Masuk-masuk jer ada lembaga putih.Siapa tak terkejut.

"Arrrr !!!" jerit Haura terkejut.

"Haura,orang je.Jangan takut sangatlah." kata Irene.Menyampah betul dia.

Aurora berada di belakang Irene.

Tetiba terdengar bunyi pistol.Menandakan mereka perlu lari mengikut kumpulan.

"Lari !!!!" jerit Alif di hadapan.Irene menolak Aurora sebelum lari.

"Auch " Aurora menahan sakit.

"Kak Irene !!!!!!" jeritnya memanggil Irene yang telah meninggalkannya.

Aurora cuba untuk bangun tetapi kakinya tersekat pada akar pokok.Dahla gelap.

Aurora masih berusaha.

"Tak guna Irene ."

"Weyh sorang-sorang jerit jap.Nak dengar suara ada tak." arah Rayyan.

Seorang demi seorang menjerit menandakan mereka ada.

"Aurora mana ?" soal Rayyan.Dia terus berlari ke belakang.

"Irene,Aurora belakang kau kan ?" soalnya.

"Haah.Sekarang aku tak tahu dia dekat mana." jawab Irene dengan rasa tak bersalah.Dia puas.

"Rayyan,kita kena cari Aurora." kata Haura dengan risau.

"Kau kuat ke nak cari dia ?Biarlah.Entah-entah abang fasi selamatkan dia.Yang penting kita kena habiskan aktiviti kita." kata Irene kepada Haura.

"Korang pergi dulu lah.Biar aku cari dia." kata Rayyan.

"Rayyan dengan Fahrin pergi cari Aurora.Yang lain ikut aku." arah Alif.

Rayyan dan Fahrin terus patah balik untuk mencari Aurora.

Aurora meneruskan perjalanannya dengan kaki yang sakit.Dia berjalan agak perlahan.Nasib ada tapak kasut.Boleh dia ikut.

Tetiba dia terjatuh.

"Auch..apalah nasib aku ni." rungutnya.

Tetiba cahaya disuluh ke arahnya.

"Aurora !!!!"

Kedua-dua manusia berlari ke arahnya.

"Rayyan."

"Dah tahu kaki sakit.Kau ikut jugak." kata Rayyan lalu terus membantu Aurora bangun.

Dia memapah Aurora yang masih sakit kaki.

"Ish,perlahanlah sikit.Sakit." marah Aurora.

Fahrin tersengih melihat mereka berdua.Sweet.

The Prefects ( 2020 )Where stories live. Discover now