KMA 7

21 2 4
                                    

Pagi itu, usai membersihkan diri Widya lantas turun menuju ke dapur. Nadia pula dari awal pagi lagi sudah ke rumah mak su untuk membantu membuat persiapan bersama dengan opah dan ibunya.

"Akak. Kenapa akak tak panggil Dhiya? Boleh Dhiya tolong sekali." Ujar Widya sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi meja makan. Rasa serba salah pula dia kerana tidak membantu Emelina menyediakan sarapan pagi.

Emelina yang ketika itu sedang membasuh tangan di sinki hanya tersenyum kecil. "Alah tak payah lah Dhiya. Bukan susah mana pun sediakan sarapan ni. Dhiya makanlah, lepas ni kita pergi rumah mak su sama sama. Tolong apa yang patut dekat sana pula ye." Ujar Emelina. Dia melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Widya lantas bersarapan sekali dengan Widya.

"Ha okay kak." Balas Widya ringkas. Dia lantas mencedok mi goreng yang telah disediakan oleh Emelina ke dalam pinggan. Dia mula menjamah makanan di hadapannya itu bersama dengan Emelina.

"Dhiya macam mana duduk sini? Okay? Selesa tak dengan keluarga akak? Akak minta maaf lah kalau ada kekurangan dalam layanan." Ujar Emelina dengan tulus.

"Eh akak jangan cakap macam tu, layanan dari keluarga akak tak ada yang kurang pun. Semuanya okay je. Saya seronok duduk dekat sini, alhamdulillah kehadiran saya orang terima dengan baik." Balas Widya dengan hati yang senang. Baginya, tiada langsung kekurangan dalam layanan dari keluarga ini terhadapnya. Dia bersyukur kerana masing masing dapat terima kehadirannya sebagai tetamu dengan hati yang terbuka malah dia bukan saja dilayan seperti tetamu tetapi dia dilayan seperti ahli keluarga itu sendiri. Dia bersyukur, ada hikmah juga dia datang bertandang ke rumah itu. Sekurang kurangnya terubat juga lah rasa rindu dalam dirinya terhadap arwah ibu dan abah serta arwah neneknya. Hilang juga segala kesepian dan kesunyian dalam dirinya.

"Alhamdulillah bagus lah tu. Akak harap Widya terus selesa dan suka duduk dengan keluarga akak ni." Pohon Emelina bersama dengan senyuman manis di bibir. "Tapi akak ada benda penting nak bagitahu Dhiya ni." Dia meyambung lagi. Kali ini riak wajahnya berubah seratus peratus. Kalau tadi dia tersenyum manis ke arah Widya namun kali ini riak resah dan serba salah pula dipamerkan buat Widya.

Widya sudah mula pelik dengan perubahan riak wajah Emelina. Ada apa apa yang tidak kena ke? "Bagitahu apa kak?" Widya lantas menyoal. Dalam hatinya meronta ronta ingin tahu apa yang Emelina ingin sampaikan kepadanya.

"Kejap lagi, keluarga mak lang sampai. Sebelum apa apa terjadi, akak wakil dari keluarga nak minta maaf ye. Mak lang dengan anak anak dia tak sama macam kami semua, mereka jenis yang berlagak sikit. Cakap pun main lepas je. Jadi sebelum apa apa berlaku, kami nak minta maaf dulu pada Widya. Risau dengan perangai mak lang tu, Widya tak selesa pula ada dekat sini. Takut Widya terasa hati je nanti." Ujar Emelina bernada kesal. Dia teringat pula pada ibu saudaranya yang seorang itu. Dia risau, kata kata dari mak lang nanti sedikit sebanyak mampu melukakan hati Widya. Mak lang kalau nak berkata, tidak kira orang, tidak kira tempat, dia main lepas saja kata katanya itu. Sejenis manusia yang apabila melemparkan kata, langsung tidak fikir tentang hati dan perasaan orang lain. Mereka semua sudah masak dan muak dengan perangai tidak semengah wanita itu. Malah bukan dia saja, anak anaknya juga turut sama berperangai sepertinya. Tiap kali dia balik, pasti ada saja pergaduhan yang berlaku dalam keluarga itu berpunca dari mak lang atau anak anaknya. Pening kepala dibuatnya apabila dia sekeluarga pulang ke kampung.

Widya sudah tersenyum kecil. "Oh ye ke kak. Erm tak apa, inshaAllah Widya okay je. Akak jangan risau lah ye." Ujar Widya bersama dengan senyuman kecil. Bibir mengukir senyuman tapi dalam hati dia sudah resah. Terfikir bagaimana lah penerimaan mak lang dan keluarga terhadap dirinya sebagai tetamu. Apa nasibnya nanti? Bagaimana layanan yang akan dia terima dari keluarga itu? Mampukah dia bertahan?

* * * * *
Widya segera bersiap, ingin ke rumah mak su bersama dengan Emelina. Wajah dan tubuhnya yang sudah lengkap berpakaian itu dibelek seketika di hadapan cermin. Tudung bawal berwarna peach yang tersarung elok di kepala itu di kemaskan sedikit sebelum terus melangkah ke luar dari bilik.

KAU MILIK AKUWhere stories live. Discover now