" Manusia sering kali ingin menjadi lebih kuat, lebih tabah dari orang lain. Tapi mereka juga tak sanggup menghadapi ujian yang berat. Kerana setiap kali itulah sebahagian dari diri mereka direntap pergi. "
↭
Apa maksud dia?
Jimin memusing - musingkan kerusi beroda yang didudukinya berulang kali. Keluhan berat turut dilepaskan. Mindanya bercampur - aduk memikirkan sesuatu.
Mikhail.
Apa maksud kata - katanya?
Siapa dia ingin mengelirukan seorang Park Jimin?
Buat kesekian kalinya, nafas berat menderu keluar. Pengkhianat perlu dicari segera. Sekilas, kata - kata daripada Kim Leeteuk menerjah masuk ke dalam kotak ingatannya.
"Mungkin target mereka ialah diri tuan sendiri."
Tipu sahaja jika kenyataan itu tidak menyerabutkan kepalanya. Wajah Yunhee yang tampak begitu sedih berulang kali ditayangkan. Tekadnya, dia bersumpah ingin menjaga wanita itu dengan sepenuh raga dan nyawa.
Namun nampaknya dia gagal.
Riak wajahnya semakin kosong dengan kepala yang terteleng ke tepi. Penat. Entah kenapa, dia rasa kosong dan penat.
Gagal.
Dia gagal melindungi.
Jika benarlah dia motif utama bagi pembunuhan tersebut, adakah ianya bermakna dia ialah pembunuh bagi ibu isterinya sendiri?
Memikirkan itu cukup membuatkan setitis air mata mengalir menuruni pipi lelaki dingin itu.
• • •
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Fanfiction"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...