"Dira!" Pintu bilik yang dikuak dipandang Dira, Kay dan Fiq. Fiq yang baru datang tadi untuk memberikan sejambak bunga untuknya dan bubur ibu Fiq yang selalu dimakan di Korea.
"Kau okay? Kenapa tak call aku? Macam mana kau boleh pengsan?" Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Mira. Mereka hanya melihat.
"Aku okaylah. Pengsan je pun. Kau dah bagi?" Mira memandangnya dengan penuh curiga. Dia tidak percaya. Adiknya jarang pengsan. Dia menoleh ke tepi, orang pertama yang dia nampak ialah Kay yang sedang bermain dengan sesuatu.
"Mira duduk sini." Fiq seakan-akan faham yang akan ada pergaduhan sekejap lagi kalau Kay masih belum bangun. Mira tersenyum dan bergerak menuju ke arah bertentangan. Fiq mengambil kerusi yang terletak di penjuru bilik itu dan meletakkannya di sebelah Kay.
"Tak. Kau bagilah sendiri. Bila boleh keluar? Oppa asyik cakap kau merajuk dengan dia. Acap ngan Imra pulak senyap je and kadang-kadang dorang pertahankan kau. Iman asyik nangis tanya mana kau." Dira tunduk. Kay dan Fiq memandangnya. Mira menggenggam tangan Dira dengan sangat erat untuk memberi tenaga kepada perempuan itu.
"Ibu? Papa?" Mira senyap.
"Perlu tahu ke, Dira? Kau rehat je lah. aku takkan bagi tahu kau kat sini." Dira tersenyum manis. Kembarnya memang seorang yang memahami.
"Thanks Mira. Aku nak balik Korea." Mira memandangnya dengan wajah yang terkejut.
"Kenapa? Kau boleh je bercinta dengan Fiq kat Malaysia. Aku tak bagi tahu ibu. Janji. Kau tak yahlah balik Korea." Dira dan Fiq terkejut macam mana kakaknya boleh tahu yang dia dan Fiq bercinta?
"Aku tahu lama dah. Kau lupa ke time Fiq confess kat kau, kau suruh aku datang café, time tulah aku nampak kau dengan Fiq. Hebat tak pengintipan aku." Dira dan Fiq mengangguk. Kay hanya senyap. Tidak mahu mencelah. Dia pun tahu lama dah. Jangan dibocor dah lah Mira.
"Kay pun tahu lama dah. Dia ada dengan aku kat café hari tu." Dira dan Fiq memandang Kay yang sedang berpura-pura tidak mendengar satu ayat pun.
"Kay, kau kurang ajar kau. Menipu aku." Kay tersengih-sengih.
"Tipu sunat." Dira dan Mira ketawa melihat Fiq yang sedang mencuba menarik rambut Kay.
"Mira, bukan sebab aku nak bercinta dengan Fiq aku balik Korea." Mira melihat Dira. Fiq dan Kay senyap pabila melihat jelingan maut dari Mira yang menyuruh mereka senyap.
"Pastu kenapa? Sebab kau kecik hati ngan oppa, eh?" Dira menggeleng.
"Aku nak sambung belajar." Mira mengangguk. Bukan itu jawapan yang dia mahukan.
"Aku ikut kau. Aku nak sambung belajar jugak." Dira memandang ke bawah. Tidak tahu macam mana dia mahu jelaskan.
"Tak boleh. Aku nak sambung belajar lagi setahun and kerja kat sana." Kay dan Fiq yang tidak tahu mahu buat apa hanya mendiamkan diri mereka dengan menangkap gambar berdua atau gambar Dira dengan Mira. Kenangan.
"Why? Dari tadi aku tanya kenapa."
"Kalau kau ikut, weeding kau macam mana?" Kay berdiri. Fiq yang duduk betul-betul hampir dengannya terkejut. Mira dan Dira juga.
"Mira nak kahwin? Dengan sapa? Tak bagitau pun?" Fiq ketawa dengan kuat sekali. Inilah yang dipanggil cemburu.
"Eee... cemburu. Teruk bebenor perangai." Kay memandang Fiq dengan muka yang tidak percaya. Terlupa pulak dia dah putus.
"Dengan kaulah Kay." Mira dan Kay memandang Dira dengan muka yang tertanya-tanya. Adakah dia sorang saja yang dengar?
"Apa kau cakap ni Dira?" Kay mendekatinya dengan perasaan yang tak tau nak digambarkan.
"Korang get back and kahwin ikut rancangan asal. Mira, aku tau kau tak bagi tahu ibu lagi pasal korang dah putus. Kau tahu kan betapa ibu suka kat Kay. Demi aku, please." Kay dan Mira melepaskan keluhan. Tidak tahu bagaimana untuk menolak.
"Kau macam mana? Kalau aku kahwin dulu, kau tak leh kahwin dengan Fiq. Masih belum terlambat untuk aku bagitau ibu yang kitorang dah putus." Fiq bangun dan menolak Kay ke tepi. Dia mahu duduk bersama Dira. Perempuan yang dia sayangi.
"Kau nak kahwin dengan Faizal?"
"Tak nak. Pastu, Dira nak kahwin dengan Faizal semata-mata nak ganti Mira? Dira, aku dah menyusahkan kau kot." Mira menggenggam tangan Dira. Dia tahu yang adiknya sangat sayang akan Fiq.
"Aku boleh melawan."
"Kau nak diorang lagi benci kau ke? Kau tahukan yang ibu memang sukakan Faizal dari kecik lagi. Tapi, ibu tak tahu yang Faizal punya perangai buruk nak mampus." Dira ketawa kecil. Dia setuju dengan kata-kata kakaknya. Faizal ialah seorang kaki perempuan, minum arak dan pengedar dadah. Siapa yang mahu lelaki begitu.
"Biarlah. Diorang memang benci aku dah kan. Dari kahwin dengan Faizal, baik aku buat diorang lagi benci aku. Kau tu orang dah sayang, so jangan melawan."
"Kau nak duk sana berapa tahun?" Dira memandang wajah Fiq, Kay dan Mira. Serba salah mahu beritahu.
"Sampai diorang dah tak benci aku. Maybe." Fiq dan Kay mengeluh. Jujur je lah Dira.
"Kalau diorang benci kau sampai bila-bila?"
:Aku duduk sana selamanya. Aku tak boleh hidup dengan orang yang benci aku."
"Pastu kau nak tinggalkan aku, Imra, Acap dengan Iman macam tu je?"
"Korang datanglah melawat aku."
"Kau nak kahwin dengan Fiq kat sana?" Fiq dan Dira berpandangan. Tak pikir pun lagi.
"Ibu akan paksa aku kahwin dengan Faizal. So, aku dengan Fiq akan kahwin sebelum blah dari Malaysia." Fiq ternganga.
"Aku pujuk ibu ye. Kau tak boleh kahwin dengan Fiq tanpa restu ibu."
"Tak payah. Aku stay Malaysia sampai minggu depan. Ibu takkan setuju Mira. Biarlah aku tak de restu ibu pun. Aku lahir kat dunia ni entah-entah tak de restu ibu jugak. Kau je yang ada." Mira tersentak. Dia tidak pernah tahu kenapa adiknya dibenci sejak umur mereka meningkat ke angka lima.
"Jangan cakap macam tu, Dira. I'm so sorry. Aku janji yang aku akan pergi Korea melawat kau." Mira menangis diikuti Dira. Fiq dan Kay hanya menoleh ke arah lain. Entah sempat atau tak Mira mahu berjumpa dengan Dira.
"Okay. Tapi kalau aku pergi tanpa sempat kau nak lawat aku macam mana?" Mira menangis lagi kuat dari sebelum tadi.
"Kau jangan cakap macam tu. Aku kembar kau kan. mana boleh kau tinggalkan aku, Acap, Imra ngan Iman." Fiq mengusap kepala Dira agar gadis itu bertenang. Tidak sanggup dia lihat Dira menangis.
YOU ARE READING
Dira, maafkan kami
Teen FictionDira terlampau dibenci tanpa pengetahuan semua yang dirahsiakan ibu dan ayah serta abangnya. Dia kerap dimarah dan dimaki sehinggalah dia mengubat dirinya sendiri. Penyakit yang membawanya keambang kemautan itu hanya diabiarkan tanpa pengetahuan ahl...