“Seumur hidup aku, tak pernah aku menangis sehebat ini. Dia tiang dan juga peruntuh. Diperlukan namun pada masa yang sama tidak sanggup dipandang. ”
↭
"Kenapa doktor di sini? Doktor dan Yunhee hanya orang asing, bukan?"
Doktor itu tersenyum sahaja mendengar soalanku. Aku yang masih memakai hanbok berwarna hitam. Aku yang masih berduka dan aku yang masih tidak mampu tersenyum.
"Sejujurnya, saya tiada jawapan untuk soalan cik Yunhee." Dengan senyuman yang tidak pudar, doktor itu menjawab.
"Saya cuma nak bantu cik Yunhee." Kata doktor itu mendatangkan keliru. Riak wajahku penuh tanda tanya.
"Tak perlu doktor." Lelaki itu mendiamkan diri. Langsung tidak marah atau sakit hati dengan balasan aku. Sebaliknya dia hanya membuka mulut.
"Dulu saya ditinggalkan oleh ibu saya sendiri. Hari yang paling gembira menjadi hari yang mendukakan. Waktu tu, ibu bawa saya ke taman tema untuk sambut hari jadi saya." Dapat aku kesan nada suaranya yang mula berubah. Dia turut menutup mata dan melepaskan keluhan berat.
Dan aku menyedari sesuatu.
Dia persis seperti aku. Kami berdua kehilangan. Namun kisah doktor itu lebih jauh menyedihkan. Sekurang - kurangnya, aku tidak sengaja ditinggalkan.
"Hoseok-ah, tutup mata kamu dan kira sehingga—"
Aku tetap diam. Mendengar suaranya yang begitu sayu membuatkan aku turut sedih. Matanya yang sudah berkaca juga memberikan kesan. Dia tidak mampu menghabiskan kata. Terlalu perit.
"Itu kata - kata ibu yang terakhir. Bila saya buka mata, hanya ada saya, orang ramai dan sebatang coklat snickers yang ibu beri sebelum dia pergi."
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Fanfic"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...