Sila dengar lagu sambil baca!
"Zayden! Tunggu aku!" kata Tengku Rayyan yang mahu mengikut Tengku Zayden ke airport untuk mengejar Tengku Aisyah.
"Rayyan! Biarkan Zayden pergi sorang-sorang. Kau lupa ke? Kau dah sakitkan hati Aisyah sama macam Zayden. Tapi.. tapi, Aisyah nak Zayden, bukan kau. Bagi Zayden peluang Rayyan." kata Tengku Sofia.
"Tapi aku tak tahu Sofia" kata Tengku Rayyan.
"Rayyan, kau dah hina Aisyah, kau dah hina aku.. sepatutnya kalau kau tak tahu pape, kau kena diam Rayyan, bukan menghina." kata Tengku Sofia.
Manakala itu, Tengku Zayden berlari ke lapangan terbang untuk mengejar Tengku Aisyah. Fikiran Tengku Zayden pada waktu itu bercelaru dan penuh dengan kesedihan. Dia amat menyesal.
"AISYAH! Tunggu aku. Tolong Aisyah .. Tunggu aku.." kata Tengku Zayden.
"Aisyah! Kau ingat aku lupa ke, aku ingat kau. Aku mimpikan kau setiap malam. Setiap malam aku rindu kau. Aku cari kau. Selama tiga tahun, aku mimpi kau Aisyah. Berulang-ulang. Setiap hari mimpi yang sama. Cuma.. cuma.. aku tak dapat nak ingat muka kau" kata Tengku Zayden sambil menangis.
"Aku baru sedar! Itu kau. Mimpi aku samar-samar Aisyah.. Maafkan aku. Aku tahu aku terlambat Aisyah." kata Tengku Zayden lagi.
Sampai sahaja di lapangan terbang, Tengku Zayden menjerit memanggil nama Tengku Aisyah.
"AISYAH! AISYAH! Mana kau" kata Tengku Zayden.
"AISYAH! AISYAH MUTIARA! MANA KAU, AKU MINTA MAAT AISYAH!" jerit Tengku Zayden lagi.
Tengku Zayden mula bertanya kepada pekerja di lapangan terbang itu yang menguruskan tentang jadual penerbangan.
"Cik, ada tak pesawat yang akan ke London sekarang?" kata Tengku Zayden.
"Encik, encik kenapa ni?" kata pekerja itu.
"Cepat sikit! Saya nak tahu pesawat ke London itu sudah berlepas atau tidak." kata Tengku Zayden.
"Encik, sabar. Encik tak boleh potong barisan macam tu je. Saya akan panggil manager saya sekejap." kata pekerja itu
"Awak ni kenapalah susah sangat. Bukannya saya nak tembak pesawat tu. Bagitau jela." kata Tengku Zayden dengan marah.
Manager itu tiba dan dia terkejut kerana..
"Tengku.. Tengku Zayden! Kenapa Tengku dekat sini?" kata manager itu.
"Ha? Tengku Zayden?!" kata pekerja itu.
"Ya saya. Sekarang, boleh awak bagitau saya jadual penerbangan pesawat itu?" kata Tengku Zayden.
"Tengku maafkan saya, saya tak tahu" kata pekerja itu.
"Anisah! Buat je ! Jangan lengah-lengahkan." kata manager itu dengan marah.
"Bbbaik." kata pekerja itu dengan tergagap-gagap.
"Tengku.. pesawat itu dah berlepas 30 minit lepas.. Maafkan saya Tengku." kata pekerja itu.
"APA?!" kata Tengku Zayden.
"Ada tak pesawat yang akan ke London lagi? Saya perlukan segera! " kata Tengku Zayden.
"Kejap Tengku." kata pekerja itu.
"Tengku.. semua penuh Tengku. Yang ada pun, mungkin esok Tengku." kata pekerja itu.
"Ah! Takpelah! Cuba awak periksa, ada tak orang yang namanya Tengku Aisyah Mutiara naik pesawat itu?" kata Tengku Zayden.
"Pesawat mana Tengku?" kata pekerja itu.
"Ya Allah awak ni, pesawat yang baru berlepas tu lah. Mana lagi" kata Tengku Zayden.
"Oh.. sekejap Tengku." kata pekerja itu.
"Hmm.. ada Tengku. Tengku Aisyah Mutiara. Hmm bukan ke dia yang kerabat diraja tu?" kata pekerja itu.
"Dah terima kasih." kata Tengku Zayden dengan sedihnya.
"Kenapa dengan Tengku itu?" kata manager itu.
"Entahlah tuan, saya pun pelik. Terkejut saya dibuatnya." kata pekerja itu.
"Dah dah, sambung kerja. Saya akan inform jawatan tertinggi mengenai hal ini." kata manager itu.
Sementara itu, Tengku Zayden menjerit memanggil nama Tengku Aisyah seperti orang gila.
"Aisyah! Mana kau? Puas aku cari kau. Kenapa Aisyah. Kenapa? Aku tahu aku salah, maafkan aku. Kembalilah ke pangkuan aku Aisyah. Maafkan aku." kata Tengku Zayden.
Tiba-tiba, kepala Tengku Zayden sakit dan dia terus terjatuh dan akhirnya pengsan. Sedar-sedar sahaja dia di hospital.
"Zayden! Bangun!" kata Tengku Rayyan.
"Aunty! Tengku Zayden dah sedarkan diri!" kata Tengku Rayyan lagi.
"Ya Allah anakku. Zayden! Apa jadi dengan kau ni!" kata ibunda kepada Tengku Zayden iaitu Engkumaisuri Aliah Petra.
"Mama, mana daddy?" kata Tengku Zayden.
"Daddy ada hal Zayden. Kenapa dengan kau ni? Apa jadi?" kata Engkumaisuri Aliah Petra.
"Kejap ma, betulke Zayden ada penyakit Alzheimer?" kata Tengku Zayden.
"Zayden.. kau dah tahu? Sebenarnya, betul. Maafkan mama, mama memang seorang ibu yang gagal, mama tak nak kau sedih Zayden." kata Engkumaisuri Aliah Petra.
"Ma, dengar cakap orang ni ma.. Takpe ma, takpa. Zayden faham." kata Tengku Zayden.
"Mama boleh tinggalkan Rayyan dengan Zayden kejap?" kata Tengku Zayden.
"Boleh sayang." kata Engkumaisuri Aliah Petra dengan teresak-esak.
"Hmm kenapa Zayden?" kata Tengku Rayyan.
"Kau tolong panggilkan Sofia, suruh dia datang kat sini. Cakap aku perlukan dia." kata Tengku Zayden.
"Tapi kau tak sihat lagi Zayden.." kata Tengku Rayyan.
"Rayyan, please Rayyan." kata Tengku Zayden.
"Baiklah, kalau itu yang kau nak." kata Tengku Rayyan.
T B C ! HA APA AKAN JADI APABILA TENGKU SOFIA BACA? JOM BACA NEXT PART!
Sorry jika ada kurang. Jangan lupa vote dan comment pendapat korang.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Highschool Diraja
Romance"Eh , kau buta ke ?! Mata kau ni kat lutut kau ke " kata lelaki misteri itu. "Eh eh mamat acah ni, rambut pun macam sabut kelapa. Seluar pun pendek tak cukup kain koyak2 sana sini, kereta pun takde bumbung , kau ingat mahal lah?! Ni kalau hujan ni...