A I D E N 15

11.5K 498 18
                                    

MATEEN membuka perlahan pintu berwarna putih bilik adiknya. Lelaki itu menunduk setelah retina mata dijamah dengan pemandangan yang menyakitkan hati. Kelihatan Adeena yang masih menyelubungkan diri di bawah selimut tebal.

Tisu yang sudah dikotori dengan air mata sudah bersepah di atas lantai. Lelaki itu menggeleng perlahan. Entahlah dia rasa lucu dengan sikap Adeena yang satu itu.

Jika sedih atau kecewa sudah pasti gadis itu hanya mengurungkan diri ataupun melayan sahaja netflix di dalam biliknya.
Makan sesuap pun dia tidak mahu.
Mateen melangkah masuk ke dalam bilik Adeena.

Sebaik sahaja kaki menjejak ke atas lantai marmar terus sahaja dia kaku. Sejuk! Terasa bagaikan terkena arus elektrik tubuhnya.

Duvet yang menutupi seluruh tubuh Adeena di buka separuh oleh Mateen. Dia hanya mahu lihat wajah Adeena. Dibuatnya gadis itu sudah tidak lagi bernyawa ataupun pengsan?

Mateen menggelengkan kepalanya bagi mengusir fikiran negatif yang mula menjejalah.

"Wake up princess."

Rambut perang yang menutupi wajah cantik milik Adeena di selitkan ke tepi telinga gadis itu. Dahi licin milik Adeena dia kucup lembut.

"Adeena bangun. Nanti terlepas magrib."

Bahu gadis itu ditepuk oleh Mateen sedikit kuat. Masih tiada tanda-tanda gadis itu menunjukkam respon untuk bangun.

Keluhan sedikit kasar keluar dari dua ulah bibir merah milik Mateen. Akibat geram dengan Adeena terus sahaja jari kasar milik jejaka Perancis itu naik mengepit hidung mancung milik Adeena.

"Mateen!"

Adeena yang sudah kehilangan nafas itu segera mencelikkan mata bundarnya dengan laju. Nafas bagaikan sudah paras hidung mahu tercabut daripada jasadnya. Lengan kekar milik Mateen ditepuk kuat oleh Adeena bagi meleraikan jari kasar itu dari terus mengepit hidungnya.

"Tahu pun nak bangun. Ingatkan dah mati." Adeena bangun dari baringannya.

Tubuh dia sandarkan ke kepala katil. Hidung yang masih terasa sakit dia usap perlahan sambil memberi jelingan kepada abangnya itu.

"Gila!"

Tubuh sasa milik Mateen di tolak ketepi lalu dia masuk ke dalam bilik air. Mahu solat dan mandi!












































AIDEN yang kacak mengenakan kemeja hitam bersama seluar slack itu menarik kerusi untuk duduk. Figura Mateen yang masih menunduk bermain dengan objek nipis di tangannya di lihat dengan perasaan yang bercampur baur.

Ingatkan gadis kecil itu mahu mengikuti Mateen ke sini. Namun sangkaannya meleset jauh sama sekali.

"You're late 15 minutes. Aku ada kerja lepas ni." Mateen mengangkat muka bagi menatap wajah tampan milik Aiden.

Terbit satu senyuman sinis di bibir milik Mateen setelah anak matanya terpandangkan kesan biru di tepi bibir Aiden.

"Aku ada urusan sikit tadi."

MRS AIDEN NATHANIEL [C]Where stories live. Discover now