IAH:38

6.8K 354 5
                                    


"Kau nak bawak aku pergi mana ni Adam?"soalan yang sama ulang kembali.

"Ikut jelah."jawab Adam.Kunci kereta ditekan.

"Kau tercegat apa lagi kat situ? Tak nak masuk ke?"tanya Adam dingin.

"Kau tak jawab pun lagi soalan aku.Kita nak pergi mana?"Hazel masih tidak puas hati.

Habis saja sekolah,Adam terus datang ke kelas Hazel dan mengajaknya pergi ke suatu tempat.Tapi tak nak bagitahu tempat apa.

"Kau takut? Kau takut aku nak buat benda bukan-bukan dekat kau? Kau jangan risaulah.Aku masih waras."kata Adam apabila melihat wajah cemas Hazel.

Dengan ragu-ragu Hazel masuk jua ke dalam kereta milik Adam.

"Pakai seatbelt."arah Adam.

Hazel hanya menurut.

Enjin kereta dihidupkan lalu kereta milik Adam meluncur laju meninggalkan perkarangan sekolah.

***

"Adam."panggil Hazel.Tubuhnya masih membeku.

"Apa? Cepatlah masuk?"lengan baju Hazel ditarik.Tapi Hazel tidak mahu berganjak daripada tempatnya berdiri.

"Kau kenapa? Jomlah masuk." keluhan berat dilepaskan.

"Aku tak nak masuk sini.Please. Aku nak balik Adam."rayu Hazel. Matanya mula berkaca.Tunggu masa je air matanya akan jatuh.

Adam diam.Serba salah pula dia mahu memaksa Hazel.

'Maaf Hazel.Aku terpaksa.'

Adam menarik lengan Hazel sedikit kuat.Apalah daya Hazel mahu melawan tenaga seorang lelaki.

Mata Hazel ralit memandang lukisan yang tergantung pada dinding.

Galeri ni masih sama seperti dahulu.Cuma ada beberapa lukisan saja yang digantikan dengan lukisan lain.

Adam berhenti di sebuah lukisan.

Seorang lelaki memeluk seorang wanita daripada belakang sambil tangan kiri dilingkarkan pada leher wanita itu manakala tangan kanannya memegang satu objek berbentuk hati.Wanita itu juga memegang objek yang sama menggunakan tangan kiri.

FLASHBACK.

"Wah cantiknya."guman Hazel. lukisan itu ditatap dengan penuh minat.

"Hazel."panggil seorang perempuan dengan muka cemas.

"Hazel pergi mana sayang? Jantung mummy macam nak pecah bila tengok Hazel tiba-tiba tak ada di sebelah mummy." kata Datin Helina lembut.Nak marah tapi tak sampai hati.

"Rilexlah mummy.Hazel tak hilang punlah.Hazel dah besar. Bukan budak kecik lagi. Hazel cuma suka tengok lukisan ni." kata Hazel.Mummy nya memang over Protective.

"Banyaklah kamu pun besar." kata Datin Helina sambil memandang lukisan yang diminati Hazel.

"Amboi.Kecik-kecik dah gatal ye." sakat Datin Helina.

"Mana ada mummy.Hazel cuma minat dengan lukisan ni. Apa maksud lukisan ni mummy?"

"Lukisan ini melambangkan cinta antara dua hati yang saling mencintai.Mereka menjaga satu hati yang sama dengan penuh tulus dan ikhlas.Saling mempercayai dan setia,itulah mereka."terang satu suara.

"Eh kau Iman.Lambat kau sampai.Kau datang sorang je ke? Mana suami kau."tanya Datin Helina apabila melihat kelibat kawan baiknya sejak bangku sekolah lagi.

"Traffic jam.Aku dah bercerai dengan suami aku."kata Puan Iman terus terang.

Berubah terus air muka Datin Helina.Kawannya itu tiba-tiba menghilangkan diri.Muncul- muncul sudah bercerai.Bukan ke dia dan suaminya saling mencintai?

"Ni Hazel kan? Anak kau? Comelnya muka macam baby doll."kata Puan Iman sambil mencubit pipi Hazel.

"Haah.Nilah satu-satunya anak aku.Hazel salam aunty Iman cepat."

Hazel terus menyalami tangan puan Iman apabila disuruh oleh mummy nya.

"Hazel minat ke dengan lukisan ni?"tanya puan Iman.

Hazel hanya mengangguk.

"Eh dahlah.Jomlah pergi tengok lukisan yang baru tu.Aku kena balik cepat harini sebab harini brithday Hazel.Amrul dah janji nak bawak kami pergi sambut dekat hotel."kata Datin Helina. Tangan kawan baiknya dan Hazel ditarik.

"Hazel hanya mengikut tapi matanya tak lepas daripada memandang lukisan tadi.

Hazel menekup mulutnya apabila menguap.Bosan.Dari tadi mummy nya asyik berbual dengan aunty Iman tentang lukisan yang baru dipamerkan.

Tiba-tiba Hazel teringatkan lukisan tadi.Dia tak puas lagi untuk merenung lukisan itu.

Dia membuat keputusan untuk pergi secara senyap-senyap tanpa pengetahuan mummy nya.

"Eh anak aku mana man?"tanya Datin Helina apabila menyedari anaknya sudah hilang.

"Anak kau cakap dia nak pergi beli aiskrim dekat kedai seberang jalan tu."tipu puan Iman.

"Hah?Kenapa biarkan dia pergi sorang? Jap aku pergi tengok dia."kata Datin Helina dengan muka cemas.Anaknya itu tidak pernah berjalan seorang diri di tempat awam.

Puan Iman tersenyum sinis. Rancangan hampir berjaya.

"Kenapa aunty mummy?"

Puan Iman mengurut dadanya akibat terkejut.

"Eh mana ada aunty tipu mummy."dalih puan Iman.

"Hazel dengarlah tadi.Aunty cakap dekat mummy yang Hazel pergi beli aiskrim dekat luar."

Puan Iman seperti cacing kepanasan apabila penipuannya kantoi.

BANG!

Bunyi yang kuat daripada luar galeri itu menarik perhatian orang ramai termasuklah Hazel dan puan Iman.

Mereka berdua bergegas keluar daripada galeri itu.

"Mummy!"

Hazel terus meluru ke arah mummy nya yang terbaring lemah diatas jalan tar.Kepala mummy nya dipangku.

"Mummy jangan tinggalkan Hazel."rayu Hazel bersama tangisan.

"Haz..Hazel jaga diri ye sayang.Jadi anak yang solehah. Jaga da...daddy."pesan Datin Helina sebelum menghembuskan nafas terakhir. Sempat dia diajar mengucap oleh orang awam.

Hazel hanya mampu menangis. Dia harus terima kenyataan bahawa orang yang paling dia sayang telah meninggal dunia.

END FLASHBACK.












Thank you for support!
😋
Jangan lupa vote dan komen!
P/s: Ingat nak update semalam tapi tak sempat.Sorry ye😭
Sebagai tanda maaf saya akan double update harini.

IAN ADAM HAYDEN [•C•]Where stories live. Discover now