KMA 5

17 1 0
                                    

Pagi itu, Widya bersiap siap untuk ke butik. Dia agak teruja kerana dia kini boleh kembali bekerja seperti biasa. Dia sudah pulih dan cutinya juga sudah habis. Dia tidak perlu lagi bosan duduk di rumah tanpa buat apa apa kerja, dia juga dapat bertemu dengan rakan rakannya di butik. Dia terlalu rindukan staff staff di butik itu.

Dia mengenakan baju kurung moden berwarna kuning cair disertakan dengan rander kelabu di hujung lengan baju itu. Dipadankan pula dengan tudung bawal labuh berwarna kelabu di kepala. Perfect. Dia melangkah keluar dari bilik bersama dengan handbag di tangan.

Dia melangkah turun ke bawah untuk bersarapan bersama dengan Nadia. Sarapan pada pagi itu sudah disediakannya selepas selesai solat subuh tadi. Sarapan pagi itu simple saja, hanya bihun goreng bersama dengan taburan telur dadar. Air pula, hanya air teh panas sahaja.

Langkah kaki terus diatur menuju ke ruang makan. Nadia sudah duduk di meja makan, bersedia untuk bersarapan. Jejak saja kaki ke ruang makan, Widya tergamam seketika. Nadia berada di meja makan itu bersama dengan seorang lelaki. Siapa lelaki itu? Dia memandang lama ke arah Nadia dan lelaki yang sedang membelakanginya itu. Langkah kaki diatur juga ke arah mereka berdua.

"Hah Dhiya, turun pun kau. Sini, sarapan sekali." Sapa Nadia dengan mesra saat matanya melihat kelibat Widya yang sedang menapak menghampiri meja makan. Dalam masa yang sama, lelaki yang membelakanginya itu juga turut berpaling memandang ke arahnya.

Terkejut beruk Widya saat melihat wajah lelaki itu. Pagi pagi buta dia sudah dihidangkan dengan wajah dingin lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan abang saudara kesayangan Nadia, Emir Fathi. Apa pulak dia buat dekat sini pagi pagi buta ni?

Widya terus menapak ke arah mereka dengan beribu debaran di dada. Senyuman janggal dia hadiahkan buat mereka berdua  lantas ruang kosong di sebelah Nadia diambil dan dilabuhkan punggungnya di situ.

"Wah cantiknya kau pagi ni. Semangat eh nak masuk butik setelah seminggu lebih tak masuk. Good luck lah." Ucap Nadia bersama dengan pujian ikhlas.

"Heheh.. Thank you." Balas Widya, gembira. Namun itu hanya luarannya sahaja, dalamannya ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana keadaannya. Jantungnya berdegup laju, habis kaki dan tangannya terasa sejuk ketika itu. Dia cuba kawal debaran dan kegusaran itu dengan baik, cuba berlagak tenang di hadapan mereka berdua.

Suasana di ruang makan itu hanya riuh dengan suara mereka berdua bersembang sahaja. Si Emir pula hanya diam membisu, menjamah bihun yang telah disediakan. Widya tertanya tanya juga kenapa dia datang ke rumah pagi pagi buta begini dan bersarapan di sini. Namun soalan itu hanya mampu disoal di dalam hati saja. Tidak berani menyoal depan lelaki itu.

"Dhiya, Jumaat minggu depan aku kena balik Pahang, rumah nenek aku sebab sepupu aku kawin. Maybe aku balik dalam seminggu lebih macam tu lah, jadi aku nak kau ikut aku balik sana sekali. Aku tak nak kau duduk sorang kat rumah ni." Ujar Nadia, menyampaikan hajatnya. Dalam hati, dia berharap sangat Widya sudi menerima pelawaannya itu. Dia risau akan keselamatan Widya jika dia terus tinggal di rumah ini sendirian tanpa teman. Macam macam benda buruk akan berlaku.

"Eh, tak apa lah. Kalau kau nak balik, kau balik je lah. Aku okay je duduk rumah ni sorang sorang." Balas Widya, menolak pelawaan Nadia dengan sopan.

Mustahil dia akan mengikut Nadia pulang ke Pahang, lagi pula dia hanya orang luar jadi dia tidak selesa juga apabila berada dengan keluarga orang lain dalam jangka masa yang lama. Dia risau, takut kehadirannya tidak disenangi oleh orang lain.

"Eh kau ni, jangan nak mengada ye nak duduk dekat rumah ni sorang sorang. Aku balik Pahang tu seminggu lebih bukannya dua tiga hari. Bahaya tinggal sorang sorang dalam masa yang lama macam tu. Kau ikut aku ye?" Nadia masih berusaha memujuk Widya. Sesekali dia mengerling ke arah Emir di hadapannya, berharap lelaki itu turut bersuara memujuk Widya untuk ikut mereka pulang ke Pahang.

KAU MILIK AKUWhere stories live. Discover now