❦ 1 ❦

392 31 8
                                    

(16+ Mature content/ violence)

Chaerin memeluk tubuhnya setelah melabuhkan punggungnya ke atas katil di dalam biliknya. Bibirnya dimuncungkan kerana geram apabila dirinya dikunci di dalam bilik tersebut.

Tubuhnya dibaringkan ke atas katil tersebut. Anak patungnya dicapai kemudian jarum jarum kecil dicabut dan dicucuk berkali-kali melepaskan rasa geramnya.

Lama- kelamaan dia ketawa.

Kemudian dia mengeluh. Dia bersila di atas katilnya. Patungnya itu dipandang. Beberapa kesan jahitan pada anak patung itu dipandang. Kemudian dia tertawa.

"Tak bestlah sakitkan benda tak hidup.." Dia mengeluh.

KLAK!

Chaerin memandang gerangan yang membuka pintu tersebut. Tiba-tiba tubuhnya menggeletar.

"Jangan dekat." ujar Chaerin dengan nada dinginnya.

"Chaerin..jomlah." panggil susuk tubuh itu.

"Andwaee!!" Chaerin berlari ke arah meja soleknya dan menarik sebuah laci.

Sebilas pisau dikeluarkan dan di tujukan ke arah susuk tubuh tersebut.

"Chaerin..letak pisau tu.." Susuk tubuh yang menyeringai itu menghampiri Chaerin.

"KAU DEKAT AKU BUNUH KAU!" Jerit Chaerin.

"Chaerin..jangan macamni.." Lelaki itu betul-betul berada di hadapannya.

"KAU NAK APA DARIPADA AKU!" Jerit Chaerin dan menutup wajahnya menggunakan lengannya.

"Chaerin, ni aku husband kau." suara itu membuatkan Chaerin mendongak.

Chaerin menghembuskan nafasnya. "Taehyung.." itu saja yang meniti dibibirnya.

Taehyung berpeluk tubuh dihadapannya dengan muka beku.

"Kau nak main tak ajak aku pun. Sampai hati kau." ujar Taehyung yang terpandangkan pisau di tangan Chaerin bersama reaksi wajah yang sedih. Dia terasa.

Chaerin tergelak suka sambil menepuk tangannya. "Kkaja, let's play!"

"Jinjja?! Game biasa?" soal Taehyung dan tersenyum ceria.

"One cut, one treat." ujar Chaerin dan memandang Taehyung yang mengangguk dihadapannya.

Chaerin si psycho, dikahwinkan dengan Taehyung yang juga si psycho atas pilihan keluarga mereka. Mereka baru sahaja berkahwin 3 bulan lepas. Namun, mereka bahagia berdua. Saling menyakiti dan menyayangi.

✚ ✚ ✚ ✚

Taehyung dan Chaerin berdiri berhadapan antara satu sama lain dan dipisahkan dengan sebuah meja pingpong di bilik bawah tanah rumah mereka.

Taehyung memusingkan pisau ditangannya.

Chaerin pula berdiri bertongkatkan pisau tersebut yang dicacak pada meja pingpong tersebut.

"Ready?"

Chaerin tersenyum sinis ke arah Taehyung. Permainan ini sudah seakan hobi bagi mereka setiap minggu, pasti mereka akan bermain permainan ini. Ini sudah masuk kali ke berapa mereka bermain permainan ini.

Permainan dimana jika seseorang dapat gariskan luka pada anggota badan pihak lawan, mereka layak diberi ganjaran apa yang mereka ingin buat, atau ingin dapat.

Chaerin, inginkan sesuatu seperti patung dummy, pistol, dan benda hidup untuk dicederakan seperti haiwan.

Tapi lain pula Taehyung. Bagi Chaerin, Taehyung seorang yang mempunyai masalah bipolar. Jadi, apabila Taehyung memenangi permainan ini, Taehyung akan 'memiliki' Chaerin pada malam itu.

❦ [C ] Crazy For You | kth ツWhere stories live. Discover now