K Highschool
Jimin menunggu di pagar sekolah bersama Jungkook. Jam menunjukkan 7:29 pagi. Ramai pelajar berlari-lari masuk ke kawasan sekolah sebelum 7:30 pagi.
"Aish, mana Taehyung ni? Lambat! Baik tak payah jadi pengawas. Bodoh"
Jimin bertanya kepada Jungkook sambil mengusap lehernya.
"Kau lupa ke? Dia dah mati"
Balas Jungkook. Jimin mendongak memandang Jungkook.
..
Dalam kelas
Jimin langsung tidak nampak kelibat Jihyo pagi tadi. Malah di dalam kelas pun tidak kelihatan.
Jimin memandang Taeyong yang masuk ke dalam kelas dan menuju ke arahnya.
"Kau ada nampak Jihyo?"
Soal Jimin. Taeyong hanya menjeling manusia di hadapannya lalu duduk di mejanya.
Jimin menolak lidahnya ke pipi lalu menumbuk meja Taeyong.
"Sial, aku tanya kau mana Jihyo?"
"Aku sial atau kau yang sial?"
Balas Taeyong.
Jimin tersenyum sinis sebelum beredar dari situ.
..
Argentina, pagi
Jihyo dan keluarganya selamat mendarat di Argentina.
Jihyo berharap hidupnya berubah lebih baik apabila berada di sini.
"Kau pikirkan apa lagi?"
Soal Mark. Jihyo memandang Mark sebelum mengeleng kepalanya, tanda tiada apa yang di fikirkannya.
"Uishhh, lawa siot awek tu. Kaki fuhhh licin"
Kata Mark sambil membuat bunyi tikus kepada seorang perempuan Argentina.
"Gedik betul la kau ni. Kau fikir dorang tikus kau buat bunyi centu?"
Jihyo meluku kepala Mark. Mark pula mengosok kepalanya.
..
Korea, petang
"Jom, isap vape dekat rooftop"
Ajak Jungkook sambil mengangkat keningnya kepada Jimin.
"Aku busy harini. Ajak Taehyung"
"TAEHYUNG DAH MATI! Kau tak paham ke?"
Tengking Jungkook sebelum menolak bahu Jimin dengan kasar.
Rumah Jimin
Jimin parking keretanya di garaj lalu keluar dari perut kereta.
"Jimin dah balik"
Kata Jimin setelah masuk ke dalam rumah.
"Eo? Jimin meh duduk sini"
Panggil Puan Park. Jimin hanya mengikut perintah.
"Lepas habis sekolah, appa nak kamu kahwin dengan Nancy"
Terbeliak mata Jimin mendengar luahan Tuan Park.
"Appa, Jimin nak enjoy dulu sebelum kahwin"
Balas Jimin.
"Appa tak kesah. Kamu mesti kahwin dengan dia. Syarikat appa Nancy banyak membantu dalam mengembangkan syarikat appa. Lagi pun, appa akan serahkan PARK's Holding kepada kamu. Kalau kamu berdegil tak nak jugak, kad kredit dan kereta appa tarik!"
Kata Tuan Park dengan nada tegas.
Jimin mengangguk lemah. Tidak ada apa yang dapat dilakukan jika Tuan Park menggunakan kuasa veto nya.
Tbc.
YOU ARE READING
Pregnant By My Bully | Song Jihyo & Park Jimin [C]
Fiksi Remaja【 Presenting 】 〝 Pregnant By My Bully by 00deadofwrite 〞 Crush. Siapa yang tiada crush pada zaman sekolah? Semua orang ada crush termasukla Song Jihyo sendiri. Song Jihyo gadis yang berbadan gempal tetapi comel menyukai Park Jimin yang bersifat badb...