SUPERBIKE ducati 1299 di matikan oleh Aiden setelah sampai ke destinasi. Helmet dibuka lalu rambut yang sudah sedikit berserabut dibetulkan dengan menggunakan celahan jari.
Lelaki bertubuh sasa serta tinggi itu mengabaikan pelbagai suara dan mata-mata yang sudah melihat dirinya.
Berpuas hati dengan penampilan diri Aiden segera turun dari superbike miliknya.Kaki panjang milik lelaki berkuturunan diraja itu mendaki satu persatu anak tangga.
"Kau. Sini." Seorang lelaki yang mungkin berumur 20 tahun mendekati Aiden dengan langkah kaki yang tergesa-gesa.
"Ya. Tengku?" Aiden memerhati lelaki yang berhadapan dengannya kini dari kepala sehinggalah ke kaki. Bibir lelaki tampan itu terjongket sedikit ke atas.
"Tunjukkan aku bilik Dr Tariq." Lelaki itu tadi mengangguk. Terasa kejung tubuh miliknya apabila bunyi derapan daripada kasut kulit Aiden menyentuh lantai yang bermozek. Mengikuti langkah kaki yang agak berserabut miliknya.
Terasa mahu goyah tulang lutut apabila Tengku Aiden berada di belakang mengikuti setiap langkahnya.
"Ini dia Tengku." Aiden mengganguk. Matanya melirik ke arah lelaki tadi. "Kau boleh pergi." Aiden menghantar figura lelaki tadi dengan ekor mata.
Tombol pintu yang tergantung nama Dr Tariq dipulas oleh Aiden. Tatkala tubuhnya masuk ke dalam ruangan pejabat, anak mata lelaki itu di hidangkan dengan muka yang cemberut milik Adeena serta Sophea bersama dengan tiga lagi orang perempuan.
Adeena sudah tidak berganjak dari tempat duduknya. Hanya jari runcingnya sahaja bermain sesama sendiri. Aroma maskulin dari tubuh badan Aiden bagaikan mencucuk hidungnya. Dia sukakan bauan itu!
Sophea bangun dari duduk lalu mempersilakan Aiden mengambil tempatnya pula.
"Apa yang dia buat kali ni?" Aiden menjeling Adeena yang duduk di tepinya. Gadis itu sedari tadi menunduk.
Disebabkan Mateen menyuruhnya untuk mengganti tempat lelaki itu buat sementara, jadi di sinilah Aiden. Menghadap pensyarah yang menjadi pebimbing tunangnya itu. Segala kerja dan juga meeting yang perlu dia hadiri pada pagi itu semuanya tertangguh disebabkan Adeena.
"Dia yang tak puas hati dengan Adeena!" Jari runcing milik gadis itu menunjuk ke arah seorang perempuan yang berdiri di suatu sudut bilik.
"Aku pula? Kau tu yang buat aku sakit hati sejak mula-mula lagi kau datang ke sini!" Balas gadis itu berani.
Adeena menjengkilkan matanya kepada gadis berambut pendek paras bahu yang berada tidak jauh darinya. Mahu sahaja dia mencengkam kuat rambut gadis itu sehingga terpisah daripada kulit kepala.
"Kau tak puas hati apa lagi dengan aku?" Adeena bangun daripada duduk lalu meluru ke arah gadis yang berambut pendek.
"Kau tarik perhatian semua lelaki yang ada di sini! Kau raih perhatian semua orang sehingga mereka semua tergilakan kau!" Laung gadis berambut pendek itu secara kuat kepada Adeena. Dia mengetap bibirnya kegeraman.
Tunangnya sendiri sanggup putuskan hubungan dengannya tatkala terpikat dengan Adeena. Siapa sahaja yang tidak sakit hati?
Malah apabila cinta lelaki itu ditolak oleh Adeena, Arshad tunangnya mengambil dadah secara berlebihan sehingga membuatkan lelaki itu hilang pertimbangan diri dan mati.