Ep 94 : Planning ✨

1.2K 160 54
                                    

Walau dalam keadaan lemah , Angela gagahkan diri jua untuk bertemu dengan manusia yang mengirim mesej kepadanya tadi . Sepertinya ada perkara yang dia ingin bincangkan .

Mata meliar melihat sekeliling kafe tersebut . Tepat anak mata mereka bertembung , lelaki itu menguntum senyum mesra buat Angela .

Tangan naik melambai memanggil Angela datang mendekat . Perlahan - lahan kaki menghampiri . Wajah putih Angela dia renung seketika kemudian bangkit menolong Angela duduk dikerusi .

Mereka diam seketika , masing - masing kehilangan kata - kata . Angela menelan liur . Nalurinya kuat mengatakan dia pernah melihat lelaki itu .

" So , ingat saya lagi tak ? kat paris ? "

Berkerut - kerut dahi Angela cuba mengimbas kembali momen di paris , apa yang keluar difikiran hanyalah kenangannya bersama Taehyung . Teringat kembali kenangan itu buat dia rasa sedih .

Lelaki itu mengeluh kecil lalu , menolak menu yang teeletak diatas meja terlebih dahulu sebelum mengatakan hasrat sebenar mereka berjumpa .

" Awak pesan dulu , baru saya bagitahu awak sometime . Untuk kebaikan awak dan Ba - baby dalam kandungan awak "

Lelaki itu tersenyum nipis , Angela mengeluh berat lalu mendongak wajah membalas tatapan mata coklat gelap milik lelaki itu .

" Just straight to the point , saya tak ada masa nak duduk sini berjam - jam semata - mata nak saya order air.  Saya letih tahu tak ? awak ingat orang mengandung ni larat ke jalan jauh hanya disebabkan benda itu saja ? "

Wajah Angela sudah merah menahan rasa , walaupun cuaca boleh dikatan sejuk itu tidak mampu meredakan perasaan nya yang tiba - tiba terbakar disitu .

Inilah jadinya , Perempuan mengandung ini emosinya mudah terganggu .

( Jackson )

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

( Jackson )

" I'm sorry , saya jackson . Lelaki yang awak terlanggar dekat paris . Tempat Taehyung lancarkan kedai minyak wangi dia dekat paris ? i guess awak dah lupa sebab kita cuma terlanggar saja . But , saya kenal awak . Saya tahu akan latar belakang keluarga awak . Dan tentang perkahwinan awak dengan Taehyung "

Walaupun sebutannya sedikit pelat , tapi jelas setiap perkataan itu menyapa telinganya .

" Perkah - perkahwinan saya ? apa maksud awak ? kenapa mesti ambil tahu latar belakang keluarga saya ? bukan urusan awak pun . Sekarang , saya nak balik . Tak ada masalah nak jumpa lelaki stalker macam awak ni "

Angela mendengus geram , Datang sini buat dia makin stress . Angela sudah berura mahu pergi tetapi lengannya ditahan minta untuk duduk semula .

" Saya nak awak tinggalkan Taehyung , dia dah jumpa kekasih dia yang sebenar - benarnya . Bukan kahwin dengan orang asing macam awak . Sebab duit awak sanggup taruh diri sendiri untuk kepuasan orang lain . You deserve better Angela "

Angela mengetap kuat bibirnya , perkataan orang asing itu membuat dia makin sedar bahawa dia kahwin yang kerana hutang mengarut itu . Angela duduk semula , terasa seluruh tubuhnya bergetar kerana mahu menangis disitu .

" Mereka dah nak kahwin , Yoonju datang semula tagih cinta dia yang dia dah lama tinggalkan sebab satu faktor yang dia sendiri tak boleh nak elak . kalau awak tak percaya , saya ada gambar mereka tengah cari baju kat butik . I follow them everywhere Angela "

" Perkahwinan mereka akan berlangsung 3 bulan dari sekarang . Saya taknak awak kecewa sebab itu saya awak bagitahu satu rahsia besar yang dia sembunyikan dari awak . Kalau awak tahu dia kahwin senyap - senyap belakang awak , awak pun kecewa . Saya nak awak lepaskan Taehyung , for real . Kontrak awak dengan Taehyung dah tamat . Yoonju dah sedia ambil alih kedudukan awak . Isteri Taehyung "

Bibir Angela mula bergetar cuba menaham suara tangisannya , satu persatu air mata sudah mengalir deras dipipi . Ya tuhan , mimpi yang dia sering alami sudah menjadi nyata . Taehyung akan meninggalkan Angela kerana cinta sebenarnya sudah kembali .

" Angela , I'm sorry but i've to the you this . Ini kebaikan awak , baby itu layak mempunyai ayah yang lebih bertanggung jawab bukannya lelaki yang selalu keluar malam dengan perempuan lain . Dah tiba masanya awak pergi , awak hanya orang asing yang terpaksa berkahwin dengan lelaki bernama Taehyung "

Angela terkilan , Wajah sudah memerah menahan tangis . Jarinya digenggam kuat . Otaknya ligat memikirkan perkara yang dia harus lakukan . Ya , dia perlu pergi tinggalkan Taehyung kerana lelaki itu lebih layak berdamping dengan Yoonju . Kekasihnya

" Saya nak balik , terima kasih sebab bagitahu saya perkara itu "

Sekadar ucapan ringkas , Angela perlahan bangkit dari situ meninggalkan Jackson sendirian disitu .

Jackson hanya memerhati permergian gadis itu dengan keluhan berat .

" Demi Yoonju aku sanggup jadi macam ini , perosak rumahtangga orang lain . I fucking hate myself "

Rambutnya diraup kasar kebelakang , badan bersandar lemah pada bahu kerusi . Nafas turun naik menahan rasa benci akan diri sendiri . Jackson juga ingin menangis disitu , mereka berdua hanya mangsa keadaan . Bila dia lihat kad jemputann itu buat dia rasa panas hati .

_To Be Continued_

Dah nak habiss 😭 kalau sempat malam ni saya update lagi . Tapi tak janji . Jumlah vote agak mengecewakan but takpa lah janji ada orang baca :)

Jangan lupa komen dan vote . Lepyou 💜

✔️ Married With a Stranger | [ 김태형] KTH Where stories live. Discover now