GDN - 6

134 10 0
                                    

Rutin harian kami berjalan seperti biasa. Kami bersemangat untuk ke sekolah harini sebab ada kokurikulum. Tambahan pula harini ada latihan kawad kaki dengan pengerusi unit beruniform. Berbekalkan duit belanja sebanyak RM 2, kami mula berjalan kaki ke sekolah. Dalam perjalanan tu kami menyanyi lagu, bertanding jalan laju dan sepakan batu paling jauh.

Sampai di sekolah, semua kena pergi berhimpun di tapak perhimpunan rasmi. Aku dan Elyn selalu pilih untuk duduk di belakang sekali. Aku bukan nak tengok bontot orang. Tapi memang habit. Selesai assembly, kitorang terus berjalan pergi tepi koperasi. Lepas tu masuk kelas masing-masing.

Kelas berjalan macam biasa. Alhamdulillah Yati pun nampak dah slow-slow lupakan permintaan dia dari aku. Aku memang la tak straight. Tapi aku tak nak kawan aku terjerumus sama dalam dunia negatif aku.
" Haii Elya! Sihat? Happy pelik harini. Ade gape-gape ke? Share la ngan aku...". Yati datang dengan sebuah senyuman.
" Hye princess. Alhamdulillah aku sihat. Takdok gape pun. Harini kang ade ko-ko. Kawad kaki. Mane dok nye aku dok happy. Doh aku memang suke kawad...". Aku jawab dengan teruja. Muka dia sedikit merah sebab aku panggil dia princess. Nasib baik dia dah faham yang aku ni cuma nak bergurau. Cepat-cepat aku ubah topik bila perasan muka dia berubah.

" Gape plan mung harini? Kekgi kelah komputer mung nok wak gape? Cikgu pesang suruh wak siap task haritu. Sape doh settle boleh buat keje sdiri ".

" Dok ahu la...Aku rase macang nok tengok animation je kot. Lagipun aku siap doh task tu...Mung? ".

" Aku...Aku kene gi kat private room untuk wak keje aku as a chief in frog vle programme organisation...". Jawabku.
Yati mengangguk sambil mulutnya membentuk 'O'. Aku senyum melihatnya.

KRINGG!!
Waktu rehat telah tiba. Aku pergi ke depan pintu kelas Elyn. Kitorang pergi rehat sama-sama di tangga blok tingkat 2. Aku menceritakan padanya tentang apa yang aku dan Yati bualkan dalam kelas tadi. Dia tergelak.

Kelas sambung seperti biasa selepas rehat. Harini aku memberikan fokus 100% dalam kelas masa cikgu mengajar sebab aku terlalu ceria. Setiap kali cikgu soal, aku akan jawab dengan tepat. Bila ceria menguasai diri kan, mood pun happy jer.

" Berani pulok mung jawab soalang hari ni. Biasenye mung malah nok mapuh tahap dewa bab jawab soalan ni. Lain molek mung hari ni...Makang ubat dok agi? ". Kata Nasuha. Aku tersengih. Sebelum ni pun bukannya aku tak tahu jawapan. Tapi bab jawab soalan ni aku suka membatu. Kalau aku rajin sikit, aku pass jawapan kat member sebelah.
" Okey pelajar semua...Hari ni kite stop kat bab ni dulu. Saya akan siapkan kuiz hok berkait lah dengan bab ni kekgi. Esok kite jawab sama-sama ye...". Kata cikgu Azri.

" Ni hok aku tunggu...hihihi ". Aku mengenyitkan mata kepada Nasuha.

Dia buat muka menyampah sebab dia tahu yang takkan dapat kurang dari 85% setiap kali cikgu buat kuiz. Aku gelak bila Nasuha buat muka.

Cikgu beri salam dan keluar dari kelas. Syima datang kat meja aku untuk dapatkan isi penting dalam bab yang kami pelajari tadi. Aku bagi alasan nak highlight kan dulu, baru aku bagitahu diorang. Aku bukan tak nak buat sama-sama, tapi aku tak boleh.
Diorang selalu potong apa yang aku nak cakap. Aku takkan dapat fokus. Jadi aku taknak rosakkan mood happy aku ni. Aku pergi ke meja Jeena, Yati dan Syafiqah untuk study point penting. Dengan diorang Alhamdulillah aku boleh fokus.

Jam menunjukkan pukul 2.30 petang. Sebenarnya pada hari Selasa, pelajar tak dibenarkan balik sebab kokurikulum akan terus disambung. Tapi pelajar hanya diberi masa untuk berehat selama satu jam sebelum ko-ko dimulakan.

Aku dan Elyn bosan. Kitorang pergi panjat pagar sekolah nak balik rumah sekejap. Nak makan nasi air tangan mak sendiri. Jimat duit. Maklum la aku bukannya orang kaya. Duit belanja aku bukan macam orang lain. Orang lain bawak RM 5 ke atas. Masa aku dan Elyn panjat pagar sekolah, ramai orang buat kecoh.
Padahal bukan nya tak biasa tengok orang panjat pagar sekolah. Diorang fikir aku nak ponteng la tu. Aku bukan macam tu. Aku dan Elyn hanya balik sekejap. Aku dan Elyn ni dah la suka kawad kaki...Takkan la nak ponteng lak kan.

Masa duk kawad tu, sempat lagi aku curi pandang kat Kak Ayu. Comel jer dia.
" Baris! Barrisss s'dia!! ". Arahan diberikan. Squad kami mulakan gerakan mengikut setiap arahan yang diberi.

Selepas setengah jam berkawad, kami diberi rehat selama 10 minit. Aku, Elyn, Nasuha, Jeena, Aisyah, Syafiqah kelas aku dan Syafiqah kelas Elyn duduk di satu sudut kat dewan terbuka.

Kitorang minum air mineral yang cikgu sediakan khas untuk pelajar yang hadir latihan petang tu. Aku dan Elyn bangun untuk pergi ke tandas. Kami terserempak dengan senior tua setahun dari kami.
" Hoii...Mung panjat pagar ke tadi. Giler laju gambar sek mung tersebar. Hahaha. Sek mung panjat pagar bakpe? Pahtu mari balik. Kalu nok ponteng tu, balik je la teruh...Apela alamak aii. Hahaha...". Kata Najjah, kawan kepada Kak Ayu.

Dahi aku berkerut tak faham apa yang dikatakan. Gambar aku? Tersebar? Panjat pagar? Ada orang tangkap gambar kitorang ke tadi? Takkan la pelajar...mana boleh bawak fon. Takkan la cikgu pulak. Tapi boleh jadi. Tapi siapa? Macam-macam soalan menerjah dalam otak aku ni.

Selepas latihan kawad kaki tamat, aku dan Elyn bersiap-siap untuk balik.
" Sapo eh ambik gambar kito? Kito bukeii poteng pun. Kalu aku tahu ado ore nok ambik gambar, baik aku poteng jah tadi...". Aku bersuara.

" Biar jer lah. Bendo jadi doh pun. Takdok beruboh pon kalu mung betul-betul poteng tadi. Gambar kito tetap tersebar. 'BUDAK PEREMPUAN PANJAT PAGAR PONTENG SEKOLAH'. Meme jadi gitu sebab ore ambik gambar kito maso panjat pagar ". Kata Elyn.

Kami berjalan sambil berborak sehingga sampai di luar pagar sekolah. Aku berhenti untuk mengikat tali kasut apabila menyedari tali kasutku tertanggal.
Elyn terus berjalan sambil berfikir tentang perkara yang ingin dilakukannya di rumah nanti.

'Clean' getusnya dalam hati apabila melihat ke kiri dan kanan jalan setelah keluar pagar sekolah. Elyn meneruskan langkah kakinya beberapa langkah sebelum merasakan seperti ada 'sesuatu' yang menariknya mengundur ke belakang semula. Sebaik sahaja badannya terundur, terluncur laju sebuah lori yang hanya berjarak satu inci dari hidungnya.

Elyn terkesima seketika sambil memerhatikan lori tadi.
'Aku sero tadi takdok lori keto gapo' getus Elyn sebelum memandang semula ke kiri dan kanan. Elyn meneruskan langkah untuk melintas jalan, kemudian aku memegang bahunya dan bertanya,
" Mung ni bakpo? Dok napok ko lori tadi? Selambo badok jah nitah jale...". Aku menyoalnya dengan beribu tanda tanya. ' Adik aku ni bakpo? Dok sihat ko? Bakpo yo dok peraseii lori laju tadi? Gapo hok dio duk pikir? Ngiga kali budok ni. Duk dale dunio lain. Jasad duk sini, roh pah ko negeri mno doh dok ahu '.

" Ado lori ko tadi? Dok perase pun...Supoh aku dok napok pun lori ko keto ko sebelum aku nok nitah tadi. Tapi tibo-tibo jah aku raso mace ado something tarik aku. Aku terundur sikit pahtu baru aku raso mace lori lalu. Aku ingatkeii khayaleii jer...". Ujarnya panjang.

Aku cepuk kepalanya. Tindakannya tadi hampir meragut nyawanya sendiri. Aku menggelengkan kepala. Aku ke belakang dan melihat sekilas. Tengok jika ada orang yang pandang. Memang ramai yang tengok kejadian tu. Ada orang cakap Elyn gila sebab berdiri tercegat hampir sangat dengan lori yang laju tu.

Kak Ayu pula hanya gelengkan kepala melihat kejadian tu. Hari ini memang keramat. Dah la aku balik sekejap pun dah viral satu sekolah fikir aku dan Elyn ponteng. Dah guard yang taknak buka pagar.
Time nak balik pulak, Elyn tiba-tiba macam nak cari maut dengan lori yang meluncur laju dari bukit. Haritu memang hari yang KERAMAT!!! Dah la viral sebab panjat pagar. Viral lagi sebab berkhayal tengah jalan. Aduhhh...

Published: 7 Jan 2021

Gelora Dunia Negatif Where stories live. Discover now