"Kenapa ni?", tanya Faireez prihatin.Mereka berempat bergegas pergi ke rumah milik Aryan sebaik sahaja mendapat panggilan dari lelaki tersebut.
"Markas kena serang..", jawab Aryan mendatar.
"Siapa punya kerja?", tanya Airil
"Zack.",
"Orang tua tu memang tak serik-serik eh? Tak sedar diri betul! Dah lah tua, nak mampus dah tu. Asal tak gi masjid taubat sana!", bebel Airiq.
"Kau patut cakap tu kat dia, bukan kat kitorang", kata Jayden mendatar.
"Eh kau diam! Sibuk je orang tua tengah bercakap.", marah Airiq terhadap Jayden.
"Kau dah tua ke?", tanya Jayden dengan kening terangkat.
"Sekurang-kurangnya lagi tua dari kau, bahenol !", jawab Airiq lalu mengetuk kuat kepala Jayden menggunakan telefon miliknya.
Jayden mengaduh sakit lalu menggosok kuat kepalanya. Sebal! Eh?
"Tua setahun je pun! Tapi kau punya kecoh, macam kau tu tua nak mampus je!", marahnya sambil kaki melangkah pergi dari ruang tamu itu lalu menuju ke dapur.
"Hahahah..Kau nak kemana?!", jerit Airiq lantang.
"Mati. Nak ikut?",
"NAK!", seraya itu, kaki pantas mengikut jejak Jayden.
"Haih..", Aryan mengeluh lemah.
"What's wrong?", tanya Airil prihatin.
"Bala betul aku dapat adik macam tu", kata Aryan lemah. Steven dan Haireez disebelah hanya tergelak.
"Adik kita semua sama je, anjing..", Faireez menjawab. Haireez disebelah menjeling abangnya tajam. Dia kata aku anjing? HUH!!
"Sampai hati kau cakap macam tu.", kata Haireez sayu. Steven juga begitu.
"Dah tu kenyataan dia, nak buat macam mana.", jawab Airil bagi pihak Faireez. Faireez hanya buat tak tahu. Malas nak tahu.
"Aku repot Lyea nanti. Kau tunggu je ajal kau jap lagi. Aku nak call dia jap. Kau tunggu sat nah", kata Haireez lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor Yuhaneez dicari.
Princess Daneyy💕
Jumpa! Baru sahaja tangan ingin menekan punat butang pemanggil, rambutnya ditarik kuat oleh Faireez dan Airil.
"Kau nak buat apa setan", tanya Faireez mendatar.
"Nak call Lyea! Aku nak mengadu kat dia, dia sayang aku, tak macam kau!", jawab Haireez kuat. Sakit dikepalanya tidak dihiraukan. Yang penting, Lyea!
"Jangan nak membabi dekat sini Hai! Kau bak sini telefon kau sini!", kata Airil geram. Tangan cuba ingin merampas telefon bimbit milik Haireez.
Aryan, Steve dan Steven hanya memerhati tanpa kata. Series ke ni pewaris keluarga Ziel? Kenapa sekor-sekor berperangai macam setan?
"Aku gurau je bodoh!", kata Faireez lagi.
"Ah! Aku tak kisah! Aku nak bagitahu jugak!",
"Eh kau! Nak mati ke?!", jerit Airil geram. Kalau Lyea tahu ni, mampus kita! dengus hatinya.
Haireez mencebikkan bibirnya apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Airil. Sememangnya, Haireez seorang yang manja. Hati kecil. Tak boleh kena tengking. Kuat menangis. Senang kata. Congek! Matanya sudah mula berkaca. Kepala juga semakin menunduk.
Faireez yang tersedar akan perkara tersebut terus melepaskan cengkaman pada rambut Haireez. Airil juga melakukan perkara yang serupa.
" Dah lah tu.", kata Aryan mendatar. Kasihan melihat Haireez yang seperti dibuli itu. Tahu sangat dengan perangai Haireez yang berhati tisu.
Perlahan-lahan, air mata Haireez jatuh. Dia teresak sendirian. Kepala ditutup dengan kedua belah tapak tangannya.
Aryan dan yang lain hanya mampu menggelengkan kepala masing-masing. Faireez pula meraup wajahnya penuh kesal. Salah dia juga kerana berkata sedemikian tadi. Haih...Apa aku nak buat ni.. katanya dalam hati.
Faireez mengeluh perlahan apabila sedar akan isyarat Aryan supaya memujuj Haireez. Faireez perlahan-lahan menuju ke arah adik kembarnya. Dia duduk mencangkung disebelah Haireez yang masih tertunduk.
"Hai.. dah lah tu.. I'm sorry okey?.. aku gurau je tadi..hehe..", pujuk Faireez perlahan. Dia menggosok perlahan kepala Haireez yang sudah mula tersedu sedan itu.
"Tsk..tsk..tsk..",
Haireez perlahan-lahan mengangkat kepalanya memandang ke arah Faireez dengan mata yang sudah mulai merah akibat menangis. Mukanya basah lecun dengan air mata.
"Tsk..tsk..kau..ja..hat.. sampai..hat..ti kau.. cakap ma..cam tu..tsk", kata Haireez dengan suara yang tersedu-sedan. Faireez hanya mampu menggaru kepalanya yang tidak gatal. Yang lain pula hanya memerhati sambil tersenyum sendiri.
"Iye..aku tahu aku salah.. maafkan aku eh? Janji aku tak buat dah lepasni..", pujuk Faireez lagi..
"Janji?", kata Haireez sambil jari kelingking dikeluarkan untuk membuat pinky promise.. Manja!
"Janji", Faireez mencantumkan jari kelingkingnya dengan jari Haireez. Dia kemudian tersenyum lalu menggosok kepala adiknya dengan sedikit kuat.
Haireez kemudiannya tersenyum.. Nasib baik kena pujuk! Kalau tak, memang tertidur aku dengan air mata malam ni.. kata Haireez dalam hati..
Aryan,Airil,Steve dan Steven hanya tersenyum nipis melihat tingkah laku dua beradik kembar itu.
"Kau gelak gelak apa?! Taknak mintak maaf ke?!", tanya Haireez kasar kepada Airil yang tersengih daripada tadi.
"Eh.. bila masa aku buat salah dekat kau? Yang patut minta maaf tu kau. Bukan aku.", jawab Airil mendatar. Geram dituduh begitu.
"Habistu, tadi kau dok sedap kutuk tarik rambut aku semua tu takpalah pulak?!", kata Haireez masih lagi tidak mahu mengalah.
Aryan, Faireez, Steve dan Steven pula hanya senyap. Haih..
"Tu salah kau. ",
"Salah kau!",
"Kau lah!",
"Kau!",
"Sudah lah tu!", sampuk Aryan dengan nada suara yang tegas.
"Kalau korang bising lagi, aku halau korang semua dari rumah aku ni.", ugutnya.
Sebaik sahaja mendengar ugutan itu, semua disitu terus terdiam. Yelah, nanti tak pasal-pasal kena halau.
Setelah tiga minit berkeadaan begitu, Steve memecahkan kesunyian.
"Mana dua ekor beruk tu? Dari tadi takda bunyi. ", katanya.
"Ha'ah..aku baru sedar yang dua orang tu takda.", kata Airil pula.
"Takpa..biar aku pergi tengok.. Apalah yang dijahanamkan oleh dua ekor setan ni?", kata Haireez sambil melangkah ke arah dapur. Yang lain hanya membiarkan. Masing-masing hanya melayan perasaan sendiri.
Beberapa saat kemudian, satu jeritan nyaring menyapa gegendang telinga mereka yang berada di ruang tamu.
Di dapur...
"ARRRRRRR!!!!! BAIK KAU DATANG SINI CEPAT!!!!! BAWAK TELEFON KAU SEKALI!!AKU NAK KORANG SEMUA TENGOK NI!!", jerit Haireez lantang dari dapur..
Aryan membuka matanya luas..terkejut dengan jeritan tersebut.. Baru sahaja ingin melelapkan mata, sudah ada bala menimpa.. haih.. dia mengeluh kasar sambil kaki diangkat ke dapur..Begitu juga dengan Faireez,Airil, Steve dan Steven..
Sesampai sahaja mereka di dapur,mereka disapa dengan pemandangan yang kurang menyenangkan.
"HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHHAHAHAAH!!", terletus tawa mereka berlima.
"SIAL BETUL DUA EKOR NI!! ADA-ADA JE KERJA DIA!! HAHAHAHAH", kata Steven kuat. Dia ketawa sambil menekan-nekan kuat perutnya.
Aryan pula hanya mendengus kasar. Rasa macam nak bunuh je dua ekor ni.. tapi tak sampai hati pulak! Tapi menyakitkan hati jugak! tapi kelakar jugak! haih..
**********

YOU ARE READING
Married With The Assassin Princess [OG]
ActionCover by: @aira_nn PRINCESS ASSASSIN. Membunuh? Hobinya.Dia membunuh untuk suka-suka dan membunuh bila dia rajin sahaja.Siapa yang cari pasal memang cari maut.Jadi sentiasa ajar diri untuk 'BEHAVE' bila bertemu dengan PRINCESS ASSASSIN. DANIEL ARYAN...