Segala beg yang ada diangkat oleh anak buah Yoongi. Begitu juga dengan barang - barang yang penting.
Setelah itu, Yoongi memeriksa supaya tiada satu pun barangnya tertinggal. Setelah berpuas hati, Yoongi mengarahkan kesemua anak buahnya bersiap sedia untuk berangkat ke London.
Ryujin yang masih belum sembuh sepenuhnya, berjalan perlahan sambil tangannya dipimpin Yoongi.
Pintu kereta Yoongi buka lalu ditolak perlahan - lahan tubuh Ryujin masuk ke dalam kereta. Bimbang dia akan menyakiti gadis itu. Ditambah pula dengan keadaan Ryujin yang masih belum sembuh sepenuhnya. Kaki Ryujin diangkat sedikit supaya gadis itu selesa dengan kedudukannya.
Sebelum menutup pintu, sempat Yoongi berkata.
"Tunggu aku. Aku nak uruskan hal dekat office sekejap. Ingat tunggu aku" dahi Ryujin dicium sebelum menutup pintu.
"Yoongi" panggilan Ryujin membuatkan Yoongi menghentikan niatnya untuk menutup pintu.
"Kenapa?" soal Yoongi.
"Betul kau cintakan aku?"
Yoongi senyum dengan soalan Ryujin.
"Kalau aku tipu, aku takkan selamatkan kau dari Jackson atau biar kau mati dengan Jackson" balas Yoongi dan itu membuatkan Ryujin tersenyum nipis.
Entah kenapa sejak Yoongi selamatkan dia dari Jackson, hadir satu perasaan yang buat dia ragu - ragu dengan dirinya.
Sayang.
Perasaan sayang pada Yoongi mula mekar dalam dirinya.
Tapi dalam masa yang sama, dia terfikirkan Huening Kai. Dia terfikir masih adakah ruang untuknya dalam hati Huening Kai setelah dia membawa 'sesuatu' dalam dirinya.
Mampukah Huening Kai terima?
Kalau terima, adakah lelaki itu ikhlas?
"Hei kenapa ni?" soal Yoongi lagi apabila melihat Ryujin termenung.
"Nothing" balas Ryujin lalu menutup pintu sendiri.
Setelah itu, Yoongi memberi arahan pada pemandu tersebut agar bergerak ke lapangan terbang persendiriannya.
🍃
"Kereta Ryujin dah gerak. Alamat aku dah send. Ingat Huening Kai, masukkan Ryujin dalam penjara kalau kau nak dia" kata Taehyun lalu mematikan panggilannya dengan Huening Kai.
Kereta yang dinaiki Ryujin bergerak ke arah kanan manakala keretanya bergerak ke arah kiri. Demi sayang pada kawan, dia terpaksa mengkhianati Yoongi.
'Maafkan aku Yoongi'
Ryujin yang perasan dengan arah Taehyun yang berlainan arah terus menanya pada pemandu itu.
Kerana seingatnya, Yoongi mengamanahkan Taehyun menjaganya sementara lelaki itu menguruskan hal di office. Lalu terus ditanya pada pemandu itu.
"Kenapa Taehyun tak sama jalan dengan kita? Bukan ke sepatutnya dia dengan kita ke?" soal Ryujin pada pemandu itu tapi pemandu itu tidak menjawab mahupun menoleh memandang wajah cemas Ryujin. Pemandu itu kekal tenang memandu.
Tidak tenang, dia menanya lagi, namun hampa. Pertanyaannya bagai angin yang lalu di pendengaran pemandu itu.
Dan Ryujin perasan bahawa ini bukan jalan ke lapangan terbang persendirian milik Yoongi.
Ryujin sudah panas punggung tidak senang duduk. Mahu dihubungi Yoongi, telefonnya tiada, kerana ada pada Yoongi.
Pintu cuba dibuka tapi dikunci oleh pemandu itu.
"Kau sapa? Aku tahu, kau bukan budak Yoongi. Kau nak bawa aku ke mana?" jerit Ryujin pada lelaki itu. Mahu saja dia mencengkam leher lelaki itu namun keadaan fizikalnya tidak mengizinkan. Kaki dan bahagian perutnya masih sakit.
"Shin Ryujin, awak ditahan kerana terlibat dengan pengedaran dadah bersama Min Yoongi. Saya ada warran untuk tahan awak" katanya lalu mencabut topi di kepalanya.
Ryujin kelu lidahnya melihat wajah lelaki itu. Kerana dia adalah Inspektor Jungkook. Dia juga pernah menangkap Jimin kerana membunuh Kim Dahyun beberapa bulan lepas.
🍃
Yoongi dan Jimin berlari keluar dari bangunan itu sebaik sahaja pihak polis menyerbu tempatnya. Mulutnya dari tadi tidak henti - henti mencarut. Mereka berdua berbalas tembakan dengan pihak polis.
Sudah 15 minit dia terlambat untuk penerbangannya ke London bersama Ryujin.
"Apa? Ergh tak guna" amuk Jimin lalu mematikan talian. Pistol di tangan di pegang erat.
"Yoongi, Ryujin kena tangkap dengan polis. Si Jungkook bodoh tu menyamar jadi pemandu Ryujin. Habis budak kita kena tangkap" beritahu Jimin pada Yoongi dan itu membuatkan wajah putih Yoongi menjadi merah kerana marah.
"Sial" jerit Yoongi. Rambutnya diramas geram. Habis rancangannya musnah. Kebahagiaannya hancur begitu saja. Ryujin ditangkap dan itu membuatkan dia rasa kosong.
"Yoongi, kita kena pergi sekarang. Pasal Ryujin, kita fikir nanti"
"Tak boleh. Aku takkan lepaskan Ryujin. Kalau kau nak pergi, kau pergi dengan Mia dulu. Aku-
Kata - kata Yoongi pantas Jimin pintas.
"Jangan jadi bodoh Yoongi. Sah - sah Ryujin masuk penjara. Mustahil kita boleh bawa Ryujin. Sekarang ni, kita kena bla. Selamatkan diri kita dulu dan aku tak bawa Mia sebab ia akan merumitkan keadaan. Tolong lah Yoongi. Kita pergi sekarang"
Yoongi memejamkan matanya sebentar.
"Kita pergi Kanada" kata Yoongi lalu mereka berdua terus beredar dari situ.
Memandangkan mereka berada di kawasan parkir kereta basement, mereka memilih untuk 'mengambil' kereta milik orang lain.
Tingkap kereta Ferrary berwarna hitam, Jimin tumbuk hingga pecah lalu dibuka dari dalam. Mereka masuk ke dalam kereta dengan cepat kemudian dipandu laju kereta mewah itu.
Saya baca komen, emo betul korang bila baca Sinopsis utk book S2😁 btw scene Ryujin n Yoongi ada dalam tu, tapi part nak dekat akhir la baru ada. Hehheheheeheheh. Memang emo korang ni🤣🤣🤣tergelak tau saya baca komen korang!!!
YOU ARE READING
INCREDIBLE GIRL : SHIN RYUJIN
RomancePada mulanya, dia hanya seorang gadis biasa namun bertukar luar biasa apabila dia menjadi keldai dadah kepada seorang ketua kongsi gelap, Min Yoongi. "Sanggup ayah jual saya" Shin Ryujin "Maafkan ayah sayang. Ayah terpaksa" Encik Shin "Kenapa awak...