Malam itu usai menunaikan solat isyak, Emir hanya menghabiskan masanya di dalam bilik sahaja. Dia berbaring di atas katil sambil matanya menatap siling putih biliknya itu. Sedang dia seronok melayan perasaan, kedengaran bunyi ketukan pintu menyapa gegendang telinganya. Segera dia bangun berjalan menuju ke arah pintu. Buka sahaja pintu bilik, terjengul wajah Emelina bersama dengan senyuman.
"Akak ganggu Emir ke?" Soal Emelina terlebih dahulu. Risau kehadirannya itu mengganggu masa adiknya.
"Tak pun. Masuk lah."
Emelina mula melangkah masuk ke dalam bilik adiknya itu. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan katil manakala Emir pula duduk di birai katil, menghadap Emelina.
"Akak ada benda sikit nak bincang dengan Emir ni." Ujar Emelina. Cara percakapannya itu agak serius, itu maknanya perkara yang ingin dibincangkannya itu juga adalah perkara penting.
Emir yang melihat Emelina berada dalam keadaan serius itu sudah merasakan pasti ada perkara penting yang ingin dibincangkannya. Dia menanti dengan sabar apa yang Emelina ingin bincangkan itu.
"Pasal Widya." Ujar Emelina.
Dengar saja nama itu, wajah Emir berubah sedikit. Kenapa tiba tiba sahaja Emelina ingin berbincang dengannya tentang Widya? Selama dia berkawan dan mengenali Widya, tidak pernah pula Emelina menyentuh tentang gadis itu dihadapannya.
"Kenapa dengan Widya kak?"
Emelina menarik nafas dalam sebelum dia menyambung bicara. Dalam hatinya, dia mula risau, takut jika apa yang ingin dia sampaikan itu mampu membuat Emir rasa tidak selesa dan tidak senang hati.
"Emir just berkawan je ke dengan Widya tu?" Soal Emelina dengan teragak agak. Dia juga sebenarnya tidak tahu bagaimana ingin memulakan perbincangan itu.
Dengar saja soalan itu, Emir sudah tersenyum kelat. "Yes kitorang kawan je. Kenapa akak ni? Tiba tiba je tanya soalan tu." Dia mula pelik. Dia masih tidak dapat meneka apa yang Emelina ingin bincangkan sebenarnya.
"Emir tak ada apa apa perasaan ke dekat Widya?" Soalnya lagi. Dia memandang lama ke arah wajah Emir.
Emir mula berkerut kening. Makin pelik pula dia dibuatnya apabila diajukan soalan soalan begitu dari Emelina. "Tak ada kak. Emir just anggap dia sebagai kawan je dan maybe macam adik memandangkan umur dia lagi muda dari Emir." Balas Emir tapi entah kenapa saat dia mengungkapkan kebenaran itu, hatinya seakan direntap dengan perasaan yang agak aneh. Jawapan yang dia berikan itu satu kebenaran atau tipu helah sahaja? Dia pun tidak pasti dengan jawapan yang keluar dari mulutnya itu. Dia juga tidak pasti dengan perasaan yang ada dalam hatinya ketika itu.
"Kami sekeluarga nak Emir dengan Widya disatukan." Akhirnya Emelina terpaksa berterus terang juga. Jujur dia kata, sudah lama sebenarnya dia berkenan dengan Widya, dan kalau boleh memang dia ingin sangat Widya dan Emir disatukan. Malah bukan dia saja yang inginkan mereka berdua disatukan, hampir seluruh ahli keluarganya yang lain juga bersetuju andai Emir dan Widya menjadi pasangan suami isteri.
Tergamam Emir dengan permintaan itu. Makin sesak rasa dalam dadanya ketika itu.
"Maksud akak, Emir dengan Widya kahwin?" Soal Emir bersama dengan nada terkejut. Dia rasakan seakan ada pelbagai perasaan yang bertandang dalam hatinya ketika itu. Perasaan dalam hatinya ketika itu bercampur baur membuatkan dia sendiri keliru dengan semuanya.
"Ye. Kami semua nak Emir dengan Widya kahwin." Akhirnya terluah juga perkara sebenar yang ingin dibincangkannya pada malam itu.
Terus Emir bangun dan berdiri tegak di hadapan Emelina. Terkejut sungguh dia dengan permintaan dari kakaknya itu. Permintaan itu mampu membuatnya gila. Semua itu baginya langsung tidak masuk akal. Tidak pernah langsung terlintas dalam fikirannya untuk berkahwin dan hidup bersama dengan gadis itu.
"No. Emir tak nak kak. Emir hanya anggap dia sebagai kawan dan adik, itu sahaja. Untuk jadi suami dia, no. Tak pernah terlintas pun dalam fikiran Emir untuk jadikan dia isteri Emir." bantah Emir dengan nada yang agak tegas.
Memang sejak kebelakangan ini hubungannya dengan Widya makin rapat dan mesra tapi itu tidak bermakna dia telah memilih Widya untuk dijadikan teman hidupnya. Dia pasti, dalam hatinya tiada sekelumit pun perasaan sayang dan cinta terhadap gadis itu. Dia hanya menganggap Widya sebagai kawan dan adiknya sahaja.
Emelina mengeluh perlahan. Dia sudah agak, pasti Emir tidak setuju dan akan menolak.
"Emir, ni permintaan dari opah. Opah betul betul nak satu satunya cucu lelaki yang dia ada ni kahwin. Kahwin dengan Widya. Opah berkenan sangat dengan Widya, memandangkan Emir je satu satu cucu lelaki yang dia ada jadi dia cadang untuk satukan Emir dengan Widya. Emir tak kesian ke dekat opah? Opah tu sayang sangat dekat Emir, dia banyak bantu kita berdua dari kita kecil sampai sekarang. Emir terima lah permintaan opah tu sebagai tanda Emir balas balik jasa baik dia." Ujar Emelina panjang lebar. Dia sedaya upaya memujuk adiknya itu. Dia kesian sebenarnya melihat adiknya itu tapi apakan daya, dia juga tidak mampu untuk berbuat apa apa. Dia tersepit di antara Emir dan opah. Dia faham sangat kalau Emir tidak menerima dan terus menolak. Emir seorang lelaki, jadi dia berhak untuk menentukan sendiri tentang pilihan dalam kehidupannya. Lagi lagi berkaitan dengan hal kahwin dan pilihan hati. Siapa saja yang mahu disatukan dengan orang yang langsung tidak pernah dicintai. Ini zaman moden, bukan lagi zaman datuk nenek moyang kita dahulu.
"Akak sanggup tengok Emir merana, Widya merana hanya sebab kami disatukan secara paksaan? Maaf kak, kalau cara ni Emir kena buat demi balas jasa baik opah, Emir tak mampu kak." Ujar Emir. Suaranya mula kendur, matanya memandang sayu ke arah Emelina.
Emelina terkedu mendengar kata kata itu. Sedikit sebanyak dia juga terkesan dengan kata kata itu.
"Bukan itu yang akak inginkan Mir. Akak tak maksudkan macam tu pun. Akak sayang Emir, akak sayangkan Widya juga. Akak cuma sampaikan apa yang opah bagitahu pada akak je. Dalam hal ni, akak tak nak ada mana mana hati yang terasa dan terkilan. Tak apa lah, Emir ambik lah masa dan fikir lah betul betul. Buat keputusan yang terbaik, kalau boleh keputusan biarlah keputusan yang memuaskan hati semua orang. Akak nak Emir fikir baik baik, tanya diri Emir tu betul ke Emir memang tak ada perasaan langsung dekat Widya. Ambik lah berapa banyak masa pun, kami sanggup tunggu. Jangan lupa, buat istikharah."
Emelina mula berdiri dan mendekati Emir yang sudah menunduk. Bahu Emir ditepuk perlahan sebelum dia mula melangkah keluar dari bilik itu. Emir sudah diam tidak berkutik. Kata kata Emelina tadi bermain di fikirannya. Kata kata itu tersemat kemas di fikirannya. Dia melabuhkan punggungnya semula di birai katil dengan lemah, wajahnya pula diraup perlahan.
Malam itu, dia sendiri nekad untuk meminta petunjuk dari Yang Maha Esa. Dia berharap sangat keputusan yang akan dia buat nanti tidak akan melukakan hati sesiapa termasuk hatinya sendiri. Dia sayangkan semuanya, dia juga turut sayangkan Widya.
YOU ARE READING
KAU MILIK AKU
RomancePertemuan yang tak dijangka antara dua insan yang berbeza sikap bagai langit dan bumi. Dhiya, seorang gadis peramah yang sering menceriakan hari. Emir, seorang lelaki dingin yang sering menyakitkan hati. Namun disebalik sikap yang ada pada diri ma...