"Felix,kau ikut tak cakap aku ?" soal Irene.Di dalam kelas itu ada mereka sahaja.
Felix mengangguk lalu menghulurkan sebuah kotak kepada Irene.
"Nak suruh aku tambah lagi ke ?" soal Felix.
"Boleh jer.Aku nak kumpul banyak-banyak." kata Irene sambil tersenyum.
"Kau nak buat apa sebenarnya ?" soal Felix.Pelik dengan kelakuan Irene.
"Buat collection lah.Aku kan minat dia."
"Minat sampai macam ni ?Huh." kata Felix lalu keluar dari kelas.Biar Irene bersendirian.
"Tiba masanya nanti aku akan gunakan ini." kata Irene yang masih memerhatikan kotak kecil di tangannya.
"Kau cakap dengan siapa Irene ?" soal Haura yang baru datang ke kelas.
"Cakap apa ?" soal Irene balik.
"Tak ada apa lah.Jom,pergi dewan.Barang kitorang beli dah." ajak Haura.Irene hanya mengikut Haura ke dewan.
"Ish.Mana budak form 4 ni ?Sorang pun tak ada." rungut Rayhan.Dia agak anti dengan batch form 4.
"Mesti diorang tak dengar annoucement tadi." kata pula si Bibizlyana.
"Ish diorang ni.Elok-eloklah.Ni aku nak barai ni." Rayhan mendengus.Dia terpaksa memanjat ke atas untuk meletakkan belon.
"Kau ni pun bising lah.Cepat sikit letak belon tuh." jerit Bibizlyana dari bawah.
"Arlyana,mana perempuan form 4 ?" soal Thaqif kepadanya.
"Mampus." jawab Arlyana sambil menggunting sesuatu.
Thaqif menggeleng kepala.Jawab biar sopan sikit.
Dia terus mengeluarkan telefonnya lalu menghubungi seseorang.Arlyana memandangnya dengan sinis.
Beberapa minit kemudian ...
"Maaf semua.Tadi dengar annoucement dibatalkan." jawab Fara bagi pihak mereka ber
"Tok nek kau.Kau tak dengar dari dewan ke annoucement ?!" marah Aqil yang berada di PA System.
"Aqil,diorang dah jelaskan dekat aku tadi." Rayyan berlembut dengan Aqil.Aqil cepat baran sikit.
"Yap.Tadi kitorang dengar annoucement dari sini and kitorang bersiaplah nak datang dewan.Then,ada annoucement kata dibatalkan.Sebab tu kitorang tak datang tadi." jawab Aurora.
"Then,Thaqif call Kayra tadi." jawab Ratna untuk lebih jelas.
"Ish.Dahlah sambung buat kerja.Form 4 cari kerja okay ?" Haura menghentikan pergaduhan.
Irene tersengih sendiri.Dialah penyebab.
"Haura,aku tertinggal barang dekat aspuri.Kau pergi dulu dewan." kata Irene kepada Haura.
Haura mengangguk.Dia pun bergegas ke dewan.
Irene terus berlari ke aspuri.Dia mendengar Dorm Dahlia masih ada suara.
Dia terus mengambil mikrofon lalu menekan button on dan ...
"Perhatian kepada semua pengawas.Petang ni dibatalkan.Sekian terima kasih."
Dorm Dahlia pun bersorak.Irene tersengih seorang diri.
"Aurora,lekat dekat tepi sikit." kata Luna yang berada di bawah.Dia sedang memegang tangga untuk Aurora.
"Sabar kejap.Kau pergilah ambil reben satu lagi." arah Aurora.Dia masih cuba menampal reben yang berada di tangannya.
"Aku tinggal kau jap." kata Luna lalu meninggalkan Aurora.
Aurora mahu meletakkannya di satu sudut tetapi jauh daripada kedudukannya.Aurora mencuba nasib.
Tetapi malang tidak berbau,tangga itu bergerak lalu ...
"Aurora !!!" jerit Luna lalu berlari untuk mendapatkan Aurora.
"Arrr !!!" jerit Aurora lalu dia terjatuh.
Semua orang terkedu.
Rayyan sempat menyambut Aurora.
"Lain kali panggil bantuan." kata Rayyan sambil melihat Aurora.
"Turunkan !!!" Aurora terus turun daripada tangan Rayyan.
"Berat kau berapa eh ?Berat gila." rungut Rayyan.
"Mana ada berat !!! Aku ringanlah." Aurora terus keluar dari dewan.Merajuk lah tu.
"Kau buat apa Rayyan " Haura memandang Rayyan.
"Okay,fine aku yang bersalah." kata Rayyan lalu mengangkat kedua tangannya.
Luna yang berada di situ menggeleng.Boleh buat bahan nanti.
"Aurora tolong ambil penyapu kejap dekat stor." arah Arlyana.Aurora terus bergegas ke stor.
Dimasuknya stor itu.
"Eh,kau tengah cari apa ?" soal Aurora kepada Luna yang tengah mencari sesuatu.
"Tengah cari mop ni.Mana dia punya bulu tuh." jawab Luna.
Aurora mengangguk lalu membantu Luna.
Beberapa minit kemudian ...
"Yeay dah jumpa.Jom pergi dewan." ajak Luna.Aurora pun mengangguk.Di tangannya terdapat sebatang penyapu.
Luna membuka pintu yang tertutup tadi tetapi berkunci.
"Aurora,kau bawak telefon tak ?" soal Luna.Mana tahu boleh call.
"Tak.Telefon aku ada dekat Kayra.Asal ? Kunci ke ?"
Luna mengangguk.
"Kau cuba try jerit."
Luna terus ke tingkap.Dia cuba mengintai.Mana tahu ada orang.
"Ada orang tak kat luar ni ?!!!!!" jerit Luna sekuat yang boleh.Namun sepi.
"Luna kita tunggulah.Mesti nanti diorang datang juga."
Luna dan Aurora duduk di hadapan pintu sambil bersembang.
"Mana Aurora dengan Luna ? Dah pukul 6 dah.Nak pergi makan ni ?" soal Kayra.Myra mengangkat bahu.
"Kau call jap Kayra" arah Dyana.
"Telefon Aurora ada dekat aku." kata Kayra dengan cemas.Kawan kau hilang wey.
"Korang dah kenapa ?" soal Arlyana yang datang secara tiba-tiba.
"Sis,nampak Luna dengan Aurora tak ?" soal Ratna.
"Tadi aku suruh Aurora pergi ambil penyapu.Sampai sekarang tak sampai.Larilah tu." kata Arlyana dengan riak tak puas hati.
"Jom kita pergi stor." ajak Kayra.
Mereka berlima bergegas ke stor.
"Diorang terkunci ke ?" soal Myra lalu menunjukkan pintu stor yang dikunci.
"Tak.Aku rasa dikunci." kata Ratna.Sebab mustahil untuk diorang terkunci.
"Korang ni,cepat buka pintu tu." arah Dyana.
Fara terus membuka kunci.Aurora dan Luna tertidur.
"Aurora,Luna.Kitorang datang ni." kata Dyana.Kayra masih di luar.
Tetiba Kayra ternampak jam tangan berwarna pink.Mesti baru jatuh dan ada kaitan dengan kunci.
"Cepat weyh.Jom makan." ajak Kayra.Dia menyimpan jam itu.Boleh dijadikan bukti.
"Jomlah wey.Dah pukul 6.20 dah." ajak Aurora.Mereka terus ke aspuri.
"Irene,jomlah pergi makan.Kau cari apa ni ?" ajak Bibizlyana.
"Bi,kau nampak jam aku tak ?" soal Irene.Dia dah cari merata tempat tapi tak jumpa juga.
"Jam kau pun aku tak tahu.Dah lah nanti cari lain.Jom makan." ajak Bibizlyana.Irene mengeluh.Nantilah dia cari jam.
"Irene,form 4 balik awal sikit aspuri." kata Haura.Irene mengangguk.Dia murung.Jam miliknya hilang.
"Jom,pergi makan together." ajak Intan.Mereka semua bergegas ke aspuri.Cukup untuk hari ini tugas mereka.
YOU ARE READING
The Prefects ( 2020 )
Teen FictionIni kisah tentang Dian'z High School.Atau lebih specific ianya tentang prefects. Ingat senang sesuatu organisasi untuk berjaya ? Tanggungjawab yang besar dan penting demi masa hadapan sekolah. Nak tahu liku-liku kehidupan mereka ? Bacalah ! Hehehehe...