❦ Prologue ❦

590 38 1
                                    

✚ ✚ ✚ ✚ ✚ ✚ ✚ ✚

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✚ ✚ ✚ ✚ ✚ ✚ ✚ ✚

Chaerin menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Dia memutarkan pemegang pisau di tangannya.

"Semua orang membosankan!" Rengus Chaerin dan memandang sekeliling biliknya yang kemas tetapi gelap disebabkan berwarna merah dan hitam sahaja di dalam biliknya.

"Unnie!" Laung Chaeyoung adik perempuannya.

"Yo!" Chaerin bangun dan melangkah keluar dari biliknya menuju ke tangga.

"Omma panggil turun, ada orang nak jumpa!" ujar Chaeyoung.

Chaerin membuat muka pelik, siapa? Dia bukannya ada kawan.

Chaerin tiba di tingkat bawah dan menuju ke ruang tamu.

"Rin, sini duduk sebelah omma." panggil Puan Lee dan menepuk bahagian kosong disebelahnya di sofa.

Chaerin tanpa banyak soal melabuhkan punggungnya.

Dia memandang sepasang suami isteri bersama seorang lelaki lebih kurang bayanya yang duduk di hadapannya.

"Omma nak kahwinkan kamu dengan anak mereka, Kim Taehyung." Ujar Puan Lee dan mengusap paha Chaerin. Chaerin menepis tangan ommanya perlahan. Geli.

"Kenapa?" Chaerin tayang muka selamba.

Puan Lee dan pasangan dihadapannya kelihatan takut takut sahaja.

Chaerin mengangguk faham.

"Sebab saya gila ke omma?" soal Chaerin bersama kepalanya yang disengetkan ke tepi. Comel.

Puan Lee terbatuk kecil dan tersengih.

"Err...eh! B-bukanlah-"

Chaerin mengeluh.

"Omma..tau kan Chaerin tak suka orang tipu Chaerin..." Chaerin yang sedang memeluk lengan Puan Lee berkata.

Puan Lee mengeluh.

"Omma, Chaerin tak gila. Chaeri cuma excited je." Terang Chaerin bersama senyuman manisnya.

Chaerin mendongak memandang Puan Lee.

"Betulkan omma? Sebab tu kan?" soal Chaerin.

Puan Lee mengangguk.

Chaerin tersenyum dan memandang dua orang manusia dihadapannya.

"Encik dan Puan tak takut ke apa-apa jadi dengan anak korang?" soal Chaerin dan memandang namja yang bertopeng hitam yang memandangnya itu.

Taehyung mencabut masknya secara tiba-tiba.

Ibu bapanya kelihatan terkejut.

"Tae b-bukak mask?" soal mereka antara satu sama lain.

"Diorang tak peduli. Sebab aku pun macam kau." Lelaki itu tersengih.

Chaerin menepuk tangannya, suka!

"Omo! Jinjja?!" Chaerin tergelak suka dan memandang Puan Lee.

Pasangan ibu bapa itu dan Puan Lee kelihatan tersengih ketakutan.

"Omma." Chaerin memandang Puan Lee disebelahnya.

Puan Lee memandangnya juga.

"Y-ye sayang?" soal Puan Lee.

"Bila permainan nak bermula? Chaerin tak sabar." soal Chaerin yang teruja memandang Taehyung dihadapannya.

"Permainan?" soal Puan Kim, ibu kepada Taehyung. Pelik.

"Maaf, maksud Rin, perkahwinan." Chaerin membetulkan ayatnya bersama senyuman manisnya.

Wajah yang cantik, tapi memiliki masalah mental. Bercinta sepuluh kali pun, semuanya tidak boleh memuaskan kehendak akalnya yang gila.

Tapi kali ini, dia yakin. Segalanya akan menjadi sempurna.

❦ [C ] Crazy For You | kth ツWhere stories live. Discover now