Hai korang, saya buat story baru hope korang sudi support sampai habis cerita ni and saya unpublish cerita Sofea Alisya (story first saya)kalau ada yang baca tu tau lah. saya terpaksa unpublish sebab jalan cerita tu susah sangat. Saya buat cerita tu baru sampai part 9 and bila saya baca balik rasa nak menangis pun ada memang teruk giler!..saya risau je kalau saya teruskan cerita tu tak dapat sambutan..lagipun saya ni baru je reti sikit ii buat cerita🙏🏻 so saya decide buat cerita badgirl ni rasa macam senang sikit..so yah hope korang seronok la baca cerita yang ni.
~______________________________________~MATAHARI yang terpacak di atas langit itu membuatkan penglihatan gadis yang bernama Rose Adline silau. Dia berdiri termenung di luar balkoni.
Kejadian yang menimpa dia dan papa 5 bulan lepas masih tergiang-giang di dalam fikiran.
"Rose duduk sini sekejap,mama nak pergi kedai dekat seberang sana" Datin Aliyah menunjuk ke arah kedai runcit lalu dia menghulurkan plastik barang kepada Rose.
"Okey hati-hati" dia mengambil lalu meletakkan plastik tersebut di atas lantai sementara menunggu Datin Aliyah.
Sedang dia hendak mengeluarkan telefon dari beg kesayangan,matanya tertunak pada kereta yang laju meluncur ke arah Datin Aliyah.
PIN PINNNNNN !!!
Mama!!! Terus aku berlari ingin mendapatkan mama. Serentak itu dadanya sakit apabila jantung berdegup kencang
DUMMMMM !!
Langkahnya terhenti seketika apabila melihat dengan jelas tubuh mamanya dirempuh kuat sehingga terpelanting sedikit jauh.
Sakit jantungnya bagaikan mahu tercabut apabila melihat darah yang mula keluar dari bahagian hidung dan mulut mamanya. Tanpa dipinta air mata mula mengalir deras membasahi pipi seraya dia berlari mendapatkan mamanya yang terkulai layu di atas jalan dengan darah yang semakin banyak memenuhi wajah.
"Mama bangun!! Jangan tinggalkan Rose mama!! Someone call ambulans please!" aku meletakkan kepala mama di atas riba. Melihatkan mama yang ingin berkata sesuatu terus aku mendekatkan telinga di mulutnya.
"Ro..Rose maafk..kan mama" mengalir air mata Datin Aliyah membuatkan hati aku makin sayu.
"Mama bangun ma jangan tinggalkan Rose!" aku meraung sekuat hati. Orang ramai yang berkumpul di situ tidak aku hiraukan malah aku menggoncangkan tubuh mama sehingga aku terpaksa ditarik menjauhi mama.
Sejak Datin Aliyah meninggal, perangainya berubah sekelip mata. Dia sering bersikap kurang ajar terhadap papanya. Kadang-kadang juga dia menengking papanya tanpa sebab. Namun papanya itu langsung tidak mengambil hati.
Layakkah dia dipanggil anak derhaka? Dia sedar, tidak patut dia berbuat begitu terhadap orang tuanya.
Kalau aku sedih sebab mama tak ada, papa lagi sedih kan?? Kan?
Serentak itu air matanya jatuh. Menggunung-gunung terasa bersalah terhadap papanya serta sedih atas kehilangan Datin Aliyah. Gambar dia bersama mama dan papa di tangan dikucup penuh sayu.
"Rose rindu mama" dia tidak mampu untuk menyeka air mata yang mengalir di pipi.
Ketika dia bersedih, mamanya sentiasa menjadi penemannya tetapi sekarang sudah tiada siapa yang mahu menjadi peneman kesedihannya.
Sesungguhnya aku tidak kuat untuk menempuh dugaan mu Ya Allah..
Tolong kembalikan mama ku Ya Allah..
YOU ARE READING
Bad Girl
RomanceHidup seorang gadis yang bernama Rose Adline berubah disebabkan ibu tirinya. Kalau mama aku mati, kau pun patut mati lah! - Rose Adline Maafkan ibu sayang, ibu tak sengaja langgar mama kamu - Datin Melinda Kau dengan maaf kau tu boleh pergi mampus l...