Inara P.O.V
Pagi ini, vibes di kampung ini sungguh berbeza. Angin bertiup sepoi sepoi bahasa menyapa kulit mukaku. Sengaja aku membuka tingkap bilik hari ini kerana aku suka angin pagi. Sungguh nyaman. Takbir raya yang berkumandang membuat aku rasa sayu, rindu dekat Papa and arwah Mama.Tanpa membuang masa, aku mengatur langkah ke dapur untuk menolong Mak Long. Bau rendang ayam semerbak menusuk hidungku."Mak Longggg"sapaku sambil memeluk Mak Long dari belakang. "Astagfirullah, terkejut Mak Long la, ish kamu ni Nara"kata Mak Long sambil tersenyum manis. "Mak Long hangatkan balik je kan lauk lauk yang kita dah siap masak pagi tadi?"tanyaku pada Mak Long. "Ye sayang, semua dah siap masak"kata Mak Long dan aku hanya tersenyum. "Ha Nara dah mandi ke?Boleh bersiap kejap lagi kita nak gerak pergi masjid dah. Solat sunat Hari Raya"kata Mak Long lagi."Dah, Nara dah siap dah ni. Pakai tshirt jela pergi masjid, balik kang baru cantik cantik"kataku dan Mak Long mencubit pipi kananku.
"Ha Zara, Nara?Dah siap belum tu?Jom lah gerak ke masjid"celah Pak Long yang sudah lengkap dengan baju Melayu hitam yang aku dan Mak Long jahitkan. "Fuyooooo Pak Long nampak 10 tahun muda la"pujiku membuat Pak Long ketawa. "Ada je nak membahan orang Nara ni eh, mentang mentang Qash tak ada"kata Pak Long membuat aku muncung.
Nak mention Qash pulak. Ni tak suka ni.Qash P.O.V
Jam menunjukkan pukul 8:30 pagi. Aku bergegas memandu Honda Accordku memecah jalan di kampung tercinta ini. Ramai orang sudah mula pulang dari masjid. Dalam 2 minit memandu dari jalan utama, akhirnya aku sampai di perkarangan rumah Pak Long.
Suasana rumah ni kalau pagi raya memang meriah. Ramai jiran akan datang rumah Pak Long dulu sebab Pak Long orang kuat kampung ni.Selesai memperkemas kain sampingku,aku mula mengatur langkah untuk masuk ke rumah. Buat masa ni tak ada seorang pun yang perasan keberadaanku di dalam rumah agam ini. Langkah demi langkah, aku nampak kelibat Nara sedang melayan seorang kanak kanak kecil di pangkuan dia. Haih, cannot lah tengok Nara lengkap pakai baju kurung macam tu. Selama ni outfit dia boyish nak mati. Dengan t shirt dan tudung bawal kegemaran dia. Hari ni dia tampak lain dengan shawl.
Langkah demi langkah aku ingin menyergah si Nara tapi perbualan dia dengan budak kecil itu menarik perhatianku. "Ala Kak Nara, mana Prince Charming Alisha tu, Kak Nara cakap kalau Alisha datang awal rumah Pak Long, Alisha dapat jumpa dia"kata budak kecil bernama Alisha itu. "Ala, Prince Charming tu kena balik istana lah Alisha, dia busy"jawab Nara sambil cubit pipi Alisha. "Ala, mana boleh macam tu. Princess dia ada dekat sini, dia kena lah bawak Princess dia sekali"kata Alisha lagi membuat aku gemas. Comel gila!
"Hello?Siapa Princess dia?"tanya Nara kepada Alisha. "Alisha la Princess dia. Takkan Kak Nara pulak"jawab Alisha laju membuat Nara tergelak kecil. "Eh mana boleh, Prince Charming tu Kak Nara punyalah"kata Nara membuat aku terkejut. What?Nara punya?
Muka aku mula berona merah. Tanpa membuang masa, aku menghampiri mereka berdua yang sedang asyik berbual.
"Hekehem"saja aku berdehem membuat Nara mengucap panjang. Terkejut habis minah tu.Inara P.O.V
Ya Allah, boleh mati kejung aku dengan perangai si Qash ni la. Dahlah aku tengok syok cakap pasal dia dengan Alisha tadi, anak jiran Pak Long. "Qash!Awalnya kau balik?"tanyaku pada dia. "Awalla, sebab ada orang tu kata dia nak tengok aku pakai baju melayu yang dia jahit"kata Qash membuat aku tersipu malu. "Hai Prince Charming!"sapa Alisha tiba tiba. Eih budak kecik ni kan. "Eh, hai my Princess"sapa Qash sambil mengusap rambut Alisha dengan lembut. "Ha see, kan Alisha dah cakap, Alisha la Princess dia, bukan Kak"belum sempat Alisha sempat menghabiskan kata kata dia aku menutup mulut dia.Qash dah ketawa macam apa tengok reaction aku. "Alamak Alisha, tapi Prince Charming ni suka Kak Nara ha macam mana?"tanya Qash pada Alisha membuat aku terpaku. "Eee mana boleh, tak boleh"jawab Alisha dan dia mula merengek. Ha mati la nak. Dah semua tetamu dalam rumah Pak Long tengok ke arah kami.
"Qash?Bila sampai?"soal Pak Long dan Mak Long serentak. "Ha baru je sampai, cari Pak Long tadi tapi tengok Pak Long tengah busy layan tetamu"kata Qash membuat aku mencebikkan bibir. Acah betul.Mak Long P.O.V
Semua tetamu mula beransur pergi meninggalkan rumah kami. Now, tinggal kami berempat dekat ruang tamu rumah. Baru sahaja aku hendak membuka mulut tiba tiba ada orang bagi salam. "Waalaikumussalam, lah Arash dengan Maryam rupanya, masuk masuk, kenapa tak inform balik sini"sapa suamiku. "Ada budak merengek suruh kami balik Malaysia raya tahun ni Bang Long"kata Arash membuat semua mata melihat ke arah Qash. "Ala, bukan selalu pun Mummy & Daddy raya sini, selalu Qash yang kena balik Brittany"kata Qash macam budak kecil."Ni siapa Bang Long?"tanya Arash sambil melihat ke arah Inara. "Oh, ni anak buah Bang Long, Papa dia tunaikan umrah, tu yang dia menetap dekat sini sekejap"jawab suamiku polos. "Cantiknya"kata Maryam memuji Inara.
Inara yang baru lepas menyalam Maryam hanya tunduk tersenyum. "Cantik kan Mummy?Kalau Qash nak jadikan wife boleh tak?"tanya Qash seloroh membuat Arash yang sedang minum teh o tersedak. "Kamu biar betul Qash?"tanya Daddy Qash. Qash mengangkat kening sambil mengenyitkan mata dia. Kemain lagi.Inara P.O.V
Aku rasa nak pergi front kick muka si Qash ni tahu. Ada ke dia cakap macam tu depan parents dia. Now, baru aku tahu asal usul lelaki bernama Qash ni. Betullah dia ada mix. Mak dia, Ya Allah, secantik cantik manusia. No wonder la anak dia handsome. Eh. Jangan puji.
Baru sahaja kami mahu menjamu selera bersama sama, aku dengar suara Papa bagi salam. Aaaaaaaa, aku terus berlari ke arah pintu utama untuk menyambut kedatangan Papa."Ya Allah, Papa, I miss youuuuu"kataku lantas memeluk erat lelaki yang semakin di mamah usia itu. "Ya, Papa pun rindu Nara. Tapi jomlah masuk dulu, Papa nak jumpa Pak Long"kata Papa dan kami sama sama melangkah masuk ke dalam rumah Pak Long. Baru sahaja Papa melangkah masuk, suara lelaki yang memanggil nama Papa membuat aku terkejut. "Mukhriz?" tanya Daddy Qash membuat aku dan Qash tergamam sambil melihat satu sama lain. Wait what's happening here?Aku mula rasa tidak sedap hati. Badan aku mula menggigil, memori pahit 20 tahun tiba tiba menjengah kembali.