Teaser 3

287 8 0
                                    

TERKEDEK-KEDEK Filzah menarik beg bagasi seorang diri. Sementara itu Afiq hanya berjalan tanpa memegang apa-apa.

"Pemalas punya laki. Aku yang badan kecil macam ni disuruh bawa beg besar gedabak macam ni. Geram aje aku pandang si serigala ni. Nasib baik suami tau, kalau tak, memang aku dah tendang aje punggung dia tu. Isy! Sakit hati aku tengok muka dia yang perasan bagus tu. Tersengih-sengih pandang perempuan. Dia ingat dia handsome sangat ke? Buat apa handsome tapi buli perempuan," bebel Filzah seorang diri.

Afiq menoleh ke belakang. Tergelak Afiq melihat muka Filzah yang masam mencuka itu menarik beg bagasi besar itu. Memang sengaja aje Afiq mendera Filzah. Baru tahu!

"Cepat sikitlah..." arah Afiq.

Filzah menjeling. Dia ingat badan aku besar gedabak macam dia agaknya boleh laju-laju tarik beg berat ni. Aku sengaja aje letak baju banyak-banyak sebab nak kenakan dia bawa benda berat. Kesudahannya aku yang terkena balik.

"Ha... siapa suruh kau bawa satu beg aje kan? Kalau kau bawa dua, aku bawa beg aku... kau bawa beg kau. Kan senang. Ni nak sangat bawa sekali, kan. Rasakan," kata Afiq lagi.

Tu la, Filzah... pengajaran. Lain kali jangan berniat jahat terhadap suami. Buat sesuatu dengan ikhlas. Bukannya berniat nak kenakan suami. Tiba-tiba...

Filzah terus jatuh terduduk di atas lantai. Semua orang memandang Filzah. Kemudian Filzah memandang Afiq.

"Kanda... Janganlah buli dinda lagi. Dinda dah letih nak tarik beg kanda yang besar ni..." jerit Filzah kuat sedikit mahu menarik perhatian orang ramai di situ.

Langkah Afiq terberhenti. Afiq menoleh. Terkejut Afiq melihat Filzah yang sudah duduk di atas lantai sambil membuat muka seperti mahu menangis.

"Kanda... dinda minta maaf kalau dinda salah. Tapi dinda dah tak larat nak bawa beg kanda. Badan dinda dahlah kecil. Kanda pula hukum dinda suruh bawa beg kanda. Dinda dah tak larat. Tangan dinda ni dah sakit, kanda. Tolonglah bawa pula beg ni," kata Filzah yang masih setia dengan lakonannya mahu mengenakan si suami.

Beberapa orang sudah bercakap sesama sendiri. Mungkin mereka mempertikaikan sikap si suami yang membuli isterinya membawa beg besar itu. Yalah... suami besar tapi suruh isteri yang kecil macam cili padi tu bawa beg yang dah nak sama saiz dah.

Afiq melangkah cepat ke arah Filzah. Merah muka

Afiq menahan malu. Pasti orang bercakap buruk tentang dirinya. Tak apa, tak apa. Kita tengok siapa yang menang, kata Afiq dalam hati.

"Laaa sayang... kan kanda dah cakap tadi, kanda yang nak bawa beg ni. Tapi dinda cakap dinda nak berkorban untuk kanda kan? Kanda pun tak sampai hati nak suruh dinda bawa beg ni." Afiq mula memainkan peranan.

Filzah menggosokkan mata mahu memantapkan lagi lakonannya. Oh! Balas balik ya.

"Huarghhh... Kanda yang paksa dinda tadi. Sebab dinda kacau kanda tidur dalam flight tadi jadi kanda denda dinda suruh bawa beg ni. Sampai hati kanda," lawan Filzah. Matanya sudah merah seperti sedang menangis.

"La... mana ada kanda cakap macam tu, kan dinda yang..." Kata-kata Afiq mati apabila ada orang menegur.

"Dia kan perempuan, kecil pula tu. Apa salahnya kalau awak yang bawa. Awakkan suami dia. Tak baik awak buli isteri awak. Perempuan untuk dibantu dan dilindungi bukannya untuk dibuli. Jangan awak ingat sebab dia kecil dan lemah... awak boleh buli dia sesuka hati awak. Takkanlah awak tak boleh nak fikir. Beg tu besar kan? Kalau masukkan isteri awak yang kecil ni pun muat. Mana larat dia nak bawa," tegur seorang perempuan yang berumur lingkungan 30-an.

Afiq menelan air liur. Alamak! Malunya kena tegur. Salah aku ke? Isy, memang salah kau pun, Afiq. Si memerang ni pun sama, saja aje nak malukan aku.

Afiq bangun dan tersenyum menghadap muka perempuan itu."Sorry kak... saya niat nak bergurau aje tadi dengan isteri saya." Afiq meminta maaf.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 15, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CINTA UNTUK FILZAHWhere stories live. Discover now