" Sejak dari awal lagi, tangan aku sudah berlumuran dengan darah. Sehingga aku sudah tidak hairan lagi. Dan ianya satu mimpi ngeri buat aku. Kerana aku menjadi seperti manusia bersifat binatang. "
↭
"Yunhee..." Bahu aku disentuh lalu diramas lembut. Langsung tiada reaksi yang aku diberikan. Mata tertumpu pada satu tempat; potret Yuna yang sedang tersenyum.
Mungkin Yuna bukanlah manusia yang paling baik sekali di dalam dunia ini. Ya, Yuna buli aku. Tapi dia tetap adik aku. Keluarga yang sudah lama terpisah. Aku tahu dia benci aku kerana cemburu. Kalaulah kami masih ada peluang untuk meluangkan masa bersama - sama, pasti dia akan terima aku sedikit demi sedikit.
Tubuhku dipeluk dari belakang. Pantas aku menutup wajah menggunakan kedua belah tangan. Sedaya upaya untuk menyembunyikan tangisan aku yang sudah tidak tertahan lagi.
Satu kucupan lembut aku rasakan di ubun kepalaku. Pelukannya semakin ketat. Menyalurkan sedikit kehangatan di tempat dingin itu.
Lama kami berada dalam keadaan sebegitu sebelum Jimin membawa aku ke suatu tempat untuk duduk. Aku mengambil tempat di pahanya dengan kepala bersandar di bahu milik dia.
Tangisanku sudah lama kering. Cuma tenagaku untuk melakukan apa - apa masih lagi kosong. Jari - jemari Park Jimin aku mainkan.
"Jiminie?"
Dia tidak menjawab. Malah hanya meletakkan pipinya di kepalaku. Sesekali tangan kirinya mengusap lenganku.
"Yunhee nak ikut ke mana sahaja Jiminie pergi lepas ni."
Mendengarkan itu, dia mengangkat kepala lalu memandang anak mataku sedalam - dalamnya. Hingga membuatkan jantungku berdegup sedikit laju.
"Ja—janji?" Menggigil sedikit jari kelingkingku apabila aku mengatakan itu.
Perasaan hampa hadir sekejap saat melihatkan dia tidak menyambut jari kelingking yang aku hulurkan padanya. Mungkinkah dia tidak mahu berjanji?
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Fanfiction"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...