° Vladimir 019 °

299 45 9
                                    

“ Aku penat dengan rahsia kau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku penat dengan rahsia kau. Aku penat dengan kebisuan kau.

"Hey

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hey..." Aku tersentak sebaik sahaja ditegur seseorang. Dalam pergerakan perlahan, aku melihat gerangan yang duduk bersebelahan aku.

Tegurannya aku biarkan tidak berjawab. Penat. Penat. Penat. Aku terlalu penat untuk menuturkan satu kata sekali pun.

Apatah lagi senyuman. Sukar sungguh untuk aku ukirkan. Ditambah lagi selepas berita kematian ibu yang menghenyak aku ke lohong hitam penuh duka.

Tiada penghujung. Tiada pengakhiran.

"Saya tak akan tanya awak okay atau tidak sebab saya tahu awak memang tak okay." Lucu. Jika aku tidak berada dalam keadaan seperti ini, pastinya aku sudah tergelak.

"Tapi saya nak tanya, awak seorang sahaja ke?" Persoalannya mengingatkan aku kepada Taehyung. Bercakap soal Taehyung, entah ke mana dia pergi. Sebaik sahaja dia menghantar aku ke bangunan hospital ini, bayangannya tidak lagi aku jejaki.

Maybe to go back to that damn Russia.

Akhirnya aku mengangkat bahu untuk jawapan doktor itu. Selepas itu, keadaan mula senyap kembali. Sesekali doktor itu mencicip sedikit kopi panasnya. Tidak dapat dinafikan, kehadiran dia sebagai seorang teman sedikit sebanyak membuatkan aku berasa tenang.

"Awak tahu..." Sekali lagi, dia membuka mulut. Memecahkan kesunyian berat yang menyelubungi kami berdua.

"Kematian ni juga satu hikmah dan nikmat." Aku menggenggam kedua belah tanganku. Entah kenapa, rasa marah tiba - tiba muncul sebaik sahaja mendengar ayatnya.

"Mungkin tuhan ambil nyawa seseorang untuk tamatkan penderitaan mereka. Untuk memberikan mereka masa rehat yang sepatutnya mereka dapatkan."

[C] Vlàdimir. pjmWhere stories live. Discover now