♡Puasa Day 12

425 46 2
                                    

"Yeobo ireona. Oppa bangun mandi cepat jap lagi nak sahur." Aku mengejutkan Taehyung daripada terus tertidur.

Bangun saja dia, terus aku ambil tuala  dan mula berjalan masuk ke tandas.

"Sayang tunggu la~ nak mandi juga." Kata Taehyung lalu cepat-cepat dia masuk ke tandas.

Habis ja membersihkan diri kami pakai hoodie couple berwarna coklat muda yang tertulis 'His Wife' untuk aku dan 'Her Husband' untuk Taehyung.

Ialah pagi kan sejuk, kejap lagi nak keluar pergi masjid pula. Hari day 2 untuk kem kat masjid tu.

Kami pun keluar ke dapur setelah siap. Taehyung cakap dia nak tolong aku masak. Mesti ada diantara korang yang cakap dia tak pandai masak kan? Aku akui dulu dia tak pandai tapi sekarang dia dah pandai buat nasi goreng, mee goreng, puding dan banyak lagi.

Jadi aku tak terlalu risau bila tinggal berjauhan dengan dia ataupun bila aku demam. Dia boleh jaga diri dia sendiri.

"Sayang cepat la bagi arahan, oppa nak tolong ni." Kata Taehyung. Aku pun bagi arahan dan kami mula memasak sambil bergelak ketawa.

"Amboi meriahnya dapur." Kata achik sambil menarik kerusi untuk duduk.

"Meriahla dah ada suami yang handsome dan sweet kat sini. Hang ada?" Kata aku pada achik dan ketawa kecil. Achik hanya menjuih bibir kearah aku membuatkan aku makin kuat ketawa.

Habis bersahur kami terus bertolak ke masjid tapi Taehyung pula cakap sakit perut. Jadi aku kena teman dia melabur dulu baru boleh pergi masjid. Nampaknya kami solat subuh berdua saja.

                               ♥♥♥

Macam biasa, sampai ja dekat masjid aku dan si Taehyung duduk kat kerusi batu luar. Tiba-tiba Taehyung usap perut aku. Kenapa pula ni sayang? Aku terus pandang Taehyung, hairan.

"Anak appa buat apa tu? Anak appa sihat tak?" Kata Taehyung yang tengah letak kepalanya diatas meja batu sambil mengusap perut ku.

"Ish apa ni sayang, tak da isi lagi dalam perut ni." Kata aku sambil senyum dekat Taehyung. Taehyung geleng dan senyum kembali kat aku.

"Anak appa puasa tak ni? Kalau tak nanti eomma marah macam eomma marah appa masa appa tak puasa dulu. Anak appa rindu appa tak? Appa tak sabar nak tengok anak appa. Nak main sama-sama." Kata Taehyung lagi. Aku terus usap kepala Taehyung dan cium pipi dia sekilas.

"Oppa tak nak la macam ni." Kata aku sayu. Aku tak boleh tengok dia macam ni. Ya Allah kau kurniakanlah zuriat yang soleh dan solehah kepada aku dan Aryan.

"Sayang jangan la cry baby, nanti anak kita nampak eomma dia manja dia cemburu pula." Balas Taehyung lalu menarik aku ke pelukan dia dan mencium dahi aku sekali.

"Sayang minta maaf sebab tak boleh kasi anak cepat dekat oppa." Kata aku perlahan.

"Apa cakap macam tu sayang, belum ada rezeki dari Allah lah. Mungkin Allah rasa belum masanya untuk kita ada anak kot." Balas Taehyung. Aku tahu dia nak tenangkan hati aku.

"Tapi kalau sayang tak boleh bagi anak untuk oppa macam mana? Oppa akan tinggal kan sayang ke?" Kata aku lagi. Aku eratkan pelukan hangat kami.

"Sayang~ kan oppa cakap tak da rezeki lagi. Sayang yang ajar oppa macam tu. Sayang cakap Allah sayang kita jadi kita kena selalu berdoa dekat Allah, kita kena sabar dan kita kena yakin dengan Allah." Balas Taehyung lalu dia cium kepala aku lama. Aku hanya mendiamkan diri sebab dia tak jawap soalan terakhir aku.

"Sampai mati pun oppa tak kan tinggalkan bidadari cantik yang telah mengetuk pintu hati oppa pada pandangan pertama. Sampai mati pun oppa tak kan duakan bidadari cantik yang jaga dan bimbing oppa dengan penuh sabar dan kasih sayang. Saranghae (y/n)!" Kata Taehyung lagi. Aku senyum dalam pelukan dia tapi masih tetap berdiam diri.

"Eh tak nak balas cinta Muhammad Aryan yang handsome ni ke?" Kata Taehyung sambil pandang muka yang tersorok didadanya.

"Sayang cintakan Muhammad Aryan sampai hujung nyawa eh tak sampai syurga. I love you husband, i love you so much, i love you more that myself." Balas aku perlahan.

"Nado sayang."

Habis bersweet dekat luar kami terus masuk ke masjid nak tengok budak-budak buat aktiviti. Lepas tu kami pergi belakang nak tengok persiapan untuk berbuka nanti.

                                ♥♥♥

"Sayang nak tu." Kata Taehyung pada aku setelah melihat aku menyusun jelly diatas meja. Taehyung memang suka makan benda ni dari dulu lagi. Selalunya dia akan beli jelly macam ni kat jepun. Ada satu jenama yang dia suka tapi aku lupa. Sorry awak!

"Nah ambil la." Aku bagi satu kat Taehyung, dia ambil sambil senyum dan pergi dekat mak.

Dia tengah tanya mak sesuatu dan aku nampak mak bagi dua bekas jelly kat Taehyung. Wah bijak yer! Sekarang dia ada tiga jelly.

Habis menyusun aku letak kotak jelly dekat bawah meja dekat dapur. Taehyung menghampiri aku dengan senyuman manis.

"Apa senyum-senyum, dapat banyak jelly ke?" Kata aku lalu meninggalkan Taehyung. Aku nak ambil air untuk kami dua nak berbuka jap lagi. Dia bukan nak makan dengan orang ramai ni. Dia nak duduk berdua dengan aku dekat kerusi batu berdekatan dapur tu.

"Sayang nampak ke?" Soal dia sambil gelak.

"Taktik oppa tu lapuk la." Balas aku.

Tbc
Sorry kalau bosan.

[C]Bangun Sahur Sayang | KTH Where stories live. Discover now