Permulaan

2 0 0
                                    

Aku bagaikan halimunan tiada siapa yang nampak. Tiada siapa yang mengenali diriku. Aku pendiam. Aku hanya berkawan dengan jiran sebelah rumahku yang bernama Aiman. Dialah yang berkawan dengan aku dan dia jugalah first love aku, walaupun masa itu aku hanya budak 5 tahun.

Banyak kenangan aku dirumah lama. Sungguhku rindu suasana disana. Hidup aku hanya sebagai budak kecil yang gembira dan berfikiran untuk bermain bersama kawan baiknya. Aku suka suasana dirumah tetapi tidak apabila disekolah tadika. Aku tiada kawan kerana aku susah untuk mengeluarkan perkataan dari mulutku walau sedikit.Ianya mengambil masa yang lama untuk aku menyesuaikan diri aku.

Disekolah aku sentiasa membuat hal aku sendiri. Aku sentiasa menyiapkan kerja sekolahku. Tidak pernah sekali pon aku tidak melengkapkan kerja rumahku. Disekolah aku hanya bermain seorang diri. Makan pagi dan makan tengahari aku makan sendirian. Aku selesa dengan keadaan aku. Arwah cg yg mengajar aku dan cuba buat aku bercakap sentiasa dalam ingatanku.

Semasa aku darjah 1,aku telah berpindah ke rumah baru. Aku teruja untuk tinggal dirumah baru. Rumah teres yang mempunyai 4 lorong dan masih baru. Pada mulanya aku pindah aku tiada kawan dan pada hari itu juga aku telah ada seseorang tak tidak suka akan diriku. Hanya  kerana jelingan mata aku muncullah seseorang yang mungkin bermusuhan dengan aku. Tapi aku hanya buat tak endah sahaja.

Di sekolah rendah, Aku seperti biasa tiada kawan seorang diri dan tiada rasa untuk membuat kawan dengan sesiapa. Dan seperti biasa aku seorang yang senyap. Proses pembelajaran di sekolah aku seperti biasa. Pada hari pertama persekolahan aku rehat ditemani oleh mama. Selepas hari tersebut aku hanya rehat seorang diri. Aku cuba untuk mencari kawan tetapi aku takut.

Aku sentiasa menjadi tumpuan didalam kelas sehingga aku darjah 3 atau 4 kerana aku memakai pakaian pinafore. Pakaian dalam kemeja putih dengan baju skirt paras bawah lutut. Setiap kali tasmik atau pelajaran agama islam, aku sentiasa diketepikan dan cg juga kadang kala menegur aku supaya pakai pakaian yang sopan semasa hendak belajar tasmik. Aku hanya berdiam dan tertunduk.

Semenjak itu, kawan-kawan sekelas aku mula bercakap tentang aku dan mula mempertikaikan pakaian aku /: kadang mereka menegur aku supaya pakai pakaian yang sopan dan tertutup. Aku hanya diam. Aku tidak berani untuk melawan kata-kata mereka. Aku terasa seperti aku rendah dan tiada kuasa untuk melawan mereka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 13, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BullyWhere stories live. Discover now