° Vladimir 021 °

309 51 12
                                    

“ Aku tak tahu bagaimana hendak memberitahu hal yang sebenar tentang diri aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku tak tahu bagaimana hendak memberitahu hal yang sebenar tentang diri aku. Kerana satu perkara yang aku tahu, aku bukan lelaki yang baik.

"Bila - bila masa, Yunhee boleh pergi ke hospital kalau nak jumpa saya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Bila - bila masa, Yunhee boleh pergi ke hospital kalau nak jumpa saya."

"Baik Ho—"

"Yunhee!"

Kami berdua menolehkan kepala. Mencari suara yang baru sahaja menjerit namaku di hadapan tempat pembakaran ibu berlangsung. Melihatkan wajah dia membuatkan hati aku kosong. Sementara Hoseok di sebelah sudah terpegun seperti melihat hantu.

"Boleh kita bercakap sekejap?" Dia mara ke hadapan. Berhenti betul - betul di hadapanku. Bau suami dingin itu melingkar di hidungku.

Membuatkan aku sedar betapa rindunya aku terhadap lelaki bernama Park Jimin.

"Tak. Yunhee tak boleh tinggalkan Hoseok." Aku berpaling ke tepi. Menahan godaan daripada terus memeluk tubuh tegap lelaki itu.

"Y—Yunhee, saya akan beredar sekarang. Tak perlu temankan saya lagi." Sedikit gagap Hoseok menyebut namaku. Hal itu tentu sekali mendatangkan kehairanan. Mamat ni tadi okay je. Sekarang macam cacing kepanasan.

"Oh, okay. Bye Hoseok." Ucapku sedikit kecewa. Tidak ingin berduaan bersama lelaki yang suka menghilangkan diri tanpa khabar.

"Bye Yunhee." Dia membalas ucapanku dan terus melangkah sehingga bayangannya hilang di sebalik pintu kereta.

"Ikut aku." Tanganku pantas berada di dalam genggamannya. Tubuhku ditarik mendekati kawasan yang agak terpencil. Mataku berair sedikit melihat belakang tubuhnya yang lebar.

Tubuhnya yang ingin aku peluk kini dan mungkin selamanya.

"Yunhee." Perlahan dia melepaskan pergelangan tangan dan mencapai tapak tanganku pula. Badannya menghadapku dengan punggung yang menduduki ruangan tingkap. Menyamakan ketinggian kami berdua.

[C] Vlàdimir. pjmWhere stories live. Discover now