1

75 5 9
                                    

   Keyboard komputer di atas meja kerja diketuk beberapa kali. Rambut yang berserabai macam hantu Kak Limah versi muda,diramas kasar. Ah,serabut!

Kepala di hentakkan di atas meja. Otaknya memang dah bertakung full sekarang. Kaca matanya yang setebal 2 inci,dilemparkan entah kemana. Loket permata yang terlilit di leher jinjangnya dicabut,lalu dibuka perlahan.

Gambar tiga orang gadis yang tengah tersenyum riang di pandang sebelum dia tersenyum lebar. Yang ditengah itu Mawar,yang gemuk sekali tepi Mawar tu Bella. Yang pakai kaca mata tebal tu,dia. Kaseh Malikha.

Malikha ketawa kecil. Nama sedap,muka?....innalillah

Wajah Bella yang tersenyum sambil menjilat lollipop itu ditatap lama. Tubir matanya mulai panas tatkala teringatkan Bella,atau lebih mesra dipanggil Betty.

Hari ni,dah genap sembilan tahun Bella pergi meninggalkan dia dan Mawar. Rindunya pada Bella memang tak terungkap.

Tapi sekarang,hanya tinggal dia keseorangan. Mawar...jauh sekali mahu rindukan Bella. Buktinya, selama sembilan tahun Bella meninggal,takde sekali pun Mawar datang melawat kuburnya. Hakikatnya kalau dia jadi Mawar,dia pun akan benci Bella. Tapi..kalau bukan Bella,mungkin dia dah tak boleh teruskan hidup seperti seorang gadis biasa. Memang benar lepas kejadian tu dia berubah,tapi ke arah yang lebih baik.

Semuanya bermula dari sembilan tahun yang lepas.

Sembilan tahun yang lalu...

Mawar yang teresak-esak menangis di bahunya,diusap perlahan rambut Mawar yang terdedah. Tudung Mawar sudah terbang,hilang entah kemana. Mungkin dalam van tadi. Van yang telah membawa mereka bertiga jauh di dalam hutan.

Mata Malikha naik memandang gudang yang dihuni mereka bertiga. Hari ni,dah masuk dua hari mereka diculik. Anak matanya di kalihkan ke arah Bella apabila sahabatnya itu terbatuk-batuk.

"Uhuk! Uhuk!" tangan Malikha beralih ke belakang badan Bella. Diusap perlahan-lahan di situ.

"K-kau...okey?" tanya Malikha. Bibir Bella yang merekah itu dipandang sayu.

"Tak...ni semua salah aku.." tergeleng-geleng kepala Bella menafikan sesuata.

"A-apa kau cakap ni?"

Bella masih lagi menggelengkan kepala.

"Salah aku..." ucap Bella sekali lagi.

"BELLA CAKAP!!" jerit Mawar. Emosinya memang dah tak stabil sekarang. Dia tahu sesuatu yang bakal keluar dari mulut Bella,ada kaitan dengan semua ni.

"Aku kenal..siapa sebenarnya lelaki tu"

"Apa m-maksud kau,hah? JAWABLAH BETTY!" tanpa sedar,dia sudah menengking Bella.

Bella mengumam perlahan,bibirnya mengoyak senyuman lebar.

"Aku kenal dia dekat IG. Lepas seminggu kita orang kenal,aku bagi number phone aku kat dia. Masa tulah aku mula rapat dengan dia. T-tapi...aku tak tahu dia macam ni..." air mata membasahi pipi Bella. Matanya yang membundar naik memandang wajah Mawar.

"Dia ada minta gambar aku,tapi..." bibirnya dikemam,menahan perit untuk meneruskan kata-kata.

"Tapi aku bagi gambar kau Mawar. Dia jatuh suka bila tengok gambar kau. Kau kan cantik. Dia ajak aku jumpa tapi aku tolak. Kalau aku jumpa dia,dia akan tahu aku menipu. Dia sakit hati,dia ingat aku reject dia.
Sebab tu dia culik kau" jelas Bella panjang lebar. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 16, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dosa MalikhaWhere stories live. Discover now