Flame 6 | Responsibility

1.5K 187 119
                                    

Apabila malam menjelang, Akira elok berada diatas katil biliknya sambil membaca sebuah buku. Kusyuk dia menelaah bahan bacaanya sehingga kehadiran sang suami tidak disedari. Ini memberi idea nakal muncul di fikiran Eryl.

"Boo!"

"Arghhhh!"

Eryl mengekek ketawa apabila Akira menjerit terkejut. Buku juga sudah melayang ,jatuh di atas kepala isterinya. Kelang kabut Eryl naik ke atas katil mendapat Akira.

"Eyy! Jahat lah abang! Sakit kepala Akira tahu tak?"

"Ah, maaf. Maaf. Tak tahu pulak buku tu nak melayang. "

"Hump!"

"Alolo. Jangan lah merajuk sayang. Okay, mari sini kita cium tempat sakit tu. Muah!"

Ubun-ubun Akira dikucup sayang. Terus rasa marah pada suaminya itu hilang. Dalam kesempatan itu, Eryl menarik tubuh Akira dekat denganya. Dipeluk kemas seakan tidak mahu di lepaskan. Sayang dia! Hahaha.

"Lagi satu, kau baca buku apa sampai tak sedar orang datang? Kalau bukan aku macam mana?" Cebik Eryl tak suka. Akira terlalu leka! Macam mana kalau lelaki lain masuk? Ahh, pikir aje fasal tu dah buat dia geram! Akan dia robek manusia yang berani-berani menyentuh miliknya! Huh! Tak ada kompromi!

"Tapi awak kan? Tak apa lah." Selamba sahaja balasan Akira menambah muncung Eryl. Eyy, ada jugak kena tepuk punggung nanti ni! Biasa dia!

"Ni hah."

Buku yang dibaca tadi, dicapai lalu ditunjukkan pada sang suami. Berkerut dahi Eryl melihat tajuk buku itu. Macam..

"Ini buku yang aku baca dekat perpustakaan di Kerajaan Emerald dulu. Fasal Alvarez bukan? Macam mana boleh ada dengan kau ni?"

"Bonda yang bagi dulu. Saya suka. Sebab ingatkan saya fasal Alvarez."

Senyuman mekar di bibir Akira saat terkenangkan setiap bait kata serta jalan cerita tersebut. Sangat indah dan terharu. Pahit jerih seorang lelaki yang cuba mengubah sesuatu yang mustahil. Perwatakan watak utama cerita itu juga sedikit sebanyak seperti Alvarez. Sebab itu dia terlalu menyukai buku tersebut.

"Ah ya lah. Macam mana latihan hari ni? Alvarez?" Soal Akira prihatin seraya menjauhkan buku tersebut. Wajah pucat Eryl jelas menunjukkan latihanya tidak mudah.

"One word and always. Hell."

Akira ketawa saat Eryl menyembamkan kepala pada dadanya. Tubuhnya juga dipeluk erat. Letih benar suaminya ini.

"Hurmm? Kenapa pulak hell?"

"Yelah, diorang tu! Ada ke patut pergi bawak aku berlatih dekat kawasan berkatak! Lepas tu kan, diorang tibai aku ramai-ramai! Huwarhh! Not fair! Not fair! I don't like it! Not a bit! Bohoo.."

Wanita berambut merah delima itu cuba menahan tawa dengan rungutan suaminya. Jelas lelaki itu tidak puas hati dengan latihan yang dikenakan. Tapi nak buat macam mana? Badan dia memang perlu dikerah.

"Nanti awak biasa lah dengan semua latihan tu. Baru seminggu kan? Alvarez dulu teruk jugak kena dengan si Ayrez. Sampai kena gantung terbalik dekat tebing tahu? Itu dia trauma sikit. Awak sabar lah." Pujuk Akira bersama tangan yang asyik bermain dengan rambut Eryl. Walaupun warnanya lain, dia terima suaminya seadanya.

"Haa.. Masalahnya bukan senang. Dah lah lawan sebelah mata. Akira.." Kini mata Eryl sayu menatap isterinya.

"Kau rasa aku cacat ke?" Soalan polos itu berjaya mengukir senyuman di wajah sang wanita. Perlahan-lahan kepala diangkat lalu ciuman mendarat pada mata kanan suaminya yang tidak lagi berfungsi.

ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2) Where stories live. Discover now