“ Kau tahu apa yang paling menakutkan bagi aku? Bila mana kau tahu mengenai hakikat diri aku yang sebenarnya. ”
↭
"Kim Areum. Forty-five years old. Norilsk." Pendek namun padat. Walaupun baru didengari sekali, namun info tersebut telah disimpan kemas dalam kotak memori.
"A korean?" Soal Jimin dengan dahinya yang berkerut.
"You heard me. Anyway, I've got you the permit from FSB. Anytime you want to go there, call me." Pantas, panggilan dimatikan. Tika itu, Jimin memproses segala maklumat yang diterimanya.
Bagaimana Mikhail boleh mendapat maklumat tersebut? Nampaknya lelaki itu lebih berguna dari yang disangkakan. Apa kaitan Kim Areum dengan keluarga Vien?
Dan Norilsk? Bagaimana wanita itu boleh masuk ke dalam bandar tersebut? Bandar itu merupakan bandar yang tersembunyi di Rusia. Hanya orang tertentu dan orang tempatan sahaja boleh masuk ke dalam bandar tersebut. Sesiapa yang ingin memasukinya perlu mendapatkan permit dari FSB.
Tambahan pula, bandar itu telah ditutup sejak tahun 2001. Mustahil seseorang yang bernama Kim Areum itu masih di sana.
"What's wrong, Vladi?" Soal Jungkook setelah melihat Jimin yang seperti tidak tentu arah selepas menerima panggilan daripada Mikhail.
"Kau kena lindungi Yunhee. Aku akan pergi ke Rusia esok." Jawab Jimin tanpa memandang sepupunya itu.
"Hyung, kau pasti kau nak pergi dengan keadaan Yunhee yang macam ni? Tangguhlah dua tiga hari lagi." Pujuk Jungkook sambil giat membersihkan pistol Smith & Wesson 500 S&W Magnumnya. Senjatanya yang paling bertuah dan diberi nama Zolotoÿ (golden).
"Makin aku tangguh, makin bahaya." Jimin menolak cadangan Jungkook mentah - mentah. Bukannya dia tak sayangkan Yunhee. Sumpah dia sayang. Dia sayang sampai dia sanggup memilih tanggungjawabnya daripada wanita itu asalkan wanita itu akan kekal selamat sampai bila - bila di bawah jagaannya.
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Hayran Kurgu"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...