SETELAH melangkah keluar daripada klinik, mereka terus menuju ke arah kereta yang berada tidak jauh daripada situ.
"Rose tak nak singgah mana-mana dulu ke?" soal Dato Kamarul sambil menekan punat kunci kereta.
"Erm kita pergi makan nak? Rose tak sempat nak makan kat rumah tadi.." Rose membuka pintu kereta lalu masuk ke dalamnya.
"Nak makan dekat mana?"
"Haritu Rose ada keluar makan dengan Aina dekat area sini-sini je tapi makanan dia sedap tau pa. So, papa mesti kena try makan dekat situ. Nama kedai tu Restaurant ADH'S" ujar Rose panjang lebar.
Walaupun nama restorannya agak pelik sedikit, tetapi makanan dekat restoran tu memang perghh, padu bak hang!
"Okeh jom" enjin dihidupkan lalu kereta mewah itu laju meluncur keluar dari kawasan klinik.
•°•°•°•
KAKI mengatur langkah masuk ke dalam restoran apabila sudah berada di kawasan itu.
Kelihatan ramai pelanggan yang sedang menjamu selerea di sini. Dia memerhati sekeliling, besar juga restoran ini kalau mahu dikira.
Rose terpegun seketika, dekorasinya sungguh cantik. Dengan bunga hidup yang terletak di setiap sudut dinding, lampu kristal yang tergantung di siling dapat memukau sesiapa sahaja yang makan di situ dan lantai berkilat yang diperbuat daripada batu marmar.
Mewah habis! Patut lah ramai pelanggan datang ke sini. Kalau pemilik restoran ini lelaki dah lama aku mengorat! Tapi kenapa aku tak perasan yang restoran ni cantik bila makan dengan Aina haritu? Okey ni pelik.
"Ramai nya, jom lah pergi makan dekat kedai lain" Dato Kamarul berura-ura mahu keluar daripada situ namun lekas ditarik oleh Rose.
"No papa, mana boleh. Kita dah sampai sini pun kan.."
"Rose pun tahu kan yang papa ni tak suka tengok ramai-ramai orang.."
Cemberut dahi Rose mendengar Dato Kamarul berkata begitu. Bukannya dia tidak tahu papanya itu rimas jika melihat orang ramai. Tapi apa dia kesah, dia tetap mahu mengajak papanya untuk makan di sini.
"Papa ni kan..kali ni je please" Rose membuat muka simpati.
Namun Dato Kamarul tidak menghiraukan Rose. Dia sudah tahu tektik yang ingin digunakan oleh anaknya itu.
"Please..." Rose menggenggam kedua belah tangan lalu mengangkat ke paras dada.
"Erm tak apa lah. Siapa lah Rose kan nak paksa-paksa papa makan dekat sini, ok Rose faham. Jom lah keluar dari sini" Rose menunduk ke bawah. Mulutnya mencebik seakan-akan mahu menangis. Lalu dia berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu.
Dato Kamarul yang melihat itu terasa kasihan walaupun dia tahu anaknya itu mahu memujuk lalu dia menarik tangan Rose menuju ke arah meja yang kosong.
Rose yang terasa tangannya ditarik terus tersenyum lebar. Yes , berjaya pujuk papa!
Kemudian datang seorang pelayan lelaki setelah mereka melabuhkan punggung di kerusi.
YOU ARE READING
Bad Girl
RomanceHidup seorang gadis yang bernama Rose Adline berubah disebabkan ibu tirinya. Kalau mama aku mati, kau pun patut mati lah! - Rose Adline Maafkan ibu sayang, ibu tak sengaja langgar mama kamu - Datin Melinda Kau dengan maaf kau tu boleh pergi mampus l...