Keesokkan harinya...
Jayden terbangun dari lenanya. Mata dicelik dan digosok beberapa kali. Saat matanya sudah terbuka elok, dia memerhati sekelilingnya. Dapur? Aku tidur dekat dapur ke semalam?
Dia menggaru kepalanya yang terasa gatal secara tiba-tiba. Otak ligat memikirkan apa yang terjadi semalam.
Dia memerhati sekelilingnya. Kemudian mata memerhati suatu makhluk aneh yang sedang elok tidur di sebelahnya. Aik? Asal aku tak sedar dia ada kat sebelah ni tadi?Lahanat ni buat apa sebelah aku? Apasal muka dia macam tahi je ni? HAHAHAHHA !!
"HAHAHAHAHHAAHHAHAHA",
Jayden tergelak kuat sebaik sahaja melihat muka Airiq yang penuh dengan contengan marker pen berwarna-warni.
Sekarang ini baru dia dapat memproses apa yang telah berlaku semalam. Dia gelak sampai tak ingat dunia. Telefon dikeluarkan dari poket seluarnya. Dia mengambil beberapa keping gambar Airiq.
30 minit kemudian...
Jayden masih lagi dengan sisa tawanya. Sudah 30 minit berlalu, tapi dia masih tidak dapat berhenti ketawa. Tangan menekan kuat perut yang kian senak akibat terlalu banyak ketawa. Air mata juga keluar. Parah ni!!!
Beberapa saat selepas itu, Airiq mula mencelikkan matanya sedikit demi sedikit.Lenanya terganggu akibat suara ketawa milik Jayden. Gila apa ketawa sampai nak hilang anak tekak pagi-pagi buta macam ni. Getusnya dalam hati.
Rambut diserabaikan. Mata pula memerhati Jayden yang sedang elok bersila di atas lantai. Matanya memandang tepat ke arah Airiq dengan senyuman yang sukar ditafsirkan. Dah kenapa mamat sewel ni tengok aku sampai macam tu? Tanyanya pelik di dalam hati.
"Kau apasal tengok aku sampai nak terkeluar biji mata macam tu. Gila apa kau ni. Dah lah ganggu aku tidur. Sewel betul!", marah Airiq. Kakinya dibawa ke arah singki.
Saat dia berada di hadapan singki tersebut, dia terpandang akan pantulan wajahnya di dalam cermin tersebut. Mata terbeliak besar melihat mukanya yang penuh dengan contengan. Hati juga panas.
Perlahan-lahan kepala dipusing ke arah Jayden yang tadinya elok duduk bersila di atas lantai dapur tersebut. Tetapi, dia terlebih dahulu meloloskan diri daripada sang gorila yang bakal mengamuk sebentar lagi..
Jayden berlari ke ruang tamu sambil ketawa terbahak-bahak.
Airiq mengetap giginya kuat. Tangan dikepal penumbuk. Geram! Tanpa melengahkan masa, kaki dibawa laju ke arag ruang tamu untuk mengejar jejaka sewel itu.
" TAGUNA PUNYA MAMAT PUAKA! MARI SINI KAU!! ",
" KALAU AKU DAPAT KAU KEJAP LAGI MEMANG AKU TANAM KAU HIDUP-HIDUP!!",
Airiq menjerit kuat.. Satu rumah boleh bergegar dengar jeritan dia..
Sesampai sahaja Airiq di ruang tamu, kelibat Jayden langsung tidak kelihatan. Tangan menguak rambutnya kasar. Geram betul!! Dia mendengus geram..
Baru sahaja dia ingin melangkah pergi, dia ternampak kelibat sesuatu dari belakang sofa.. Nampak seperti... kaki orang?
Airiq tersenyum sinis.. Ooo.. kau nak lari dari aku ye.. katanya dalam hati..
Perlahan-lahan, kaki dibawa ke arah belakang sofa di mana tersembunyinya seekor makhluk puaka bernama, Jayden..
Jayden pula sedang menahan lenguh pada kakinya akibat melutut terlalu lama. Dan dia juga tidak sedar bahawa sang gorila sudahpun berada tepat dibelakangnya. Hanya menunggu masa untuk menerkam mangsa.

YOU ARE READING
Married With The Assassin Princess [OG]
ActionCover by: @aira_nn PRINCESS ASSASSIN. Membunuh? Hobinya.Dia membunuh untuk suka-suka dan membunuh bila dia rajin sahaja.Siapa yang cari pasal memang cari maut.Jadi sentiasa ajar diri untuk 'BEHAVE' bila bertemu dengan PRINCESS ASSASSIN. DANIEL ARYAN...