Hari ni hari last kem ramadhan dekat masjid. Lepas bersahur ramai-ramai dekat masjid tadi terus solat subuh, solat sunat, dengan ceramah dan baca al-Quran.
Masa bersahur tadi ada seorang ustaz bagi duit raya dekat budak-budak tu. Bukan setakat budak-budak aje, aku pun dapat sekali. Tapi Taehyung tak dapat sebab dia tak de time tu.
Aku tunjuk kat dia yang aku dapat duit raya awal dari dia. Lepas tu dia cemburu sambil cakap tak adil. Aku pun kata lah dia dah tua mana boleh dapat duit raya. Merajuk husband aku sampai tak nak cakap dengan aku setengah jam. Manja!
"Oppa tengok apa tu?" Kata aku bila nampak Taehyung pandang budak-budak tengah bersalam dengan kawan-kawan dari sekolah lain. Yelah diorang dah nak balik.
"Oppa tengok diorang salam. Bersalam tu boleh mengeratkan silaturrahim kan?" Kata Taehyung lalu dia letak lengan dekat bahu aku.
"Betol tapi diorang salam tu bukan saja sebab nak erat hubungan silaturrahim saja tapi diorang nak tinggalkan kawan-kawan kat sini. Nanti susah nak jumpa dah sebab diorang semua dari sekolah yang berbeza." Jelas aku.
"Oh best kan." Kata Taehyung lagi.
"Apa yang best?" Soal aku.
"Dapat kawan ramai. Oppa rindu bangtan members la pula." Balas Taehyung.
"Call la diorang, mesti diorang pun rindu oppa." Aku peluk pinggang Taehyung.
"Nanti lah." Balas Taehyung ringkas. Lalu kami pergi ke bahagian dapur masjid nak cari mak. Kami nak balik rumah, nak mandi. Hari ni panas la pula.
Sampai ja dekat mak Taehyung sibuk nak minta jelly lagi. Tapi malangnya dah habis sebab budak-budak sekolah tu ambil sorang satu.
"Tak pa petang nanti kita pergi beli. Sayang belanja, nak tak?" Kata aku. Taehyung mengangguk laju sambil senyum memanjang.
"Kami balik dulu mak." Kata Taehyung dekat mak lepastu tarik tangan aku dan balik.Teruja pulak dia.
♥♥♥
Macam yang aku janjikan, aku bawak Taehyung ke pasaraya dekat pekan. Dia nak sangat beli jelly jadi aku beli lah. Tapi aku ada beli juga bahan-bahan untuk buat jelly homemade.
Nak kasi dia rasa air tangan isteri tercinta pula. Dia tak habis dengan perasaan teruja masa aku cakap nak buat jelly sendiri.
Balik ja rumah kami buat jelly sampai empat bekas. Boleh makan untuk berbuka nanti.
"Tak sabarnya nak makan." Taehyung meletakkan kesemua jelly ke dalam peti sejuk.
"Mesti lagi sedap daripada jelly yang oppa beli dekat kedai tu." Kata aku lalu simpan peralatan yang digunakan sebab nak mula masak untuk berbuka.
"Yelah isteri oppa yang buat. Sayang buatkan ayam masak merah. Oppa craving la." Kata Taehyung.
"Okay tapi oppa kena ambilkan serai dekat belakang rumah." Aku bagi pisau kat Taehyung lalu dia keluar ikut pintu belakang.
"Berapa sayang nak?" Soal Taehyung dari luar. Dah keluar baru nak tanya.
"Dua cukup." Balas aku lalu membasuh ayam.
♥♥♥Habis berbuka, kami solat berjemaah dirumah. Lepastu relax kejap dekat ruang tamu sambil makan jelly yang aku buat. Barulah kami pergi masjid untuk berterawih.
Masa dalam perjalanan pulang, aku dan Taehyung beli ais krim Malaysia. Kami makan sambil borak-borak.
"Sayang esok jom buat ais ni." Kata Taehyung. Okay aku dah agak dia nak suruh aku buat.
"Boleh tapi oppa kena tolong." Balas aku.
"Boleh aja boss." Kata Taehyung lalu dia ambil ais aku dan makan. Eihh mentang ais dia dah habis, dia nak ambil orang punya.
"Apa ni ambil sayang punya." Aku cuba mengambil ais aku kembali.
"Oppa nak rasa ja." Kata Taehyung lalu memberikan ais aku kembali tapi tinggal sikit, sangat sikit.
"Ishh apa ni, baik tak payah bagi balik." Marah aku, nak merajuk lah camni.
"Ala mianhae, janji oppa tak buat lagi." Taehyung menarik tangan aku tapi aku berjalan laju meninggalkan dia.
Sampai ja dekat rumah aku terus ke bilik nak tidur. Aku sangkutkan telekung dan basuh kaki. Lepastu aku tutup lampu bilik dan baring. Hanya lampu meja yang menerangi bilik sekarang ni.
Tiba-tiba Taehyung masuk, dia letakkan songkok dekat atas meja makeup aku. Lepas tu dia masuk tandas, nak basuh kaki kot.
"Sayang dah nak tidur ke?" Soal Taehyung lalu baring kat sebelah aku. Aku diam dan pura-pura tidur.
Taehyung tarik tangan aku dan cium. Lepastu dia usap perut aku berkali-kali.
Terjerit kecil aku apabila Taehyung tekapkan telinga di perut kempisku.
"Assalamualaikum anak appa, harini eomma merajuk la. Eomma marah appa sebab appa makan ais krim Malaysia eomma. Mesti anak appa ada kat dalam kan sebab tu eomma emosi semacam ja." Kata Taehyung. Aku tampar belakang dia lembut.
"Sayang tak mengandung lagi la." Kata aku.
"Eh eomma dah bercakap dengan appa la. Gomawo anak appa." Taehyung angkat kepala dia lalu dia peluk pinggang.
"Sorry makan ais krim sayang." Kata Taehyung lagi.
"Tak marah pun." Balas aku.
"Yeke tak marah, tapi kenapa tak nak cakap tadi?" Soal Taehyung lagi sambil mengeratkan pelukan.
"Penat." Balas aku ringkas.
"Mian sayang, Muhammad Aryan yang kacak janji tak buat lagi." Taehyung angkat tangan dia gaya berikrar.
"Tidurla, sayang penat." Kata aku lalu aku tutup lampu meja.
"Jalja aegi, jalja aegi eomma." Taehyung cium bibir aku dan masih memeluk aku sambil satu tangan mengusap perutku. Aku pusing menghadap dia dan membalas pelukannya.
Tbc
Sorry kalau bosan.
YOU ARE READING
[C]Bangun Sahur Sayang | KTH
Romance[Readers cakap Sweet] Cabaran bagi seorang lelaki mualaf dari korea untuk berpuasa penuh tahun ini. ❤️ The more you read the bitter it can be. Chapter- Sweet Special i - Slayyyy Special ii - Sad