Eryl meregangkan segala otot sendinya sambil berjalan ke arah Senri yang elok memerhati Alvarez dan Seth berlatih tempur tanpa senjata. Hari ni dah cukup seminggu dia bangun. Sepanjang seminggu itu, ramai muka baru yang dia kenal.
"Hey Sen." Tegur Eryl bersama senyuman.
"Hey. Lambat kau bangun hari ni? Kata nak ajak training."
"Alahh, aku ada hal sikit dengan Akira malam semalam. Itu terlajak sikit tidur. Hehehe."
Sengaja Senri menyepetkan matanya pada Eryl yang sudah tersengih miang. Keluhan dilepaskan dan dia tidak lagi menyoal. Sudah dapat mengangak apa yang dilakukan abangnya. Tidur lah berapa tahun sekalipun, kemianganya memang tak akan padam!
"Anyway Sen. Berapa lama dah diorang berlatih? Aku pun nak jugak panas badan ni."
"Dah nak habis dah. Kau tunggu ajelah."
Eryl mengangguk sahaja lalu menatap latihan anaknya bersama Seth. Bermacam-macam jurus tempur dikeluarkan oleh dua lelaki itu. Kaki dan tangan tangkas melawan satu sama lain. Aura mereka juga digunakan sebaik mungkin dan sengaja dilepaskan sehingga sekeliling seakan mampat dengan udara.
Nasib sahaja Eryl serta Senri tiada masalah dalam melawan aura yang menekan. Jika tidak, pasti sudah pengsan! Tengok sahaja tanah disekeliling mereka yang merekah setiap kali tumbukkan atau layangan kaki dilepaskan! Ini baru aura, belum lagi kuasa elemen mereka!
"Oh ya lah Sen. Kau kahwin dengan siapa eh? Anak kau tak ada lah pulak ikut warna rambut ke mata kau."
Kini tumpuan Senri jatuh pada abangnya. Dah kenapa?
"Kau ingat anak uncle Luke?"
"Siapa? Lukius, Felix atau-"
"Lily. Lily Tsuyoshi. Dia isteri aku. Sekarang dia uruskan bahagian penyelidikan di sini."
"For real? Lily ? Patut lah aku pelik kenapa anak kau rambut jingga. Cucu uncle Luke rupanya si Seth tu." Ayat terakhir sengaja dia perlahankan namun matanya tidak lepas menatap wajah adiknya yang kini berada di sisi. Mereka kini sama-sama menatap satu sama lain.
"Kenapa? Takut nak jumpa ex?"
Terus Eryl mencebik.
"Yang lepas tu biarlah lepas duhh. Kau pun tahu aku dulu-"
"Playboy dan kasanova yang paling jahanam. Ya, kenal sangat. Tu jugak lah jadi salah satu sebab kita pernah bergaduh pun."
"Yeah. Kau lepaskan amarah masa dekat War of Magic dulu. Bila ingat balik, macam bodoh aje kita gaduh sampai hampir membunuh. Dah lah sebab aku mengorat Lily aje."
"Padan pun. Kau tahu aku suka dia masa tu. Sesuka hati aje main mulut segala. Memang nahas lah."
"Hahah yelah adik ku. Tapi aku tahu kau buat perjanjian dengan syaitan bukan sebab tu. Kalau tak, memang aku belasah kau tahu? Hahaha." Rambut Senri sengaja dirosakkan membuatkan si adik menepisnya kasar.
"Tak payah lah main rambut!"
"Hahaha! Maaf-maaf. Oh ya lah, setan tu still ada dalam kau?" Soal Eryl merujuk pada syaitan yang pernah membuat janji bersama Senri untuk tingkatkan kuasanya supaya dapat melindungi Eryl. Tapi alih-alih, Eryl boleh aje lindungi diri sendiri.
Senri mengangguk bersama sengihan sinis. Kening sengaja dijongket beberapa kali.
"Kenapa? Dah sedia nak kena belasah lagi? Aku dengan dia on aje ni."
"You bet!"
Kini, keduanya tersenyum teruja. Tidak sabar untuk betarung dengan satu sama lain setelah sekian lama!
YOU ARE READING
ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2)
Fantasy-Sila baca Eldera Lelaki berdarah Syaitan terlebih dahulu supaya lebih faham.- [His bloody promise] "Tak kira lah berapa ratus tahun aku tidur dan hilang dari dunia ni, aku akan ingat janji aku sampai bila-bila.." Dia lelaki yang tidur puluhan tahu...