BAB 1

9 1 0
                                    

"Kau marah lagi? Kay mesti ada sebab kenapa dia mintak brake dengan kau. Chill okey." Si kembar datang memujuk. Rasa kesian pada kakaknya yang baru putus cinta menggunung.

"Aku okey je dik. Cuma, aku tak pahamlah kenapa dia mintak putus tanpa bagitau sebab pun. Sedih tau tak. Muka aku tak cantik dah ke?" Tengku Adira Hanim Hamri ketawa mendengar soalan yang keluar dari mulut kakaknya.

Bukannya dia tidak tahu betapa comelnya hubungan Mira dengan Kay. Ingat lagi Mira balik dengan teruja dan bagitau yang Kay ada hati dekat dia. Seronok betul kakak kembarnya hari itu.

"Akak still cantik. Adik percaya yang Kay buat bersebab. Maybe dia ada masalah. Sapa tahu kan?" Ungkapan Dira yang memang iklhas itu membuatkan hatinya sedikit sejuk.

Mira memang cantik dengan paras rupanya yang sama seperti Acap dan Akif. Dira dan Mira mempunyai muka yang agak berlainan tapi bagi orang luar mereka kembar yang seiras, jadi abang dan adiknya senang untuk panggil sahaja. Sapa paling... nasiblah.

"Maybe. Aku nak rehat. Bagi tau ibu yang aku sakit perut."

"Kau ingat ibu tak tau trick kau. Aku call abanglah." Beberapa saat Mira masih belum menjawab. Dah tidur agaknya. Hati Dira berbicara. Dia keluar dan menutup pintu kembarnya.

"Helo abang."

"Helo Dira. Kenapa?" Dira mencebik. Abangnya akan sentiasa memarahinya jikalau dia menelefon. Tidak faham kenapa. Bercintakah abang Akif? Bergaduhkah? Bertalu-talu soalan di dalam hati Dira. Rasa rindu untuk berjumpa dengan abang kesayangannya itu hilang. Sudah lama rasanya dia tidak berjumpa dengan abangnya yang duduk di Malaysia, sedangkan dia dengan Mira belajar di Korea dan baru sahaja pulang ke rumah. Tapi bukan rumah sebenar. Rumah kondo mereka.

"Abang ni dah kenapa? Orang call sikit nak marah. Apa yang buat abang benci sangat kat Dira ni? Kalau balik Malaysia je abang jadi macam ni, baik Dira stay kat Korea. Dira tau lah yang abang tak suka Dira tapi tak yahlah ketara sangat. Nanti Dira bagi cakap dengan Mira je. Senang hidup dari call kena marah." Keluhan berat abangnya dapat didengar. Kalau cakap dengan Mira mesti lembut je tapi kalau dengan dia punyalah kasar. Sejak dulu mereka jadi begini. Entah apa yang membuatkan abangnya begitu benci dengan dirinya.

"Dira, abang tak sengaja. Ni kenapa Dira call abang ni?" Giliran Dira pula mengeluh. Abangnya memang tidak pandia memujuk seperti adik kesayangannya. Tak sengaja? Adakah ayat itu sesuai? Bila Mira yang menelefon memakai fhonenya... ayat pertama yang keluar adalah begini and then barulah lembut selepas mendengar nama orang yang bercakap dengannya. Tapi dia lain, pernah sekali dia mencuba untuk menghubungi abangnya memakai henfon Mira. Permulaanya lembut sekali. Namun lepas disebut pemanggilnya, suara Akif terus berubah menjadi kasar. Terasa hati juga dia.

"Nothinglah. Dira call Cap je. Pergilah sambung apa yang abang buat tadi. Sorry sebab ganggu abang." Terus ditekan butang merah untuk menamatkan panggilan tanpa sempat abangnya menjawab. Di cari pulak nama adik kesayangannya.

"Helo sis. Kenapa call ni?" Sekali lagi Dira mencebik. Abang dan adik sama aje. Sorrylah Mira, aku tak leh tolong kau. Suara kalau nak cakap ngan orang macam tu ke?

"Abang dengan adik sama je kan. dah tak boleh call dah. Cakap kat ibu yang Mira sakit. Dah bye." Dibalingnya iphoneX di atas sofa. Dia masuk ke dalam biliknya sebelum mengambil kembali telefonnya untuk menghubungi seseorang.
---

DIRA, Ain dan Fikri betul-betul berada di tengah-tengah pusat membeli-belah yang sungguh luas. Dia menghubungi mereka berdua tadi untuk melepaskan lelah. Tiada hati untuk balik ke rumah ibunya dan menghadap muka orang-orang yang telah menyakitkan hatinya. Mira dia tinggalkan begitu saja.

Dira, maafkan kamiWhere stories live. Discover now