Aryan pantas berlari ke dalam semak berhampiran. Bahu disebelah kirinya tercedera teruk akibat ditembak musuh. Hati menyumpah seranah Adriyan yang sedang elok bersantai di dalam kereta. Rasa nak sepak pun ada!
Markas kumpulan Evil Monster telahpun diserang hendap oleh kumpulan Zack, iaitu musuh ketat mereka dan juga Black Diamonds.
Aryan mencengkam kuat bahunya yang tercedera. Dia tidak mampu untuk melawan musuh buat masa kini, kerana dia sudah hampir rebah setelah hampir satu jam lebih berlawan dengan musuh TANPA menggunakan senjata. Kau rasa?
Sedang dia elok menyorok dibelakang semak tersebut menyaksikan perbalahan antara anak-anak buahnya menentang musuh, tiba-tiba seseorang menarik bahunya ke belakang. Aryan ingin melawan namun pergerakannya terhenti sebaik sahaja melihat gerangan tersebut. My Princess!
Seorang gadis berpakaian hitam, berambut panjang bewarna perang dengan mukanya ditutup menggunakan mask bewarna putih bercorak. Dan juga anak mata bewarna biru laut yang bisa memukau sesiapa sahaja.
Aryan terpukau. Setiap gerak gerinya terhenti. Dada berombak kencang saat gadis tersebut menyentuh bahu kirinya yang tercedera. Dia hairan, namun pada masa yang sama, jantung berdetak hebat!
Gadis tersebut kemudian mengeluarkan sehelai kain dari baju yang dipakainya dan kain itu dibalut elok pada bahu Aryan. Aryan hanya memerhati. Inilah kali pertama dia berada sedekat ini dengan gadis tersebut. Selama ini, gadis tersebut hanya membantu mereka menewaskan musuh. Tetapi kali ini, dia membantu Aryan merawat lukanya. Hatinya berdetak hebat!
Setelah selesai membalut, gadis tersebut memukul perlahan bahu Aryan yang tercedera. Aryan mengaduh sakit. Gadis tersebut pula hanya menayangkan senyum senget. Lembik betul! getus hatinya.
Kemudian gadis tersebut memandang tepat ke dalam anak mata Aryan yang bewarna hazel. Sungguh memukau.! Aryan juga turut melakukan perkara yang sama.
Lama mereka berkeadaan yang begitu sebelum ada suara yang memecah kesunyian tersebut.
"Ar!! ", jerit Steve dari luar semak.
Aryan terkejut pantas menoleh ke arah Steve lalu memberi isyarat pada mereka untuk datang ke arahnya.
Gadis itu pula berlalu pergi meninggalkan Aryan. Dia sempat membisikkan sesuatu di telinga Aryan..
"Take a good care of yourself next time okey?", kata gadis tersebut sebelum hilang dari pandangan Aryan. Dia tersenyum sendiri.
"Kau okey ke?", tanya Steve prihatin.
"Aku okey",
"Asal kau menyorok dalam semak ni?", tanya Adriyan bodoh.
"Diamlah kau! Kau bukan main sedap dok santai dalam kereta tu! Aku tengah berperang nyawa kat situ. Kau ni anjing betul!", marah Aryan. Geram betul!
"Hahaha! Rilek lah..Tak mati pun", jawab Adriyan selamba. Kening diangkat..
"Habistu?! Nak tunggu aku mati dulu ke?!",
"Eh kau ni! Kira bagus aku datang sini cari kau tau!", Adriyan masih lagi tidak mahu mengalah.
"Sengal betul aku ada abang macam kau ni!",
"Aku lagi sengal ada adik babun macam kau!",
"Eh dah lah tu! Aku tembak dua-dua nanti baru reti nak diam!", kata seseorang.
"Kau DIAM!", Aryan dan Adriyan menjawab serentak ke arah jejaka tersebut.
"Aik? Aku pun kena. Anjing betul", dengusnya geram.
"Hahahahah..bodoh.. yang kau pergi kacau dua ekor cicak yang tengah berperang tu kenapa? Tak ke naya je kena marah", kata Steven.
"Mana aku tahu",
"Aku bagitahu lah ni",
"Eh beruk! Diam je lah!",
"Kau lah beruk!",
"Kau anjing!",
"Kau setan!",
"Ad! Jay! SHUT UP! Dah lah tu. Dua-dua setan! Dua-dua anjing! Dua-dua beruk! Dah DIAM! ", kata Aryan mendatar. Namun dibalas 'middle finger up' oleh mereka berdua. Adriyan pula hanya ketawa.
Jay atau nama sebenarnya, Mark Jayden Xander yang juga merupakan salah seorang daripada anak buah Aryan. Dia baru sahaja pulang dari LA setelah sebulan lebih dihantar ke sana atas urusan kerja.
Jayden merupakan seorang hacker dan headhunter dalam kumpulan ini. Tanpa dia, hancurlah mereka. Ecehwah~
Steve memandang hairan ke arah Aryan.
"Mana kau dapat kain buruk tu Ar?", tanya Steve tanpa sedar.
"She was here just now..but, you guys ruins everything!", kata Aryan mendatar..
"Mana", tanya Adriyan.
Mereka semua tahu tentang gadis yang dimaksudkan oleh Aryan itu.
"Dah pergi",
"Kenapa dia taknak tunjuk muka dia eh?", tanya Steven.
"Muka dia buruk lah tu", jawab Adriyan selamba. Namun kepalanya diketuk kuat oleh Aryan.
"Kau cakap elok-elok sikit eh.. Aku bunuh kau dekat sini nanti", Aryan memberi amaran. Adriyan membalasnya dengN senyuman kerang busuk.
"Kenapa kau tak tahan dia tadi?", tanya Steve.
"Tak sempat.",
"Ohh", Mereka semua mengangguk kepala serentak..
"But..", Aryan berjeda.
"What?", Steve bertanya pantas.
"That girl reminded me to someone..",
"Who?", tanya keempat-empat jejaka itu serentak.
" Yuhaneez? or Lyea? or Qeezsha? or apa-apa je lah nama dia..",
"Maksud kau?", tanya Adriyan.
" Takda apa-apa lah", jawab Aryan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mendapat jelingan tajam daripada keempat-empat mereka.
"Dah lah kau! Aku nak balik! Lapar. Kau..tinggal sini!", kata Adriyan kepada Steven.
"Apasal pulak aku kena tinggal sini?! Nak mati ke?!", marah Steven.
"Sebab kau tu babi.. tak layak balik rumah aku.. hahaha.. dah cau!", kata Adriyan dengan riaknya lalu kaki diangkat menuju ke keretanya dan meninggalkan gudang tersebut..
Steven mendengus geram. Manakala yang lain hanya memandang kosong ke arah mereka sambil kepala digelengkan.
"Dah jom balik. Jay aku balik ikut kau. Tadi aku tumpang Ad, tapi kau tahulah dia kan..", kata Aryan.
"Okey!", jawab Jayden tanpa banyak kata.
Mereka kemudian masuk ke dalam kereta dan mula meninggalkan tempat yang bakal meletup sebentar saja lagi.
Aryan memandang kosong ke arah gudang tersebut.. Loser~
Tidak lama kemudian..
BOOM!
**********
Hai! Sorry chapter ni pendek sikit sebab author dah takda idea dan author tersangatlah busy.. dan kepada yang setia baca cerita yang entah apa-apa ni.. thank you sangat-sangat.. teruskan support cerita ni okey!! love uolllllsss baiiiiii👋♥
YOU ARE READING
Married With The Assassin Princess [OG]
ActionCover by: @aira_nn PRINCESS ASSASSIN. Membunuh? Hobinya.Dia membunuh untuk suka-suka dan membunuh bila dia rajin sahaja.Siapa yang cari pasal memang cari maut.Jadi sentiasa ajar diri untuk 'BEHAVE' bila bertemu dengan PRINCESS ASSASSIN. DANIEL ARYAN...