Inara P.O.V
Hari ini merupakan hari ke 20 Ramadan.
Ramadhan kali ini agak berbeza kerana aku menetap di rumah Mak Long kerana Papa currently sedang mengerjakan ibadah umrah.
Malam ini agak dingin dengan angin yang bertiup agak kencang menandakan hujan akan turun bila bila masa sahaja. Aku baru pulang dari masjid dengan Mak Long dan Pak Long untuk menunaikan solat tarawih."Nara?Buat apa dekat dapur?"tanya Pak Long yang sedang membaca surat khabar.
"Oh, Nara haus. Pak Long nak air ke?Nara boleh buatkan sekali"soalku pula. "Eh tak apa, ni Mak Long kamu dah buatkan teh o panas tadi"jawab Pak Long sambil tersenyum. Aku mengangguk dan terus mengambil langkah
ke arah kamarku dengan sekotak air milo di tangan. Tak sabar rasanya aku nak baring, letih.Sampai sahaja di dalam bilik aku terus duduk sambil tangan ligat bermain phone. Lengah aku tenggelam dalam dunia sendiri, tiba tiba aku dengar bunyi yang tidak menyenangkan di dalam bilik air yang terletak di sebelah kananku. Ya, this is a master bedroom. Aku meletakkan phone dan air milo kotakku di atas katil dan mula menghampiri pintu bilik airku yang tertutup. Baru sahaja tangan aku mahu membuka sliding door itu ada orang lain yang membukanya dari dalam. Aku apa lagi, dengan ilmu taekwondo yang aku ada, terus menyerang makhluk di hadapanku tanpa teragak agak. Dia jatuh tercarap di atas lantai sambil menahan kesakitan.
"Kau buat apa hah dalam toilet aku?Penyangak ke apa?Macam mana kau boleh masuk rumah Mak Long?!"soalku sambil tanganku masih menahan lelaki itu dari bangun. Belum sempat dia nak jawab pertanyaanku, Mak Long dan Pak Long meluru masuk ke dalam kamarku.
"Astagfirullah, Naraaaa, apa jadi ni?"soal Mak Long dengan perasaan risau. "Tak ada la,
tadi Nara tengah main phone tiba tiba dengar ada bunyi dalam toilet. Nara ingatkan Cody ke apa ke sekali ada haiwan buas yang keluar"jawabku dengan terang. "Nara, lepaskan tangan dia Nara, biar dia bangun Pak Long nak tengok muka penyangak yang masuk rumah kita ni"kata Pak Long dan aku terus melepaskan pegangan tanganku pada lengan lelaki yang tinggi lebih kurang 180cm itu.Sebaik sahaja dia bangun, Mak Long dan Pak Long menjerit serentak. "Qash???????"kata mereka pada masa yang sama. Aku yang di sebelah lelaki itu dah blur. Qash mana pulak aku tak pernah tahu pun Pak Long ada anak lelaki. "Ya Allah, kenapa balik tak bagitahu dulu ni Qash?Kan tak memasal dah kena smack down dengan si Nara"kata Pak Long. "Aduh, mana datang minah gangster kat rumah ni Pak Long. Dah lah suka hati jadikan bilik Qash ni macam bilik dia sendiri"kata dia membuat mataku membuntang.
Qash P.O.V
Aku duduk berbual dengan Pak Long dan Mak Long di ruang tamu selepas insiden yang tak menyenangkan tadi. Lebam sebelah dah mata aku sebab terhentak atas lantai tadi. Gila la perempuan tu. Badan kecik. Kemain kuat boleh back kick aku. "Qash okay tak tu?"tanya Pak Long. "Eh okay je Pak Long"jawabku pendek. Perempuan gangster yang sedang duduk di sebelah Mak Long aku perhati sekilas. Riak muka dia langsung tak berubah, still cold."Dah kenapa lah balik tak inform dulu Qash?
Suka buat surprise macam ni"kata Mak Long. "Tak ada, tiba tiba boleh balik sebab tak ada event penting sekarang, tu yang Qash terus fly balik sini. Rindu suasana puasa dekat kampung ni"kataku sambil tersenyum ke arah Mak Long. "Elok lah Qash ada kat sini, bertambah kawan Mak Long kamu, sebelum ni Nara je yang teman dia buat kuih hari hari, ha sekarang Qash ada, lagi meriah rumah ni"kata Pak Long membuat Nara yang di sebelah Mak Long menjeling aku.
Wah wah, aku cungkil mata tu karang."Dah lewat malam dah ni, pergilah tidur, Qash kan fly jauh, pergi rehat okay?"kata Mak Long membuat aku tersenyum sinis. "Ha tu lah, Qash letih jugak ni. Tapi bilik Qash dah ada orang lain duduk pulak. Macam mana tu?"tanyaku membuat Nara memberi jelingan maut ke arahku. "Lah, Qash tidurlah bilik sebelah bilik Nara tu"kata Pak Long. "No way, Qash nak tidur dalam bilik tu jugak. Tu bilik Qash"kataku lagi membuat Nara yang masih lengkap bertelekung membulatkan mata ke arahku. "Ha suka hati kamu lah. Bincang sendiri dengan Nara. Mak Long dengan Pak Long masuk bilik dulu ya"kata Mak Long lalu melangkah ke arah kamarnya dengan Pak Long.
Inara P.O.V
Aku memandang lelaki yang bergelar Qash itu dengan pandangan tak puas. "Apa masalah kau eh?Boleh je kan tidur bilik sebelah?"tanyaku dengan garang. "Hello?Bilik yang kau duduk tu bilik aku just tak banyak barang sebab aku tak selalu balik sini. So, sila kemas barang kau semua. Aku bagi masa 30 minit je dari sekarang"jawab Qash membuat aku bertambah geram. Kalau boleh tumbuk muka dia,dah lama aku buat biar penyek hidung mancung dia."Apa kau tengok tengok?Tahu la aku handsome. Esok boleh sambung tengok. Pergi kemas barang kau sekarang and get off from my room. Kalau kau taknak keluar, aku okay je tidur satu bilik dengan kau"kata Qash lagi kali ini betul betul menguji kesabaran aku.
"Eeee sorry lah, baik aku tidur dengan kambing belakang rumah dari tidur dengan orang berlagak & mulut tak ada insurans macam kau"kataku lantas mengatur langkah ke arah bilik aku yang sekarang sudah jadi milik lelaki annoying itu.Selesai memindahkan segala barangku ke bilik sebelah, aku terus terbaring di atas katil.
Ya Allah, penatnyaaaaaaaaaaa!Ni semua sebab Qash tak guna tu punya pasal. Eeee kenapa lah dia mesti muncul sekarang?Masalahnya asal usul lelaki berlagak tu pun aku tak tahu. Tiba tiba je ada. Apa yang aku tahu Mak Long dengan Pak Long tak ada anak. Ni mesti Pak Long pungut dia tepi jalan ke apa ni. Sebab tu lah perangai macam tu. Macam hareyyyyy.