E-BOOK CINTA UNTUK FILZAH HANYA RM10!
Untuk mengakses keseluruhan cerita, andai hendaklah membuat pembelian di whatsapp atau di shopee. Maklumat ada di bio\profil saya. Boleh check!
Cerita tidak akan tamat di sini, hanya 25 bab di tayang sebagai sample.
THANK YOU,
Ammara Ayyash
Blurb --
Pada umur 18 tahun, Filzah akhirnya memilih untuk menamatkan zaman bujangnya dengan seorang lelaki bernama Afiq Qusyairi. Takut? Siapa tak takut jika terpaksa berkahwin dengan orang yang kau tak cinta.
Tetapi pesan mak selalu dipegang.
"...walaupun angah kahwin dengan Afiq bukan atas dasar cinta, tapi semailah cinta dalam hati angah, insya-Allah... suatu hari nanti, angah akan menjadi kecintaannya. Jadikan dia insan yang beruntung kerana memiliki angah."
Makin pening kepala Afiq apabila terpaksa melayan perangai isteri yang masih muda. Kuat menyakat, kuat drama dan kuat mengarah. Kadang-kadang rasa nak lempang. Ah, ini semua sebab Azura. Kalau kekasihnya itu tak minta dia kahwin dengan Filzah. Pasti dia tak perlu hadap perangai Filzah yang macam budak terencat akal.
"Suka hati kau la... kata nak jadi isteri mithali konon. Mithali apa layan suami macam ni," balas Afiq pula.
"Mithali la ni. Baju kekanda pun dinda dah siapkan tau," kata Filzah sambil sengih-sengih.
Kekanda? Adinda? Buang tabiat apa perempuan ni? Geli telinga aku dengar. Berlumba-lumba tahi telinga aku nak keluar dengar dia panggil macam tu, kata Afiq dalam hati.
Tapi dalam diam Afiq mulai seronok dengan kerenah Filzah. Rasa sepi kalau Filzah merajuk atau mogok. Mulut becok wanita itu semakin membuatkan dia jadi rindu bila membisu. Sampaikan Filzah sedang tidur pun, Afiq akan kacau. Betul-betul parah ni.
"Mulai hari ni aku akan dengar semua benda yang kau cakap. Aku akan ikut apa yang kau nak. Semua jenis panggilan yang kau nak gunakan pun aku akan ikut. Aku cuma nak kau tahu yang kau akan kekal selamanya sebagai isteri aku."
"Panggil ma boleh?" Filzah ingin menduga.
"Boleh, nak panggil Mak Jemah pun boleh." Afiq berseloroh.
Tetapi apabila Azura tuntut haknya semula, tegakah Filzah menyerah lelaki yang sudah menjadi pujaan hatinya.
Andai rasa ada di dalam hati Afiq, wujudkah cinta buat Filzah?Atau semua cinta yang ada hanya milik Azura.
YOU ARE READING
CINTA UNTUK FILZAH
Roman d'amourE-BOOK RM10 sahaja! Di dalam ini hanya ada beberapa bab dah tak akan penuh di wattpad! Untuk pembelian boleh ke profile dan lihat bahagian bio ada tertera link ke shopee untuk pembelian. Atau boleh whatsapp saya 01116430554. Pada umur 18 tahun, Fil...