AIDEN yang terasa seperti dirinya diperhatikan memerhati sekeliling. Sebaik sahaja mereka selesai makan, Ariana mengajaknya untuk meluangkan masa di satu padang yang luas.
Di hadapan padang tersebut ada satu sungai yang mengalir tenang. Sungguh mendamaikan.
Aiden membaringkan tubuh ke atas padang rumput yang bersih itu. Mata dipejamkan buat seketika. Bayangan wajah pemilik hati mula berlegar di fikirannya.
Adeena Davina.
"It's hurt. I tunggu you lama Aiden." Aiden membuka matanya dengan kadar yang segera. Dia bangun dari baringan. Anak mata lelaki itu mula melilau sekeliling.
Lelaki itu kaku di tempatnya. Anak mata berona hazel. Dia kenal dengan sepasang anak mata yang cantik itu.
Adeena Davina. Tunangnya.
Aiden bangun dari duduk. Seruan panggilan dari Ariana dia endahkan. Fikirannya hanya terlihat bayangan Adeena. Tiada yang lain.
Belum sempat dia menyentuh tangan gadis itu dirinya sudahpun tersungkur jatuh ke atas padang. Rahang yang sudah terasa sakit dia pegang. Bibirnya pula terasa pecah.
"Like what you see?" Mateen mencerlung tajam ke arah Aiden. Jari telunjuk lelaki itu menunding ke arah wajah Adeena yang sudah sembab akibat menangis. Gadis itu terluka.
"Let me explain. " Aiden bangun dari duduk. Tubuh kecil Adeena yang dilindungi oleh tubuh sasa dan gagah milik Mateen dia lihat.
Sungguh dia rindu akan gadis itu.
"Kau nak explain apa lagi!? Kau dah hancurkan hati dia Aiden Nathaniel! Tak cukup lagi kau buat dia menderita selama ni! Kau boleh pergi luangkan masa dengan orang lain kat sini! Sedangkan adik aku menangis siang dan malam ingatkan kau!"
Aiden mendengus kasar tatkala Mateen menarik tangan Adeena pergi dari situ sebelum dia sempat mengutarakan apa-apa.
"Shit!"
Aiden membalingkan iphonenya kuat sehingga telefon itu terpelanting jauh ke arah lantai yang bersimen.
Lelaki itu menyebak rambut perangnya ke belakang lalu melangkah kembali ke arah Ariana dan juga Danish.
"Aid? What happend?"
Ariana terkedu setelah dirinya menerima jelingan daripada Aiden. Lelaki itu mengambil kasar anak kunci kereta yang berada di situ lalu melangkah pergi.
Ariana mendukung Danish yang sudah tertidur di dalam gendongannya. Langkah besar Aiden dia ikuti dengan tergesa-gesa.
ARIANA menjeling Aiden yang senyap memandu di tepinya. Wajah lelaki itu tegang.
"Aiden apa sebenarnya yang dah berlaku?" Tanya Ariana lagi. Tidak berpuas hati jika Aiden tidak mahu berbicara dengannya.
"Can you just mind your own bussines Tengku Quinn Ariana Binti Tengku Adriel!?"
Ariana tersentak mendengar jerkahan daripada Aiden.