Flame 7 | Cruel

1.4K 187 109
                                    

Alvarez mengesat peluh yang mengalir didahinya. Panas! Tapi kakinya tetap juga melangkah. Namun , sekali sekala, badanya berpaling kebelakang untuk melihat keadaan lelaki dibelakangnya. Pipi digaru sebelum mata tertacap pula pada sepupunya yang elok bertegang urat dengan seorang gadis.

"Aku peduli apa kalau kau panas? Kalau boleh, aku nak kau hangus terus!" Bentak Alice.

"Ada ke aku mengadu panas dekat kau hah?! Aku mengadu dekat Arez! Cemburu cakap lah!" Balas Serh tak nak kalah.

"Pahal pulak aku nak cemburu?! Daripada mengadu, baik aku manja-manja aje dengan dia lah!"

"Hah?! Jangan nak berani!"

"Yang kau bunyi macam bitch pahal?!"

"Sebab Arez sepupu aku! Kau tak payah sebuk nak manja lah tomato basi!"

"Nak gaduh ke hah?!"

Mudah aje keluhan terlepas daripada mulut Alvarez setiap kali mereka berdua bertengkar. Iris hijaunya menatap sang ayah.

"Ayahanda boleh jalan tak tu?" Soal Alvarez risau apabila Eryl nampak letih.

"B-boleh. He..he..he. Letih sikit aje ni."

Masakan tidak? Sudah dua hari mereka turun ke Dunia Angkasia untuk mencari Kerajaan Vampirina dibawah naungan Jeneral Vans. Dan dua hari tu lah mereka bersepakat untuk berjalan kaki sahaja di padang pasir ini. Memang letih lah ceritanya.

"Oops. Tersilap hantar dekat padang pasir pulak! Adios!" Itu lah kata-kata tak matang daripada Ayrez yang sepatutnya menghantar mereka ke Kerajaan Vampirina.

Setelah itu, terus dia hilang tanpa jejak. Sempat juga mereka menangkap wajah mengejek Ayrez yang jelas dihadiahkan untuk Alice, anak perempuannya.

Nak sangat keluar dengan jantan en? Ha keluar, keluar! Memang dia kasi keluar! Huh!

"Ayah ni memang lah! Ada ke patut dia kenakan kita masa macam ni? Tak matang betul!" Bebel Alice geram. Kalau tahu dek ibunya, mesti Ayrez dah kena smack down punya.

"Salah kau lah. Yang kau pergi cabar dia buat apa gila? Dah lah dia tu suka merajuk dengan kau lebih daripada merajuk dengan Auntie Red."

Terus Alice buat muka dengan kata-kata Seth.

"Heh, dia nak merajuk dengan ibu? Tak berani. Cara ibu aku pujuk lebih kepada mengugut. Aku tak salahkan dia kalau dia value nyawa dia."

"Auntie Red pandai mengugut ke? Tak pernah pun aku nampak."

Terus kepala mereka berpusat pada Alvarez yang hanya terkelip-kelip sahaja matanya. Dan-dan Alice dan Seth menatapnya dengan wajah tak ada perasaan.

"Kau diam budak suci nurani. Keganasan yang melapau boleh rosakkan minda fragile kau." Serentak mereka berkata dengan nada monotone.

"Hey!"

Alvarez mencebik tak puas hati. Suka layan dia macam budak! Dek kerana malas mahu melayan dua sahabatnya, badan berpaling mencari sang ayah.

"Ya Tuhan! Ayahanda!"

Hampir gugur jantungnya apabila melihat Eryl sudah pengsan ditengah jalan. Kelang kabut dia menghampiri sang ayah dengan perasaan risau. Pipinya ditepuk-tepuk beberapa kali. Macam mana dia boleh tak sedar ayahnya pengsan?!

"Ayahanda-"

"WOW!"

"Huh?"

Alvarez kaku apabila Eryl bangkit secara tiba-tiba dengan tangan ke atas. Apakah?

"Mantap sia bidadari tadi. Em. Hebat. Aku tergoda. Terisi sudah tenaga aku. Hahaha."

Jeda.

Kata-kata yang keluar daripada mulut Eryl berjaya mengeluarkan aura gelap disekitar Alvarez. Seth dan Alice sudah teguk liur. Habis lah.

ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2) Where stories live. Discover now