Bab 11

204 26 0
                                    

             Gerak geri Yuhaneez dan rakan-rakannya diperhatikan tajam oleh sepasang mata milik seseorang disebalik dinding. Yuhaneez yang ketawa keriangan itu dipandang sayu. 

Dia rindu akan wajah itu. Rindu yang teramat sangat.Dia juga cinta dan sayang akan gadis tersebut. Dia ingin memiliki gadis itu, namun semuanya hanyalah mimpi kerana hubungan mereka tidak pernah direstui oleh kerana satu perjanjian.

Hanya kerana perasaan cintanya terhadap gadis itu, dia dibuang keluarga. Dendam? Sudah pastinya tidak. Dia hanya ingin memiliki gadis itu. Sepenuhnya. Dia tidak mengerti, mengapa keluarganya sanggup menyeksa perasaannya sebegitu rupa. Dia sakit. Tiada keluarga dan sunyi.

Terkadang dia rasa sunyi dan rindu. Rindu seorang anak terhadap kedua orang tuanya. Juga rindu seorang adik terhadap abang-abangnya. Dan juga rindu seorang lelaki terhadap seorang gadis yang sangat dia sayang dan cintai.

Mengingatkan semua itu, lelaki itu mengeluh tanpa sedar di sebalik dinding tersebut. Melihatkan ketawa gadis itu  sudah jelas bahawa dia sedang bahagia.Walaupun tanpa dirinya.

Yuhaneez mengangkat kepalanya tiba-tiba apabila terasa seperti diperhati. Namun tiada apa yang aneh. Dia segera mengusir perasaan tersebut lalu terus menyambung langkahnya untuk mengikut jejak kawan-kawannya yang lain.

Firasya menelefonnya sebentar tadi hanyalah bertujuan untuk mengajak Yuhaneez keluar berjalan-jalan di shopping mall. Tidak logik bukan? Tadi suara masa call tu, macam suara orang yang dah lama tak rasa makan penyepak aku. Tapi tu lah, kalau dah kawan, takkan nak tolak pulak.

Mereka terus berjalan-jalan dibsekitar mall itu dipenuhi dengan gelak tawa masing-masing. Gembira. Itulah yang dirasanya sekarang ini. Siapa yang tak gembira bila dapat keluar dengan kawan? Orang dengki je macam tu.

Kawan adalah keluarga keduanya selepas ziel family. Tanpa keluarga, siapalah aku. Eceh!

Sang lelaki tersebut hanya mengekor perbuatan mereka empat sekawan itu. Terkadang hatinya tercuit melihat tingkah laku mereka yang seperti kebudak-budakkan itu. Abang rindu Esya.

"So you can keep me,
inside the pocket of your rip jeans,
holding me closer till our eyes meet,
you won't never be alone,
wait for me to come home."

Lelaki tersebut terkejut dan gelabah apabila telefonnya berdering tiba-tiba. Nasib baik dia berada jauh daripada Yuhaneez dan rakannya. Kalau tak, mesti dah kantoi.

"Hello", jawabnya mendatar, setelah melihat nama si pemanggil.

"Bos, we need you.", kata si pemanggil dengan nada cemas.

"Where?",

"Hujung bandar.",

"15 minutes.", Lelaki itu terus meletak panggilan dan bergerak keluar dari mall tersebut. Dia terpaksa meninggalkan gadis kesayangannya seorang diri. Sedih? Mestilah ya!

Dia menelefon salah seorang anak buahnya untuk menjaga setiap gerak geri Yuhaneez. Dia tidak mahu gadis itu tercedera walau sedikitpun. Setelah puas menatap wajah itu, dia segera beredar dari situ.

          Di cafe....

Twins Arry dan Adry melepak bersama dengan geng-geng mereka. Tak lain dan tak bukan, Aryan dengan bala tenteranya yang lain. Faruk juga turut bersama mereka. Kini dia sudah menjadi salah seorang anak buah Aryan.Dan sepanjang di cafe tersebut, dia hanya mendiamkan diri. Dia masih lagi sedang menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang. Dia, melepak bersama keluarga jutawan. Alangkah awkward-nya...

"Woi!", Airiq memecahkan kesunyian di meja tersebut. Dia membaling sudu ke arah muka Faruk.

Faruk yang terkejut itu hanya mengangkat keningnya sebagai balasan. Dia malas hendak bersuara. Tekaknya berasa sakit tiba-tiba. Eh?

Married With The Assassin Princess [OG]Where stories live. Discover now