Seorang lelaki masuk ke dalam markasnya dengan amarah yang membara. Bilik yang paling hujung itu ditujui. Pistol juga tidak lepas dari tangannya.
Sampai sahaja dia di hadapan pintu bilik tersebut ditendang sehingga pecah. Dia ternampak seorang lelaki tua yang terikat elok di atas kerusi tersebut. Kaki melangkah laju ke arah orang itu dan mukanya ditumbuk kuat oleh sang lelaki.
Lelaki tua itu tersedar dari lena. Eh? Pengsan. Bibirnya pecah. Darah mengalir hampir di seluruh badannya. Sakit! Dia memandang ke arah lelaki yang menumbuknya sebentar tadi.
"Que..ak..aku mintak maaf.. aku..tak t..tahu yang perempuan tu..kau punya..", kata Faizul dengan suara yang tersekat-sekat.
Manakala lelaki tersebut, atau nama gelarannya, Que, hanya tersenyum sinis ke arah Faizul. Orang tua itu sudah benar-benar melampau. Dialah yang bertanggungjawab menghantar orang-orang Red Dragon untuk menculik gadis kesayangannya, Yuhaneez El-Qeezsha. Nasib sahaja gadis itu tidak tercedera.
Dia betul-betul pantang kalau ada orang yang berniat untuk mencederakan gadis kesayangannya. Dan orang tua tidak sedar diri ini benar-benar mencabar kesabarannya.
"Heh..kau ingat aku akan termakan dengan maaf kau ni ke?", kata Que sinis. Faizul menelan liur kesat. Pahit! Dia tahu bahawa malaikat mautnya sudahpun 'otw' ingin ke mari.. Dia redha. Que bukanlah calang-calang orang. Dia tidak mudah memaafkan sesiapa yang sudah berbuat salah kepadanya, atau lebih kepada, tidak pernah memaafkan orang.
Buat apa nak memaafkan? Sorry didn't change anything that had happened right?
Sorry change nothing!
"Kenapa kau nak culik dia?", tanya Que mendatar. Tangannya elok berada di atas kepala Faizul. Rambut Faizul dicengkam kuat apabila dia tidak menjawab pertanyaannya.
"Arrgh! S..sa..kit", sudahlah kepalanya luka, ditambah lagi dengan cengkaman kuat lelaki tersebut.
"Tell me or...kau akan mati dalam cara yang paling ngeri sekali.", kata Que. Dia berhenti mencengkam rambut Faizul malah dia mengusapnya perlahan.
Faizul menelan liur. "Bos aku suruh aku hantar budak-budak cu..culik perempuan tu..",
"T..tapi, diorang tertangkap.. dan, dua orang daripadanya mati, tapi sorang lagi sekarang ni dah jadi salah seorang ahli EM (Evil Monster)", jujur Faizul. Tiada guna lagi dia mahu berselindung kalau nyawa pun sudah berada di hujung tanduk.
"I'd knew everything", jawab Que mendatar.
"Dan sekarang adalah masa untuk kau pergi..",
"Maafkan aku Que..maafkan aku..", rayu Faizul.
"Never!", lalu menarik picu dan tembakan dilepaskan tepat pada kepala Faizul.
Mati.
Selepas itu, Que keluar dari bilik tersebut dan menelefon seseorang.
"How's she?", tanya Que mendatar sebaik sahaja panggilan dijawab.
"She's safe Que, sekarang dia ada dengan keluarga tu..so what do you want me to do now?",
"Just leave her. Let them be. Aku tahu dia akan selamat dengan keluarga tu. Just leave her for now..", jawab Que kembali.
"Okay bos",
Que terus mematikan panggilan tanpa menjawab.
Fikiran melayang kepada gadis tersebut. Senyuman terukir tanpa sedar. Abang akan jaga Esya. Itu janji abang. katanya dalam hati. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Lantas nama seseorang melayang di fikirannya.
YOU ARE READING
Married With The Assassin Princess [OG]
Hành độngCover by: @aira_nn PRINCESS ASSASSIN. Membunuh? Hobinya.Dia membunuh untuk suka-suka dan membunuh bila dia rajin sahaja.Siapa yang cari pasal memang cari maut.Jadi sentiasa ajar diri untuk 'BEHAVE' bila bertemu dengan PRINCESS ASSASSIN. DANIEL ARYAN...